Bab 6
Pagi sabtu itu Hannah memandu juga keretanya menuju
kerumah ibunya yang berada di Damansara utama. Sampai sahaja di rumah banglo 3
tingkat itu Hannah terus meletakkan keretanya disebelah kereta Toyota Estima
milik ibunya. Hurrmm.. melihat kereta yang menjalar dihalaman rumah itu terasa
benar kecil kereta kelisanya. Ahh.. peduli apa dia.. janji itu adalah kereta
yang dibeli hasil titik peluhnya sendiri. Bukan dari Papanya. Hannah melangkah
masuk kedalam rumah banglo yang memang terbuka dari tadi. Perlahan dia
melangkah menuju kedapur. Kelihatan Mak Siti dan Kak Jamilah sedang sibuk
diruang dapur.
“Assalamualaikum.. Mak Siti.. Kak Milah..”
Mak Siti dan Jamilah menjawab salam dan menyambut tangan
yang dihulurkan oleh Hannah. Mak siti mencium pipi gebu milik Hannah. Gadis itu
memang agak rapat dengannya berbanding anak-anak majikannya yang lain. Cuma,
gadis itu sudah amat jarang mahu balik kerumah sejak belajar diuniversiti lagi.
Dan sekarang bila sudah bekerja makin jarang pula Hannah balik kerumah itu.
“huuurmmm.. sedapnya bau . nie mesti masak nasik beriani
nie.. lapar pulak rasanya bila bau nasi mak siti nie..”
Hannah sibuk membuka nasi yang sudah terhidang dimeja
makan. Bau yang amat menyelerakan sekali. Mak siti tertawa senang mendengar
pujian gadis itu. Hannah menjenguk lagi ada beberapa jenis lauk yang semuanya
memang amat menyelerakan sekali. Tiba-tiba sahaja perutnya yang sejak minggu
lepas sebu tiba-tiba terasa begitu lapar.
“pandailah Hannah nak bodek mak siti kan ?.. yer lah..
nanti mak siti tapaukan untuk Hannah..” Senang hati mak siti dengan sifat manja
Hannah. Hannah memang terlalu berbeza dengan Zarina. Nak harapkan Zarina
bercakap dengannya pun payah, inikan pula mahu memuji masakkkannya.
Hannah sudah tersenyum lebar sambil memeluk lengan mak
siti. Mak siti mengusap rambut Hannah yang berikat tocang kuda itu. Hari itu
Hannah nampak comel dengan jeans putih dan blaus putih renda berbunga coklat.
Terserlah keayuan asli milik gadis itu. Sekarang Hannah kian nampak
‘keperempuanannya’. Kalau sebelum ini datang kerumah ini biasanya Hannah akan
memakai jeans dengan t.shirt sahaja.
“nie cantik-cantik nie.. dari dating yer ?”
Mak siti sengaja mengusik. Hannah hanya tertawa dan
langsung tidak melepaskan pelukkannya dilengan wanita lewat 50-an itu. Sengaja
dia mahu bermanja-manja dengan pembantu rumah ibunya itu.
“amboooii… nie ada apa-apa komplot nie.. siap
berpeluk-peluk kat dapur nie..”
Suara garau yang agak kuat dari pintu dapur mengejutkan
Hannah dan mak siti. Kelihatan senyuman atau lebih sengihan nakal dari bibir
seorang anak muda yang nampak bergaya dengan t.shirt merah hati dan jeans warna
hitam. Hannah membulatkan matanya.
“heeyyy… bila balik Meer ?”
Laju sahaja Hannah mendapatkan Zameer Hanafi yang selamba
menaikkan kening double jerk terhadap kakaknya. Hannah terus memeluk adiknya
itu. Rindunya dia dengan adik lelakinya ini.
“eee… Kak Hannah nie.. aloohh.. lemaslah peluk-peluk.. eee..
habislah rambut Meer..”.
Sengaja Zameer membetulkan rambutnya, mengusik kakaknya
yang sudah merah mata dan hidung. Huhh.. nak menangislah tu.. cembeng betullah
kakaknya nie. Ingatkan sudah lama tak jumpa sifat kakaknya yang satu itu sudah
berubah tapi nampaknya masa langsung tidak mengubah kakaknya.
“Meer sengajakan… apasal balik tak bagi tahu ?.. nie saja
nak buat akak touching lah nie..”
Hannah sudah mengerdipkan matanya yang sudah kabur dengan
air mata. Zameer tersenyum dan terus memeluk kakaknya pula. Alahai kakaknya
nie.. sensitive betullah..
“Kak Hannah.. Meer saja nak buat surprise.. nak buat akak
melopong terkejut.. bukan menangis.. alah akak nie..”
