Bab 5
Malam itu Hannah mengenakan gaun labuh lengan pendek warna
merron gelap. Memang sangat konta dengan kulitnya yang putih gebunya. Rambut
lurus paras bahunya disepit kemas diatas kepada, menampakkan lehernya yang gebu.
wajahnya hanya disolek nipis. Bukannya dia pandai bersolek pun. Ini pun si
Hamidah tu yang ajar. Mana taknya kalau pergi kerja Hannah hanya menyapukan
bedak tipis sahaja. lipstick pun tak pakai. Sebab itulah Hamidah bermurah hati
mengajarnya cara-cara mahu bermake-up. Kalau ikutkan dia tak penting pun semua
tu.
Hannah menyarungkan heels 3 incinya. Huhhh.. menyakitkan
kaki sahaja. tapi takkan lah dengan gaun lurus ala-ala model nie nak digayakan
dengan kasut sarungnya yang dia biasa pakai pergi office ? macam tak sesuai
pulakkan. Nampaklah sikit dia tinggi, tambahan pula tak adalah gaun labuhnya
itu meleret-leret menyapu lantai. Huhh.. dia bukan suka nak bergaya-gaya sakan
nie. Gaun nie pun ibu yang hadiahkan waktu majlis pertunangan kakak tirinya 3
tahun lepas.
Nak harapkan dia nak membeli ? memang tidaklah..
gaun-gaun nie memang bukan tastenya. Dia lebih selesa dengan jeans dan t.shirt.
mungkin sebab dia memang agak lasak sejak kecil. Tak selesalah nak bergaya
femini rimas. Tambahan pula dia memang sejak kecil memang gemarkan aktiviti
lasak. Lebih banyak membesar dikampung membuatkan dia lebih ramai kawan lelaki
dari perempuan. Tambahan pula kerjayanya yang memang kebanyakkannya memang
dimonopoli oleh kaum Adam. Dia sudah terbiasa begitu.
“hammboiii.. ada show ker malam nie ?”
Bulat mata Amira melihat penampilan super vogue teman
serumahnya itu. Memang susah nak tengok Hannah melaram dengan pakaian sebegitu.
Bukan tak tahu temannya itu sempoi sahaja orangnya.
“haah.. show lah sangat.. aku ada dinner lah..dinner
company jer..”
Hannah menjawab sambil mencapai beg tangan Gucci hadiah
dari Abang Arif semasa ulangtahunnya yang ke 25 yang lepas. Sanggup abangnya
itu terbang ker paris untuk membeli beg tanggan itu. Sengaja nak buat dia rasa
serba salah nak menolak. Dia memang tidak biasa dengan kemewahan. Kerana dia
tahu dia memang bukan yang berhak untuk merasai kemewahan itu.
“oowhh.. dinner ajer ?
tapi glamour mengalahkan artis nak terima arward jer aku tengok..”
Amira sudah
mencebekkan mulutnya. Sebetulnya dia memang tidak pernah melihat Hannah
melaram. Namun sesekali melaram, memang kalah model temannya itu. Cuma mungkin
untuk menjadi model, Hannah hanya kekurangan ketinggian sahaja. muka memang dah
cun habis. Itu yang membuatkan hatinya rasa geram. Tambahan pula bila sesekali teman-teman
lelakinya datang pasti mereka akan bertanyakan Hannah. Hannah walaupun bergaya
sempoi namun tetap mampu menarik perhatian lelaki. Mungkin Hannah tetap nampak
seksi tanpa mendedahkan tubuhnya.
Bentuk tubuh Hannah yang gebu itu sudah mampu membuatkan
ramai lelaki akan menoleh beberapakali. Geram Amira mengenangkan Hannah,
sebetulnya dia memang amat iri dengan Hannah. Hannah tidak perlu tampil seksi
untuk mengoda lelaki. Gaya selamba Hannah sudah mampu membuatkan dia menarik.
“pandailah kau nak bodek aku.. tak adanya aku nak
tapaukan makanan untuk kau.. takkan aku yang glamour bagai nak rak nie.. nak
bawak mangkuk tingkat ?”
Amira mencebikkan mulutnya lagi bila mendengar jawapan
selamba Hannah. Hannah memang selamba sahaja kalau bercakap. Menjawab pun
selamba sahaja. malas Amira mahu menegur lagi. Entah kenapa penampilan Hannah
malam itu membuatkannya sakit hati. Dia tidak suka Hannah nampak cantik
walaupun itulah hakikatnya.
Sampai sahaja diruang lobby Hannah dan Atilia yang
kebetulan memang menumpang Hannah terus mendapatkan Hamidah dan Suria yang
sudah menunggunya didepan pintu dewan. Suasana perkarangan hotel sudah agak
meriah.
“hammmboooi.. kau Hannah.. aku ingatkan siapalah tadi..
nie nampak dek Lili nie.. meleleh air liur dia.. “
Suria yang anggun dengan gaun paras lutut warna biru tua
sengaja mengusik Hannah yang nampak anggun malam itu. Dia akui Hannah memang
cantik, namun tidak pernah menunjukkan kecantikkannya. Kalau sesekali bergaya,
memang boleh memukau sesiapa sahaja yang memandang.
