Sunday, 8 September 2013

Hanya Untuk Sekali Lagi...

Bab 3
            Eman memandang wajahnya yang sudah siap disolek cantik oleh jurusolek yang diupah oleh Uminya. Dia tahu segala persiapan perkahwinannya adalah diaturkan dan disediakan oleh Uminya. Mengenangkan itu sebenarnya dia rasa amat bahagia. Uminya bagaikan jelmaan arwah ibunya. Kasih sayang Uminya membuatkan dia melupakan segala kesedihan yang telah dia lalui selama ini. Benarlah kasih seorang ibu itu mampu membuatkan hidup anaknya bahagia walaupun sudah lama mengatur derita.
            Pelukkan kasih seorang ibu itu mampu membalut segala kelukaan yang telah melukai hati dan perasaan seorang anak. Begitu kuat sekali peranan seorang ibu yang mampu membuatkan anaknya mampu bahagia berkali-kali. Sama seperti Eman yang mampu tersenyum bahagia dihari yang bakal mengubah status hidupnya. Walaupun sebenarnya dia langsung tidak pernah terlintas atau terfikir akan mengakhiri zaman bujangnya dengan mana-mana lelaki selepas kehilangan Rafiq.
            Rasanya hingga saat ini dia masih belum mampu membuka pintu hatinya untuk mana-mana lelaki walaupun dalam masa kurang sejam lagi dia bakal menyandang gelaran seorang isteri. Mengenangkan itu Eman memang rasa sesak sendiri. Tambahan pula bila terkenangkan lelaki yang bersuara sinis dan juga menempelaknya malam tadi. Semuanya membuatkan dia sebenarnya kurang yakin kalau lelaki itu akan muncul pagi ini. Namun jauh didasar hatinya memang mengharapkan kemunculan lelaki itu.
            Tidak kisahlah kalau hanya untuk sehari sahaja ikatan pernikahan ini, namun yang penting lelaki itu harus muncul dan menikahi dirinya. Semuanya demi maruah keluarganya dan juga demi masa depan dirinya juga. Dia tidak mahu jika pernikahan ini tidak terjadi permusuhan antara neneknya dengan papanya pula yang akan terjadi. Mengingatkan itu Eman jadi gelisah sendiri.
            “Assalamualaikum…”
            Suara memberi salam dimuka pintu membuatkan Eman melarikan matanya dari muka cermin. Lebar senyumannya melihat seraut wajah yang tersenyum manis dimuka pintu. Tambah lebar melihat dua orang kanak-kanak comel yang berada disamping gadis itu.
            “Haa.. tak mau nangis… rosak make-up akak yang dah vogue der amor tu nanti..” Cepat sahaja Irdina menegur kakak angkatnya yang memang amat disayanginya itu. Eman hanya tersengih sambil mengerdipkan matanya beberapakali. Benar.. matanya sudah panas dan dia yakin memang kolam matanya akan banjir.
            “Cantiknya mummy Eman…” Petah sahaja bicara Rafiqi Adly yang berusia 5 tahun itu. Malah pipi Eman tidak lepas dari ciuman dari bibir monggel itu. Berebut-rebut Atiqa Auni yang berusia 3 tahun itu mahu mencium pipi gebu Mummy Emannya.
            “Heyy.. tak mahu gaduh-gaduh.. tadi dah promise tak boleh nakal-nakal kat rumah Mummy Eman kan ?..” Cepat sahaja Irdina menegur kanak-kanak yang memang menjadi kesayangan kakak angkatnya itu.
            “Okey.. kita ambil gambar..Fiqi dan Auni cium pipi Mummy Eman.. Mama Dina ambil gambar.. okey..”. Irdina mengeluarkan cameranya dan mengambil gambar yang dirasakan paling ceria itu. Senyuman Rafiqi dan Senyuman Auni yang nampak bahagia sama lebarnya dengan senyuman Eman.
