Bab 9
Hannah melepaskan keluhan yang agak berat. Sudah seminggu
dia berada diTeratak Nur. Mencari ketenangan diri. Dia sudah pun meletakkan
jawatannya. Tidak sanggup dia mahu bekerja dibawah syarikat Rayyan. Terasa
begitu sakit hatinya menanggung sesalan. Malah dia hanya membiarkan sahaja
Rayyan melepaskan kemarahannya. Memang salahnya.. memang salah keluarganya.
Rayyan adalah mangsa keadaan. Dia terpaksa menguncikan mulut dan perasaannya
menerima sahaja kata-kata hinaan dari suaminya.
Rayyan sendiri yang mahu dia merahsiakan perkahwinan ini.
Dia bersyukur, dia juga belum bersedia mahumendedahkan statusnya yang sebenar.
Biarlah hati suaminya reda dan redha dahulu. Dia langsung tidak menyalahkan
Rayyan. Minggu hadapan adalah majlis persandingan. Majlis yang seharusnya
menjadi milik kakak tirinya. Namun dia yang akan berada disamping jejaka idaman
Malaya itu. Hannah hanya mahu melakukan yang terbaik.
“Lah.. kat sini rupanya.. puaslah umi cari..” Teguran
Puan Khadijah mengejutkan lamunan Hannah. Hannah hanya memaparkan senyuman
manis menyambut kedatangan pemilik rumah asuhan itu.
“Ada apa umi cari Hannah ?..”. Lembut Hannah bertanya
sambil memerhatikan Puan Khadijah yang duduk disebelahnya. Dia tidak menafikan
kasihnya kepada wanita ini amat tebal sekali. Dahulu Puan Khadijah adalah
pengetua disekolahnya. Hubungan mereka kian akrab bila Puan Khadijah sekampung
dengan neneknya.
Masa remajanya banyak dihabiskan dirumah anak yatim milik
Puan Khadijah. Wanita lewat 50-an itu membuka sebuah rumah asuhan untuk
anak-anak yatim selepas kematian suaminya. Puan Khadijah mahu merealisasikan
impian arwah suaminya yang mahu membuka sebuah rumah anak-anak yatim. Tambahan
pula Arwah suaminya itu adalah seorang anak yatim piatu yang membesar dirumah
kebajikan.
Sejak mengenali Puan Khadijah memang banyak masa cuti
Hannah dihabiskan dirumah asuhan ini. Dia rasa tenang membantu kanak-kanak yang
kurang bernasib baik ini dalam pelajaran.
“Hannah fikirkan apa ?.. termenung sahaja Umi tengok ?”
Puan Khadijah dapat merasakan kedatangan anak angkatnya
kali ini bagaikan menanggung masalah yang berat. Wajah comel itu hilang seri
dan keceriaannya. Selalunya Hannah tidak begitu, gadis itu sentiasa ceria
sahaja.
Hannah tersenyum dan mengelengkan kepalanya. Dia tahu dia
harus berterus terang dengan uminya. Memang dia tidak mampu merahsiakan apa-apa
tentang dirinya dari uminya. Uminya pandai memujuk dan menenangkannya. Malah
dia merasakan dia lebih rapat dengan uminya dari ibu kandungnya.
“Hannah… umi bukan baru kenal Hannah setahun dua
tau.. umi tahu Hannah ada masalah..
kenapa tak nak kongsi dengan Umi ? dah tak percayakan Umi ?”
Puan Khadijah memujuk. Inilah yang paling melemahkan
perasaan Hannah, pujukkan uminya beserta ugutan kasih sayangnya pasti
membuatkan Hannah rasa serba salah mahu menyimpan rahsia tentang dirinya lebih
lama. Hannah melentokkan kepalanya dibahu uminya manja. Cepat sahaja Puan Khadijah
mengelus rambut lurus itu dengan penuh kasih sayang.
“Bila abang Haikal nak balik Umi ?”
Hannah terkenangkan Haikal Firdaus. Lelaki yang menjadi
teman rapatnya yang memang amat memahami perasaannya. Namun entah kenapa sampai
kesaat ini dia masih tidak mampu menyintai lelaki itu. Haikal Firdaus tidak
kurang paras rupa dan kedudukkannya. Namun hatinya tidak mampu meletakkan
lelaki itu menjadi kekasihnya.
“takkan rindukan Abang Haikal ?.. umi tak percayalah..”
Hannah tertawa mendengar usikkan uminya. Memang uminya
tahu sangat dengan perasaannya. Walaupun Haikal amat baik dan mesra dengannya.
