Wednesday, 2 October 2013

Masihkah Ada Aku...

Bab 10

            Rayyan mengemaskan rangkulannya dipinggang gadis comel disebelahnya. Entah kenapa dia melakukannya dia sendiri tidak tahu. Namun melihat wajah cantik disebelahnya itu memang benar-benar membuatkan perasaan lelakinya agak teruja dan bangga. Siapa tidak bangga mempunyai isteri sejelita gadis disebelahnya itu. Pinggang ramping itu sengaja dipeluk dengan erat. Dia tahu Hannah tidak akan melawan. Malah senyuman manis Hannah masih terpamer dibibir merah itu. Ahh.. plastic..

            Hannah dan Rayyan sama-sama bergandingan bersalaman dengan tetamu-tetamu terhormat yang kebanyakkannya adalah rakan perniagaan Rayyan. Malah sebahagian besar tetamu yang memenuhi perkarangan dewan hotel ini adalah warga ZEER’S Holdings. Syarikat pembinaan yang terkenal ditanah air. Syarikat milik Datuk Zainuddin dan juga Datuk Rasheed. Namun Arif yang menjadi peneraju utama syarikat itu mengantikan Datuk Zainuddin.

            Tambahan pula Rayyan sudah mempunyai RYED Holdings. sebuah syarikat bahan api yang tidak kurang hebatnya. Hannah masih mengekalkan senyuman manisnya. Huhh.. naik lenguh tulang pipinya menayangkan senyuman. Tambahan pula rasa tidak selesa bila lengan kekar milik Rayyan yang sejak tadi mengelilingi pinggannya. Tahulah nak berlakon.. tapi tak payah nak over.. sakit betul hati Hannah mengenangkan lelaki kacak disebelahnya ini.

            “Tahniah.. patutlah kau sorok sangat bakal bini kau nie.. anggun memang persis bidadari..”.

            Rayyan tersenyum bangga mendengar pujian dari kawan-kawannya. Rangkulan dipinggang Hannah dieratkan. Bangga dia mempamerkan kejelitaan Hannah malam itu. Tambah pula Hannah dengan gaun malam yang memang amat sesuai dengan citarasanya. Gaun lurus mengikut bentuk tubuh yang agak terdedah dibelakang badannya. Menampakkan kemulusan kulit isterinya itu.

            Selendang jarang menutupi bahu dan belakang tubuh isterinya yang terdedah. Memang malam itu dia agak terkejut dengan penampilan Hannah. Selama ini dia langsung tidak pernah menyangka gadis itu mempunyai tubuh yang seksi begini. Malah dia tidak menyangka isterinya itu memang tidak kurang hebatnya. Wajahnya juga memang nampak jelita. Lebih jelita dan seksi dari Zarina yang selama ini dibanggakannya.

            “Han.. ini Farid, Zila Farid’s wife and ini.. Doktor Ameer, Amirul, tasha tunang Amirul dan ini Zakuan dan Nakiq.. diorang semua sama kolej dengan i.. “

            Hannah tersenyum dan menyambut huluran tangan isteri farid dan tunang Amirul. Ramai juga kawan-kawan Rayyan, yar lah orang terkenal macam Rayyan memanglah ramai kawan. Kawan-kawannya ?.. entah… dia belum jumpa lagi.

            Hannah hanya melayani sahaja telatah Rayyan malam itu. Ditarik kekiri dia ikut.. ditarik kekanan dia turuti juga. Dia benar-benar seperti patung perhiasan yang mahu dipamerkan kepada semua orang. Letih dan sakit kaki memang tidak perlu dia fikirkan lagi. Hannah benar-benar kepenatan. Namun melihat gaya cergas Rayyan dia tahu lelaki itu sengaja mahu menderanya.

            “you.. I nak jumpa kawan I sekejab..”