            Banyak gambar kenangan yang dia ambil sebelum dia terpaksa berhenti bila sahaja ada beberapa orang yang masuk kedalam bilik pengantin mengatakan majlis pernikahan akan bermula dan meminta pengantin perempuan turun kebawah. Irdina memegang jemari Rafiqi dan Auni untuk turun kebawah. Dia harus mengawal kanak-kanak yang memang langsung tidak mampu dipisahkan dari Eman itu. Dia takut jika kehadiran kedua-dua kanak-kanak itu akan merosakkan majlis Eman.
            Memang Eman sudah merayu kepadanya agar membawa kanak-kanak itu datang kemajlis pernikahan kakak angkatnya itu. Namun memikirkan kanak-kanak yang terlalu manja dengan Eman itu mungkin akan menganggu majlis Eman membuatkan dia rasa berat hati. Namun sokongan dari emaknya membuatkan dia menguatkan hatinya membawa kedua-dua anak kecil itu datang menemui Eman. Dia tahu Eman amat menyayangi kedua-dua anak-anak itu. Irdina membawa Rafiqi dan Auni kedalam khemah yang sudah disediakan. Dia mahu menyuap kanak-kanak itu makan dahulu.
            “Nak makan dengan Mummy Eman..”. Tiba-tiba sahaja Rafiqi menunjukkan kedegilan. Malah kanak-kanak itu mahu masuk kembali kedalam rumah dan mendapatkan Eman.
            “Tak boleh sayang.. Mummy Eman sibuk.. nanti dia datang jumpa Fiqi lagi ok..” Irdina memujuk.
            “Yer lah Abang.. kan Mummy Eman dah cantik-cantik nak tangkap gambar.. tadi dah tangkap gambar dengan kita.. dia nak tangkap gambar dengan orang lain pulak kan mama Dina..”. Petah sahaja Auni menjawab membuatkan Rafiqi terdiam. Mungkin bersetuju dengan pandangan adiknya itu.
            “kita makan dahulu nak ?.. Mama Dina suapkan ?”. Irdina rasa bersyukur kerana kedua-dua kanak-kanak itu nampaknya masih boleh dikawal. Irdina meletakkan kanak-kanak itu dimeja yang agak hujung. Malas mahu bersempit-sempit melihat majlis pernikahan itu. Namun didalam hatinya dia bersyukur jika kakak angkatnya itu mahu memulakan kembali sebuah perhubungan dengan seorang lelaki selepas apa yang berlaku 5 tahun yang lalu.
            Leka menyuapkan makanan kepada Auni dan Rafiqi langsung Irdina tidak sedar perbuatannya disaksikan dengan leka oleh sepasang mata. Sejak tadi Ammar begitu tertarik sekali melihat seorang gadis yang dia yakin sangat masih muda melayani dua orang anak yang kelihatan agak aktif. Namun gadis itu masih mampu melayani dan mengendalikan kedua-dua kanak-kanak yang comel dan menghiburkan itu. Cepat sahaja Ammar mencapai dua punjut gula-gula yang sudah dihias cantik yang memang dikhaskan untuk tetamu kanak-kanak.
            Dengan perlahan dia mendekati kanak-kanak dan gadis itu yang sedang berbual sesame sendiri sambil menikmati makanan.
            “Assalamualaikum.. this for hensem boy,, and beautiful girl..”. Ammar menghulurkan bekas gula-gula yang comel itu kepada kanak-kanak itu. Mereka menyambutnya dengan gembira.
            “oowwhh.. I lupa pula nak ambil untuk awak..”. Ammar benar-benar terlupa mahu mengambil kotak cenderahati untuk gadis itu. Terlalu teruja mahu menegur hingga lupa kepada gadis itu.
            “oowhh.. tak apa.. En. Ammar.. nanti kak Eman mesti bagi..”. Cepat sahaja Irdina menjawab. Tak sangka pula adik kakak angkatnya itu mahu menegur dirinya. Ammar terkejut bila gadis itu mengenali dirinya.