Hannah melepaskan pelukkan adiknya. Dia mengesat matanya.
Memandang wajah adiknya yang nampak kacak sekali. Sudah 5 tahun adiknya berada
diluar negara. Last dia jumpa adiknya adalah 3 tahun lepas. Mereka hanya
berhubungan melalui facebook dan email sahaja. langsung adiknya tidak menyebut
mahu balik. Tiba-tiba sahaja sudah ada didepan mata. Manalah dia tak touching.
Patutlah ibunya beria-ia mahu dia balik kerumah hari ini. Rupanya ada
surprise.. surprise yang amat menyeronokkan bagi Hannah.
“nie.. mesti Meer buat kak Hannah sedih nie..”
Tiba-tiba Datuk Zainuddin menegur dari belakang. Hannah
tersenyum dan mendapatkan ibu dan papanya dan bersalaman tanda hormat. Datin
Zarita memeluk dan mencium anak gadisnya mesra. Datuk Zainuddin mengusap lembut
rambut Hannah. Dia memang menyayangi Hannah sama dengan anak-anaknya yang lain.
Cuma memang Hannah lebih suka berdikari sejak dahulu lagi.
Dia tidak mahu terlebih memaksa Hannah, dia mahu
anak-anaknya memilih cara hidup mereka masing-masing. Hanya Zarina, anak
gadisnya yang seorang itu memang agak keras hati. Malah Zarina memang langsung
tidak mahu berbaik-baik dengan adik-adiknya yang lain. Berbeza dengan Arif,
Arif memang bertanggungjawab menjadi abang sulung kepada adik-adiknya.
“akak kenapa dah cubby nie ?”
Zameer menegur kakaknya yang semakin comel dirasakan.
Mungkin kerana kakaknya yang memang agak rendah berbanding adik-beradik yang
lain membuatkan kakaknya ini kecil tapi comel.
“mana ada..chubby.. pandailah Meer nak mengutuk akak
kan..”
Hannah mencebikkan mulutnya. Bukan tak tahu adiknya itu
mahu mengutuk dia ketot. Sengaja mengunakan perkataan chubby. Banyaklah
chubby..
Zameer sudah tertawa melihat reaksi kakaknya itu. Comel
dan cute sahaja. dia yang sudah biasa dengan wanita barat yang tinggi lampai
memang terasa sangat kakaknya ini agak kecil dan comel sahaja. ikut baka ibunya
yang berketurunan siam.
“dah… jangan nak gaduh-gaduh.. Meer call abang Arif..
kata tadi dah on the way.. sampai sekarang tak sampai-sampai.. abang kamu tu..
on the way dia dalam bilik tidur lagi..”
Datuk Zainuddin menegur Zameer dan Hannah yang memang
suka sangat usik mengusik. Dia rasa gembira dengan keceriaan anak-anaknya.
Namun sayang sekali Zarina menolak mentah-mentah ajakkannya untuk berkumpul
beramai-ramai hari ini. Anak gadisnya itu lebih suka berpeleseran entah kemana
dengan kawan-kawannya. Huhh..
Selepas makan Hannah masuk kedalam bilik yang memang
disediakan untuknya. Namun bilik itu memang jarang sekali digunakan. Tambahan
pula sekarang ini Zarina memang tinggal dirumah itu. Memang lagi jaranglah dia
nak balik kerumah ini. Dia tidak suka nak mencari gaduh namun kalau dah
setiapkali dia datang hatinya sakit, lebih baik dia tidak payah datang. Hati
tak sakit otak pun tak serabut. Ketukkan dipintu membuatkan Hannah menoleh.
Terlihat wajah ibunya tersenyum manis. Datin Zarita tidak puas lagi mahu
bermesra dengan anak gadisnya.
“Hannah tidur sini yer..”
Datin Zarita mengelus rambut lurus anaknya. Hannah serba
salah. Namun melihat wajah mengharap ibunya membuatkan dia mengangguk setuju.
Lebar senyuman Datin Zarita. Dia tahu perasaan anaknya. Dan dia hanya mampu memujuk
perasaan anaknya sahaja. namun kadangkala kerinduan terhadap anaknya membuatkan
dia merasakan dia semakin jauh dari anak perempuannya itu.
Malam itu mereka menerima tetamu. Keluarga Datuk Rasheed
sengaja datang bertandang. Hannah membantu Mak siti dan kak jamilah menyediakan
hidangan makan malam. Bukan bantu apapun hanya tolong-tolong susun pinggan
sahaja. semua masakan haruslah Mak siti yang masak. Nak harapkan dia masak ?
terbakar pula dapur canggih milik ibu tu nanti.