Namun Hannah hanya menganggap Haikal sebagai abang dan teman yang amat
memahami. Bukan seorang kekasih yang mampu untuk dicintai. Dan umi amat tahu
tentang itu. Malah umi juga yang mahu dia menerima Haikal jika hatinya
benar-benar sudah bersedia.
“Hannah.. Hannah dah kahwin Umi..”
Perlahan sahaja suara Hannah. Puan Khadijah agak terkejut
namun dia tidak mahu menunjukkan perasaannya. Dia tahu pasti ada sesuatu yang
terjadi keatas anak gadis itu. Hannah menceritakan apa yang terjadi kepada Puan
Khadijah. Tentang Datuk Zainuddin, tentang Zarina juga tentang rancangan yang
telah dilakukan olehnya yang menyebabkan terjadinya pernikahan itu.
Puan Khadijah melepaskan nafasnya tenang. Dia tahu Hannah
akan melakukan apa sahaja demi untuk keluarganya. Namun dia juga tahu Hannah
memang masih menyayangi Rayyan. Sejak dahulu dia mendengar nama itu dari bibir
Hannah. Dan dia tahu lelaki itu sudah berada didalam hati Hannah sejak dahulu
lagi. Memanglah mulut Hannah menyatakan benci. Namun sebagai seorang yang lebih
dewasa dia tahu Hannah amat menyintai Rayyan.
“Hannah… semuanya sudah ditakdirkan.. Hannah kena yakin
dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah.. kita nie manusia biasa yang harus
menerima apa sahaja yang telah diaturkan olehNYA. Dan DIA tidak akan sesekali
memberi kesusahan kepada hamba kesayangNYA… Rayyan sudah jadi suami Hannah..
Hannah kena redha dan menerima dengan sepenuh hati.. Umi yakin dan amat pasti..
Hannah menyintai Rayyan kan ? cinta Hannah kepada Rayyan makin kukuh dihati
Hannah walaupun Hannah cuba menafikannya..”
Hannah terdiam.. masihkah ada perasaan itu ? Ya.. dia
akui, perasaannya terhadap Rayyan memang sudah wujud dan sudah sebati didalam
dirinya. Hanya dia yang sering menafikan dan menolak perasaan itu. Namun
semakin hari dia memang sudah tidak mampu memadamkan perasaannya terhadap
Rayyan. Ahh.. tak guna kalau hanya dia yang memendam perasaan. Sedangkan Rayyan
awal-awal lagi sudah mengatakan kebenciannya.
“kita nie Hannah.. sebagai isteri.. jangan hanya berserah
tanpa buat apa-apa.. lelaki nie, kalau kita beku sangat pun memang dia tak
pandang.. tak salah jadi nakal dan manis untuk suami sendiri.. Hannah mesti
mahukan perkahwinan ini berkekalan hingga keakhir hayatkan ? jadi tak salah..
kalau Hannah memikat suami sendiri..”
Bulat mata Hannah mendengar nasihat Uminya. Senyuman
manis Uminya membuatkan wajahnya sudah kemerahan menahan malu. Ahhh.. kenapalah
ibu tidak seperti Umi ?.. sekarang ibu sibuk menguruskan papanya. Walaupun
papanya sudah tidak tinggal lagi dihospital, namun papa memerlukan rehat yang
secukupnya.
“hannah jangan fikirkan sangat tentang Haikal..
InsyaAllah.. Haikal boleh menerima dengan baik.. anak lelaki umi tu.. bukannya
tidak kacak untuk mendapatkan penganti Hannahkan ?”
Hannah tertawa dan mengangguk. Memang Haikal amat kacak
dan tampan sebenarnya. Cuma Hannah sahaja yang langsung tidak memandang
kekacakkan Haikal. Mana nak nampak kalau didalam hatinya sudah tepu dengan
wajah Rayyan sejak dahulu lagi.
Memikat Rayyan… mampukah dia ? Hannah melepaskan
nafasnya. Ada debar dan ada rasa teruja bila mengenangkan lelaki yang sudah menjadi
suaminya itu. Walaupun Rayyan tidak pernah berbaik dengannya, namun entah
kenapa dia boleh menyintai lelaki itu. Ahh.. perasaan.. kenapalah kau tidak
faham tentang diri ini. Hannah tidak tahu bagaimana mahu memikat Rayyan
sedangkan nak dekat pun dia dah rasa nak pengsan menahan perasaan.
Namun demi keluarganya dia harus cuba mempertahankan
ikatan perkahwinannya. Mungkin selepas semuanya tenang maka dia rela andai
jodohnya dengan Rayyan tidak panjang. Dia juga tidak akan menyalahkan Rayyan
jika lelaki itu memang tidak mampu menerimanya asalkan dia sudah berusaha untuk
menempatkan dirinya menjadi seorang isteri yang solehah.
No comments:
Post a Comment