            “eer.. awak kenal dengan saya ker ?”. Ammar memerhatikan gadis yang berseledang merah jambu yang digayakan dengan lilitan terkini itu. Wajah yang boleh dikatakan agak cantik juga malah kian cantik dengan senyuman yang manis.
            “Owwwhh.. saya kenal dengan En. Ammar.. saya rakan sekerja Kak Eman..”. Irdina memperkenalkan dirinya. Memang dia hanya mengenali adik kakak angkatnya itu melalui gambar sahaja. mereka memang belum berkenalan secara bertemu atau lebih bagusnya belum berkenalan secara rasmi. Ammar tertawa mendengar kata-kata Irdina. Tidak menyangka pula gadis itu boleh mengetahui yang dirinya adalah Ammar. Sedangkan ramai yang keliru antara dirinya dan juga Ammer kembar seirasnya itu. Terbit perasaan mahu mengusik dihati Ammar.
            “Owwhh.. awak yakin ker saya nie Ammar ? Bukan Ammer ?.. “ Ammar sengaja menduga gadis itu. Ternyata soalannya itu membuatkan gadis dihadapannya itu agak terkejut.
            “Emm.. saya tak tahu kenapa.. walaupun memang kita tak pernah berkenalan secara rasmi.. tapi saya sangat yakin yang Encik ni adalah En. Ammar.. sorry kalau saya tersilap.. sebab kak Eman kata Encik berdua memang kembar seiras”.  Tenang sahaja Irdina menerangkan. Dia hanya mengikut gerak hatinya. Entah kenapa dia rasa yakin lelaki yang dihadapannya ini adalah Ammar.
            Ammar tertawa mendengar kata-kata yang agak berkeyakinan dari mulut gadis itu. Dan memang jauh didasar hatinya rasakan sesuatu bila menentang mata bulat gadis itu. Ammar sekali lagi mengangguk-anggukkan kepalanya. Mungkin benar kata orang, gerak hati kadangkala memang boleh dikuti.
            “ok.. saya terima alasan awak tu.. saya Zarith Ammar.. kita berkenalan secara rasmi sekarang nie..”. Ammar menundukkan sedikit kepalanya tanda perkenalan. Irdina tersenyum senang. Tak sangka dia boleh meneka kembar seiras itu dengan tepat. Kalau kakak angkatnya tahu pasti dia akan dijadikan bahan.
            “Saya Irdina Safiya Binti Safuddin.. “. Irdina juga menundukkan kepalanya mengikut gaya Ammar. Akhirnya mereka tertawa bersama. Melopong kedua-dua kanak-kanak itu melihat aksi mereka. Irdina menutup mulutnya, malu dengan sikap sendiri.
            “so.. ?? yang comel dan hensemnya nie sapa nama ?” Ammar menundukkan tubuhnya sedikit dan mendekati Riqi yang asyik memandangnya.
            “Ini Rafiqi Adli B. Rafiq.. dan ini Atiqa Auni Binti Anuar…Fiqi.. Auni.. salam Uncle Ammar.. Uncle Ammar.. adik Mummy Eman..”. Irdina menerangkan kepada kedua-dua kanak-kanak itu. Rafiqi dan Auni terus tersenyum dan menghulurkan tangan bila dirasakan lelaki yang datang menegur mereka itu adalah orang yang boleh dipercayai. Mereka sudah diajar agar jangan mudah bermesra dengan orang yang tidak dikenali dan tidak dipercayai.
            “Uncle Ammar.. boleh bawa Riqi masuk ?.. Riqi nak jumpa Mummy Eman..” Rafiqi sudah mengengam jemari Ammar membuatkan Ammar agak terkejut. Rayuan kanak-kanak itu meruntun jiwanya. Entah kenapa dia rasakan kanak-kanak itu amat istimewa buat kakaknya.
            “Fiqi.. kan  Mama Dina cakap.. sekejab lagi kita jumpa Mummy Eman.. sekarang tak boleh.. Mummy Eman sibuk.. sayang..”. Irdina cuba memujuk Rafiqi. Hatinya sudah resah bila merasakan Rafiqi mula menunjukkan sikap degilnya.