Datin Aleena amat berkenan dengan Hannah, namun apa nak
dikata kalau sudah anaknya sudah memilih Zarina untuk dijadikan isteri. Padanya
dia lebih suka dengan Hannah yang serba sederhana. Namun mungkin bagi suami dan
anaknya Hannah bukanlah dari keturunan mereka menyebabkan mereka memilih
zarina. Dia sebagai ibu dan isteri hanya menurut sahaja apa yang dirancangkan
oleh suaminya dan anaknya.
Tambahan pula dia tahu Rayyan memang langsung tidak
pernah berbaik dengan Hannah. Sejak dahulu anaknya itu memang jarang mahu
menegur atau berbual dengan Hannah. Anaknya lebih senang dengan Zarina yang
dirasakan terlebih berani itu. Hurmm.. selera masing-masing. Dia hanya
mendoakan yang terbaik untuk anaknya.
Selepas makan malam Hannah dan Zameer berbual dikolam
renang. Mereka memang agak rapat sejak kecil lagi. Sebab Hannah hanya ada
Zameer untuk dijadikan kawan kalau mereka terpaksa balik kekampung keluarga
Datuk Zainuddin. Zarina awal-awal lagi sudah menjauhkan diri darinya. Samalah
juga dengan sepupu-sepupunya yang lain. Memandang dirinya bagaikan dia ada
penyakit kusta sahaja.
Sepupunya itu termasuklah lelaki yang ada didalam
rumahnya itu sekarang. Rayyan. Memang tidak dinafikan dulu dia memang admire
habis dengan lelaki itu. Lelaki kacak dan tampan siapa yang mampu menolak untuk
diidamkan menjadi pasangan ? namun semuanya hanya menjadi rahsia hatinya
sahaja. dia masih ingat lagi bila Zarina sengaja mencuri membaca diarinya
sewaktu usianya 15 tahun. Waktu itu Rayyan sudah 18tahun dan Zarina 17tahun.
Kakaknya itu sanggup memalukan dia dengan memberitahu
isihatinya yang kononnya sukakan Rayyan sewaktu mereka berkumpul di hari raya.
Malunya memang bukan kepalang bila Rayyan bukan sahaja mengejeknya malah
memandangnya sinis. Oowwhh.. sejak itu dia sudah tidak lagi menulis diari. Apa
sahaja yang berlaku dia biarkan sahaja berlalu. Dia tidak sanggup dimalukan
sebegitu rupa. Ahh.. kenangan zaman kanak-kanak.
“Akak.. hisshh.. termenung pulak… Meer tolak dalam kolam
tu nak..”
Zameer menegur Hannah yang kelihatan termenung jauh. Dia
perasan mood kakaknya tidak seceria tadi selepas menerima kedatangan uncle
Rasheed sekeluarga. Dia tahu kakaknya memang tidak rapat dengan mana-mana
sepupunya sebelah papanya. Entah kenapa dia merasakan kakaknya tidak menerima
papanya seperti keluarga sendiri.
“tak adalah.. akak dah ngatuk nie.. nak masuk bilik..
rasa tak patut pulakkan.. kita dah la ada tetamu..” Hannah sengaja memberikan
alasan.
“Akak macam tak suka jer dengan abang Ray ?.. “
Pertanyaan dari Zameer membuatkan Hannah tersentak. Tak
suka ?.. memang pun… hannah berbicara dalam hati.
“tak suka kenapa pulak.. pandai-pandai sahaja Meer nie..”.
Hannah cuba menyelindungkan perasaannya.
“Akak.. meer bukan budak-budak yang boleh akak tipu macam
dulu.. atau.. akak masih admire kat abang Rayyan ?.. tapi dia memang kacak kan
?”
Zameer sudah tersengih-sengih. Hannah hanya mencebik. Nak
buat apapun kalau kacak tapi menyakitkan hati ? huhh… tak guna kacak kalau
asyik makan hati berulam jantung aja. Baik makan ulam raja.. lagi baik.
“tak kuasa akak Meer.. siapalah akak nie.. Meer nak ker
akak kena kerat 28 dengan kak Rin ?..huuiihhh tak berani akak nak letakkan
pisau kat leher sendiri meer..”
Zameer sudah tertawa. Membayangkan kak Zarina membuatkan
Zameer melepaskan keluhan. Sudah seharian dia balik namun kakaknya yang satu
itu langsung tidak ditemui lagi. Memang hubungan mereka langsung tidak pernah
rapat. Sejak kecil Zarina bagaikan tidak mahu menerima kehadiran dirinya dan
Hannah. Mungkin kerana Zarina tidak menerima ibunya menyebabkan Zarina juga
membenci dia dan Hannah.
“tapi kan kak.. tadi Meer perasan.. abang Rayyan tu asyik
jeling-jeling akak jer.. hhehehe.. agaknya dia dah jatuh hati kat akak kot..”