“hiishh.. tak kuasa nak gila glamour macam minah sorang
tu.. aku syok sendiri jer malam nie.. ehehehee..”
Hannah menjawab selamba dan berjalan beriringan dengan
teman-temannya. Mereka menuju kemeja yang sudah ditempatkan khas untuk mereka.
Meriah juga majlis itu. Memang ramai yang bergaya glamour malam itu mengalahkan
ada anugerah pakaian teranggun sahaja. sebenarnya.. sengaja nak melaram
sesekali.
Hamidah juga nampak anggun dengan kebaya pendek
babanyonya warna hitam bersulam bunga merah jambu. Wanita pertengahan umur
30-an itu adalah seorang ibu tunggal. Sudah mempunyai seorang anak yang
dipelihara oleh ibunya. Mengenangkan Hamidah Hannah memang teringat pada
ibunya. Nasib Hamidah dan ibunya sama. Namun nasib ibunya lebih baik kerana
telah berkahwin lain tidak sampai setahun selepas kematian arwah ayahnya.
Hannah mengakui bahawa ayah tirinya memang seorang yang
baik dan penyayang. Malah ayah tirinya itu langsung tidak pernah membezakan dia
dengan adik beradiknya yang lain. Cuma kerana kakak tirinya dia tidak selesa
untuk tinggal dengan ibunya. Tambahan pula dia tidak mahu menyusahkan lagi hati
ibunya menyebabkan dia memilih tinggal diasrama waktu sekolah dulu. Dan
sekarang dia senang tinggal dirumah pusaka arwah ayahnya.
Kebetulan pula dia memang dapat belajar di Uniten Bangi.
Jadi dia memang lebih suka duduk dirumah sendiri. Namun Amira dan Kak Shima tak
tahu itu adalah rumahnya. Dia hanya mengatakan itu rumah saudaranya sahaja.
bukan apa, Amira tu liat sikit nak bayar duit sewa. Kalau tahu rumah itu
rumahnya, sudah pastilah Amira makin liat mahu membayar sewa. Bukannya tidak
ada duit, Cuma bab nak membayar sewa memang Amira agak culas.
“ya Allah.. kau ker nie Han ?.. cantik gila kau malam nie..
kalau aku tahu kau bergaya macam nie.. aku tak bawak tunang aku.. boleh aku
ngurat kau..”
Tiba-tiba sahaja Hakim duduk disebelah Hannah. Terkejut
Hannah bila ditegur oleh pembantu En. Hambali itu. Sengihan Hakim membuatkan
Hannah meluat. Kalau kat pejabat tu bukan main kerek lagi jantan nie.
Mentang-mentang assistant manager. Suka-suki sahaja anggap dia nie kuli batak
dia aja.
“dah lah kau.. hakim.. jangan nak miang sangat.. tu
tunang kau tu.. dari tadi dok menjeling aja.. macamlah kami nie kebulur sangat
dengan tunang dia..”
Selamba sahaja Atilia menjawab. Atilia memang amat anti
dengan Hakim kerana gadis itu pernah sukakan hakim. Namum hakim langsung tak
pandang gadis itu. Konon tak nak ada skandal dengan teman sepejabat. Aahh..
alasan.. cakaplah dia tu memang suka anak orang kaya aja. Sapa tak kenal tunang
Hakim tu, kan anak saudara Datuk Imran. Huhh.. pengampu no satu hakim nie.
“ala Atie.. kau nie macam berdendam aja dengan aku.. kau
pun cantik jugaklah.. tapi cantik lagi tunang aku lah..”
Huuhh.. sombong sahaja cara hakim bercakap. Atilia
mencebik sahaja. Hannah hanya menayang muka selamba. Dia mana pernah ambil
kisah pasal jantan-jantan kat pejabatnya tu. Huhh.. tak kuasa dia dengan
budak-budak pejabatnya itu. Bukannya senonoh semuanya. Melihat Hannah langsung
tidak melayannya menyebabkan Hakim kembali kemejanya.
“huhh.. perasan hensem jantan tak siap tu… menyampah
aku.. kau jangan tergoda dengan dia Hannah.. kalau tak memang aku tak mengaku
kawan dah..” Atilia meluahkan rasa sakit hatinya. Memang dia sakit hati dengan
hakim yang menolak cintanya. Namun dia memang sudah langsung tidak punyai hati
dengan hakim bila mengetahui siapa hakim yang sebenarnya. Huh.. muka pun bukan
hensem mana.
“tak adanya aku nak hilang ingatan nak mengorat si hakim
tu.. bagi free pun aku tak hingin Atie ooii.. mana nak mampu aku nak support
sport rim dia.. huhhh…tak mampu hakak dek non..”
Jawapan Hannah mengundang tawa dari kumpulan meja mereka.