            “Kenapa tak bawa masuk ?.. “ Ammar bertanya hairan melihat Irdina seperti resah sahaja mahu menunaikan permintaan Rafiqi.
            “Err.. tak apalah.. nanti selesai acara akad nikah tu.. saya bawa dia jumpa Kak Eman.. saya takut dia merosakkan majlis itu nanti..”. Irdina menerangkan. Tidak mustahil kalau Rafiqi akan membuat gempar dimajlis itu dengan melarang sesiapa sahaja yang mahu mendekati Mummy Emannya. Pastinya keadaan itu akan membuatkan majlis itu huru hara. Tambahan pula pasti ada yang memandang serong dengan Eman bila kewujudan Rafiqi bakal menyukarkan majlis pernikahan yang akan berlangsung.
            Ammar rasa tidak puas hati dengan penjelasan Irdina. Dia mendukung tubuh Rafiqi dan mahu membawanya masuk kedalam rumah. Dia tahu didalam rumah berlangsungnya acara pernikahan antara kakaknya dengan abang iparnya.
            “No.. Ammar.. stop..” Cepat sahaja Irdina menarik lengan Ammar membuatkan kedua-duanya terkelu sendiri. Cepat-cepat Irdina melepaskan pautan tangannya. Dia rasa malu dengan tindakkannya.
            “Please.. don’t.. “ Irdina bersuara rendah. Matanya rasa panas mahu menahan tangis. Entah kenapa dia benar-benar rasa takut untuk menghadapi kenyataan itu. Ammar terpaku melihat wajah sendu Irdina. Cepat sahaja dia membawa Irdina dan kedua-dua kanak-kanak itu masuk keruang belakang yang memang sudah tersedia taman permainan dan juga kolam renang. Dia tahu pasti ada sesuatu yang dirahsiakan oleh gadis itu bila melihat reaksi yang begitu dari Irdina.
            Melihat ada taman permainan cepat sahaja kedua-dua kanak-kanak itu bermain sesama sendiri. Irdina duduk diruang rehat yang memang ada disediakan disudut halaman belakang rumah banglo mewah itu. Dia langsung tidak tahu ada ruang taman yang cantik dibelakang rumah itu. Kalau tidak pasti dia akan membawa Rafiqi dan Auni kesini sejak tadi.
            “So.. ada apa-apa yang saya perlu tahu ?”. Ammar duduk dikerusi. Berhadapan dengan Irdina. Irdina melepaskan keluhan. Rasanya dia tidak mampu melarikan diri sekarang ini. Pasti sahaja dia perlu menerangkan tentang Rafiqi kepada Ammar. Tentu sahaja dia memerlukan Ammar untuk membantunya membawa Rafiqi kepada Eman tanpa diketahui oleh keluarga Eman, terutama sekali Datuk Emran.
            “Rafiqi .. anak abang Rafiq..” Irdina bersuara perlahan. Namun mampu didengar oleh Ammar. Bulat matanya mendengar kenyataan itu. Pantas dia menoleh kearah Rafiqi yang kelihatan gembira bermain papan gelongsor. Patut lah dia seperti pernah lihat wajah itu. Ya.. wajah seorang lelaki yang pernah menjadi kekasih hati dan juga tunangan kakaknya Eman.
            Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya. Lantas merenung wajah gadis dihadapannya itu.

            “So.. u adalah adik abang Rafiq kan ?..Irdina Safiyya atau lebih senang dengan panggilan Intan ?”. Ammar bersuara membuatkan jantung Irdina bergetar. Panggilan Intan itu sudah lama dia tidak gunakan. Panggilan yang diberikan oleh abang kesayangannya dan juga panggilan yang tidak akan digunakan lagi bila sahaja jasad abang kesayangannya masuk keliang lahat.

No comments:

Post a Comment