            Hannah berbisik lembut kepada Rayyan sambil menunjukkan meja Amira dan Kak Shima. Malah bekas teman kerjanya juga satu meja dengan teman serumahnya itu. Rayyan bangun dan mengikut langkah Hannah. Dia tahu kaki isterinya itu sakit. Dia bukan tidak perasan isterinya itu berkerut setiapkali dia menarik isterinya menemui tetamu-tetamunya.

            Tiba-tiba Rayyan bukan mendapatkan meja kawan-kawan Hannah, sebaliknya membawa Hannah kebelakang pentas. Hannah yang memang sudah keletihan malas mahu membantah. Malas juga mahu bergaduh. Mengikut sahaja langkah suaminya. Dibelakang pentas Rayyan memaksa Hannah untuk duduk dikerusi. Leganya Hannah rasakan waktu itu. Namun terbeliak matanya bila Rayyan melutut didepannya.

            “hey.. you buat apa nie ?”

            Terkejut Hannah bila Rayyan memegang kakinya. Namun Rayyan hanya mendiamkan diri sahaja. Hannah juga tidak mampu berkata apa-apa bila Rayyan sudah membuka kasut tumit tinggi yang menyeksa kakinya sejak tadi.

            Rayyan membuka kasut Hannah dan memerhatikan kaki comel yang sudah kemerahan. Ada beberapa luka kecil yang mungkin menyebabkan Hannah kian tidak selesa.

            “duduk kat situ jangan nak bergerak-gerak..”

            Keras arahan itu Hannah turuti. Lagipun dia memang tidak mahu bergerak lagi. Kakinya sakit.. badannya lenguh.. pinggangnya macam nak patah… memang menyeksakan sekali. Rayyan datang bersama kotak kecemasan dan juga kotak seperti kotak kasut. Hannah hanya memerhatikan sahaja Rayyan menyapu minyak dan menampal luka-luka dikakinya dengan plaster.

            Selepas selesai Rayyan menyarungkan pula kakinya dengan kasut sandle. Yang pastinya memang langsung tidak bertumit. Rayyan menarik tangan Hannah dan memaksa isterinya itu berdiri. Huuiihh… selesanya….tapi…

            Hannah mendongak mahu melihat wajah suaminya. Terasa benar keketotan dirinya waktu ini. Ketinggiannya hanya bawah bahu Rayyan. Terasa dirinya comel dan bantut.. tapi.. kakinya selesa.. itu yang penting.

            “kita duduk sahaja dimeja tu.. lagipun acara nie dah nak habis dah..”

            Seperti memahami ketidak selesaan yang dirasakan oleh Hannah, Rayyan memberikan cadangan.

            “eerr.. thanks… tapi I nak jumpa kawan-kawan I dulu..”

            “ok.. I tunggu kat meja..”

            Hannah tersenyum. Namun Rayyan langsung tidak membalas, menonong sahaja lelaki itu meninggalkannya. Huhh.. sombong…. Laju sahaja Hannah mendapatkan kawan-kawannya. Nasiblah gaun nie panjang sikit. Tak nampaklah cacat kakinya yang memakai kasut sandle nie. Hehehe..

            Hannah mendapatkan kawan-kawannya. Semua kawan-kawannya memang terkejut melihat dia yang menjadi pengantin perempuan pada majlis yang serba mewah ini. Tambahan pula Amira dan Kak Shimah yang memang langsung tidak tahu tentang latarbelakang sebenar Hannah, walaupun mereka sudah tinggal serumah lebih 5 tahun.

            “tak sangka aku.. rupanya kau dah cilok dulu hot guys tu.. patutlah masa kita cerita tu dia buat selamba jer..”

            Liliana memang terkejut bila melihat Hannah diatas pelamin. Sudahlah kawannya itu berhenti kerja dengan notis 24jam. Langsung tidak pernah menghubungi mereka. Mereka hanya tahu tentang Hannah berhenti kerja bila diberitahu oleh En. Hambali. Puas mereka menelefon namun talian telefon Hannah tidak aktif.