Meriahnya suasana sekarang. Nak ketawa ker.. nak bergosip ker.. memang tak ada
orang nak kisah, tapi kalau nak melalak memang pasti jadi tumpuan. Apa ker kes
kalau dah melalak dimajlis yang super vogue macam nie. Tak sesuai okes…
“syyhhh.. itulah.. CEO baru kita.. hensemmmnyaaaa…”
Tiba-tiba Liliana bersuara, serentak dengan itu juga suasana
dewan yang tadi agak gamat jadi senyap. Hannah yang kebetulan membelakangkan
pentas pantas memusingkan kepalanya. Matanya tertumpu kepada seorang lelaki
tinggi gagah yang berjalan beriringan dengan Datuk Imran, En. Hambali dan juga
Datuk Hamzah. Bulat matanya melihat lelaki yang kacak dengan pakaian korporat
warna kelabu itu. Dia ???
Hannah memusingkan kembali tubuhnya. Huuhh.. macam dah
tak ada orang lain yang nak jadi CEO syarikatnya. Takkan lah dia ? setahunya
bukankah lelaki itu sudah punyai syarikat milik keluarga ? ahh.. entah..
manalah dia ambil tahu dengan hidup lelaki itu. Huuhh.. buat menyakitkan
hatinya sahaja. kenapalah dalam banyak-banyak syarikat lain. Syarikat yang
tempatnya kerja pula yang diambil oleh lelaki itu.
Hannah hilang mood yang konon-konon nak juga mengenali
siapakah jejaka hot yang dikatakan oleh teman-temannya itu. Memanglah tidak
dinafikan jejaka itu hot habis. Kalau tidak masakan dia nanar sejak dari
dahulu. Tapi itu dulu.. cerita zaman dia kanak-kanak remaja . sekarang dah
lain.. dan tak mungkin dia akan menyukai lelaki itu lagi kalau sudah sejak
azali mereka memang tidak akan bersatu.
Huhh.. mimpi siang hari ajalah teman-temannya nak
bergandingan dengan lelaki itu. Kekasih lelaki itu memang garang mengalahkan
singa meroyan. Nak menyeksa hidup berebutkan lelaki itu ? huuhh.. baik cari
lelaki lain.. aman hidup. Tambahan pula Hannah tidak akan sesekali bermimpi
mahu mendekati lelaki yang menjadi milik kakak tirinya itu. Gila.. mahu dia
kena bunuh dengan perempuan garang tu.
Hannah hanya mendiamkan diri sahaja. hilang seleranya
bila mengetahui dia bakal bertembung dengan lelaki itu lagi. Dia tahu dia
seorang yang pendendam, dia bukan seorang yang begitu namun dengan lelaki itu
sahaja perasaannya tidak pernah padam. Perasaan sakit hati dan kecewa,
entahlah.. sebolehnya dia mahu menjauhi diri dari lelaki itu. Entah kenapa
acara malam itu begitu membosankan pula. Tambahan pula dia rasa tidak ada
gunanya dia datang jika perasaannya langsung tidak ada didalam dewan itu lagi.
“eehh.. dia nak bersalaman dengan kitalah..”
Kata-kata teruja dari Liliana membuatkan Hannah gelisah.
Namun masakan dia mahu meninggalkan majlis begitu sahaja ? masakan dia mahu
balik tiba-tiba ? panjang pula soalan kawan-kawannya nanti. Dalam tak sedar
mejanya sudah didekati oleh CEO baru yang kacak itu.
“Hi girls.. kenalkan our new CEO Mr. Rayyan Emeer Datuk
Al-Rasheed”
Suara Datuk Imran yang ceria itu hanya menyakitkan hati
Hannah. Namun dia memaparkan riak wajah selamba sahaja. bila dia berjabat
tangan dengan Rayyan dia juga berpura-pura seperti tidak mengenali lelaki kacak
itu. Pandangan tajam Rayyan juga tidak dihiraukan. Apa tengok-tengok.. macam
tak pernah nampak orang. Getus hati Hannah.
Rayyan tersenyum.. ala-ala tersengih. Langsung tidak
menyangka dia akan bertemu dengan Zarra Hannah. Selepas hampir 5 tahun dia
langsung tidak pernah mendengar khabar gadis itu. Akhirnya dia bertemu disini.
Rayyan akui penampilan Hannah nampak anggun sekali malam itu. Langsung jauh
berbeza dengan penampilannya 10 tahun dahulu. Hannah yang dikenali sebelum ini
mempunyai personality agak ganas.
Namun malam itu dia akui kejelitaan Hannah mengusik
naluri lelakinya. Namun mengenangkan Zarina cepat-cepat perasan aneh yang
bergolak dijiwanya dihapuskan. Hannah berdongkol didalam hati. Senyuman itu
sama seperti dahulu, senyuman seperti mengejek dirinya. Aahhh.. kenapalah dalam
sebesar-besar alam ini mereka masih lagi boleh berjumpa ? huhhh.. kalau tak
mengenangkan dia yang selesa dengan kerjanya sekarang memang dia mahu sahaja
meletakkan jawatan 24jam notis. Tak kuasa dia mahu melihat wajah sinis itu
lagi.