Hannah membulatkan matanya. Huhh.. geram betullah dengan
Zameer yang sengaja mahu mengusiknya itu. Bukannya Zameer tidak tahu betapa
bencinya Rayyan dengan dirinya. Semuanya gara-gara diari bodohnya itu.
“janganlah meer nak berangan meer.. dia memang akan jadi
bakal abang ipar Meer.. tapi untuk kak Rin bukan akak..”
Hannah menjawab selamba.
“maksudnya kalau abang rayyan bukan tunang kak Rin.. Akak
sukalah kat abang Rayyan ? “ Giat Zameer lagi. Suka dia melihat hannah naik
angin. Kakaknya itu lagi marah lagi comel. Sebab itu dia suka sangat mengusik.
“hhaaaiihh.. tak hingin akak Meer oooii.. hensem sangat..
susah nak jaga..”
Hannah menjawab lagi. Sengaja mahu mengenakan Zameer.
“siapa yang hensem ?”
Tiba-tiba suara garau Arif menyampuk perbualan mereka.
Mereka menoleh dan bulat mata Hannah melihat Arif dan Rayyan yang berada
dibelakang mereka. Hannah terus memalingkan mukanya. Takut dia mahu melihat
reaksi Rayyan. Masih terbayang-bayang wajah sinis Rayyan. Wajah yang membuatkan
dia rasa dirinya memang amat tidak berguna sekali.
“Kau tu layak jadi hamba aku aja.. ada hati nak jadi
kekasih aku.. cerminlah muka tu sikit..”
Hannah memejamkan matanya. Bagaikan terdengar-dengar lagi
suara itu ditepi telinganya. Hannah tidak pernah mampu melupakan kata-kata
hinaan itu walaupun sudah 10 tahun berlalu. Bagi Hannah, setiap kali menatap
wajah Rayyan, kata-kata itu sentiasa sahaja bergema didalam ingatannya. Mungkin
kerana Hannah tidak pernah melupakan Rayyan, sebab itu Hannah begitu sukar
melupakan apa sahaja yang keluar dari mulut lelaki itu.Hannah memegang
jemarinya. Pedih.. entah kenapa kata-kata itu masih begitu segar diingatannya.
Masih membuatkan hatinya tersiat-siat sakit dan makin sakit.
Tawa yang agak panjang membuatkan Hannah membuka matanya.
Nasib baiklah suasana agak kelam dikawasan kolam renang itu. Kalau tidak sudah
pasti mereka akan dapat melihat wajahnya yang sudah seperti udang terbakar.
Atau lebih tepat lagi udang hangus.
“boleh Hannah ?” Tiba-tiba Arif bertanya membuatkan Hannah
terpinga-pinga.. boleh ? boleh apa ?..
“laahhh.. akak nie.. dari tadi termenung.. termenung ker
terlelap entah.. ngantuk sangat ker ? pergilah tidur sana.. orang cerita bagai
nak rak dia boleh buat muka poyo pulak.”
Zameer merungut. Hannah hanya tersengih sahaja lantas
bangun dari kerusi yang didudukinya. Mahu masuk kedalam rumah. Rasa tak selesa
pulak sebab ada lelaki itu dikawasan ini. Dia rimas..
“Hannah…”
Hannah tersentak bila terdengar namanya dipanggil. Dan
dia tahu ia datangnya dari Rayyan. Hannah cuba beriak selamba dan menoleh
kearah Rayyan yang berdiri tidak jauh darinya.
“dah lama ker u kerja kat Intergity Landscape ?”
Hannah cuba menghitung masa kerjanya.
“dekat dua tahun dah..”
“oowwhh…”
Jeda..
Hannah terus masuk kedalam rumah. Tak guna dia mahu
tunggu disitu.. tambahan pula dia bukannya biasa sangat dengan lelaki itu.
Bukan tak biasa sangat, tapi langsung tak biasa sebenarnya. Hurrmmm..
Rayyan hanya memandang tubuh Hannah yang sudah menghilang
disebalik pintu rumah. Entah kenapa dia merasakan aura Hannah amat menarik
dirinya waktu itu. Pertama kali selepas bertahun tidak berjumpa membuatkan
perasaan begitu teruja mahu memerhatikan seraut wajah comel itu. Malam itu
Hannah memakai gaun kembang warna coklat. Dalam keadaan itu pun entah kenapa
dia merasakan Hannah cukup menarik dan seksi. Haaiihh.. agaknya bagaimana kalau
Hannah berpakaian seksi seperti Zarina ? entah kenapa nakal sahaja fikiran
Rayyan waktu itu.
No comments:
Post a Comment