            Hannah hanya tersengih sahaja. malas dia mahu menerangkan tentang hal sebenarnya dengan kawan-kawannya. Biarlah hanya dia dan keluarganya sahaja yang tahu tentang apa yang terjadi.

            “kau nie.. senyap-senyap jer nikah dengan orang kayakan.. langsung tak ceria dengan aku.. kenapa takut aku rembat ker ?”

            Amira memang terasa hati benar dengan Hannah. Sudahlah dia duduk serumah, langsung dia tidak menyangka gadis yang selama ini dilihat langsung tidak ada gaya mampu mempunyai suami sekaya dan sekacak Rayyan. Jauh disudut hatinya dia memang amat cemburu dengan Hannah. Dia merasakan Hannah langsung tidak sesuai dengan Rayyan yang serba serbi sempurna itu.

            Hannah tertawa sahaja mendengar kata-kata Amira. Bukan dia tidak tahu Amira tu mana boleh orang lebih sikit dari dia. Rasa diri itu hebat sangat hingga langsung tidak mahu menerima kekurangan orang lain. Itu adalah sifat Amira yang Hannah tidak suka selama ini. Namun Hannah memang langsung tidak pernah mahu mencari pasal dengan Amira. Biarlah dia nak berlagak ker.. nak sombong ker.. janji duit sewa bayar.. sudah..

            “Han.. ceritalah.. macam mana kau boleh kenal dengan CEO kita tu ?.. memang kau tau lah dia yang nak jadi CEO kita ? sebab tu kau resign kan ? yerlah.. takkan bini CEO nak jadi engineer jer kan ?”

            Liliana terus memaksa Hannah, dia juga memang langsung tidak menyangka Hannah akan menjadi wanita yang mendampingi jejaka idamannya itu. Haiiihh… memanglah Hannah itu cantik orangnya, Cuma selama ini Hannah itu terlalu simple. Langsung tidak menunjukkan kejelitaannya. Wajahnya langsung tidak pernah bersolek ketempat kerja. Pakaiaannya pula ? biasalah.. kemeja dengan seluar panjang.

            Tak sangka pula minah sempoi tu boleh jadi bini CEO siapa yang tidak terkejut. Nie pun rasa macam mimpi sahaja. mimpi yang tak best bila jejaka pujaan hati dikebas kawan sendiri.

            “ok..ok.. all’s.. dengar sini.. sebenarnya.. that’s hot guys.. sepupu akulah.. kita orang memanglah rapat sejak kecil.. sengaja aku rahsiakan dengan kauorang selama ini.. so amacam ?.. jelous tak ?”

            Hannah sengaja mereka cerita dan mengusik teman-temannya.

            “sangat !!!!”

            Serentak teman-temannya menjawab menyebabkan mereka menjadi tumpuan. Namun hanya seketika bila suasana dewan kembali riuh dengan kemeriahan majlis perkahwinan itu.

            Rayyan mendekati Hannah, geram pula dia bila Hannah langsung tidak datang kemejanya, malah begitu asyik berbual dengan teman-temannya. Entah apalah yang diceritakan oleh Hannah tu. Jangan mengutuk dia sudah..

            “Han.. come..”

            Hannah terkejut bila terasa bahunya dicuit.

            “ala.. Mr. Ray.. kitaorang pinjam kejab pun dah sibuk nak cari.. takut sangat orang culik isteri dia yang comel lote nie..”

            Liliana sengaja mengusik CEO syarikat itu. Rayyan hanya tersenyum.. membuatkan gadis-gadis dimeja itu hampir pitam. Tak senyum pun dah hensem inikan pula tersenyum.. mahu tak gugur semua anggota dalaman.

            “sorry guys.. I need my wife right now.. nanti kita jumpa lagi ok..”


            Yuurrkksss… geli telinga Hannah mendengar suara ala-ala raja buaya darat milik Rayyan. Namun kawan-kawan perempuannya semua dah memegang dada. Alohhh… gugur jiwalah tu…hahahaa..

No comments:

Post a Comment