Wednesday, 2 October 2013

Masihkah Ada Aku...

Bab 15

            Datuk Zainuddin hanya tertawa mendengar usikkan adik ipar merangkap besan dan juga sahabat baiknya itu. Datuk Rasheed nampak begitu gembira menceritakan tentang rasa leganya kerana anak-anak mereka sudah selamat dikahwinkan. Walaupun majlis itu sudah hampir sebulan berlalu namun Datuk Rasheed yang baru pulang dari menunaikan umrah itu memang mengatakan rasa bersyukurnya kerana anaknya berkahwin dengan Hannah.

            “entah kenapa aku rasa tenang sangat Din.. masa kat mekah perasaan aku tenang dan bahagia sekali.. malah aku dah tak sabar nak main dengan cucu aku..”

            Datuk Zainuddin hanya tersenyum. Cucu ?.. dia merasakan satu getaran yang hebat didalam hatinya. Melihat wajah tenang sahabatnya membuatkan dia juga teringin mahu menunaikan umrah. Kesihatannya juga sudah agak stabil.

            “betul tu Za.. akak memang berdoa sangat dapat cucu cepat-cepat.. lagipun Hannah dengan Rayyan tu bukan muda lagi.. dah memang layak sangat diorang tu ada anak.. Hannah ada cakap dia merancang dulu ker Za ?”

            Datin Aleena bertanyakan kepada Datin Zarita. Zatin Zarita hanya mengelengkan kepalanya . cuba menahan perasaan yang sudah agak gelisah.

            “lama lagi ker kontrak kerja Hannah kat Pahang tu ?.. kalau dah duduk asing-asing.. bilanya kita nak bercucu nie ?”

            Datin Aleena bertanya. Memang dia tidak menyangka pulak Hannah dan Rayyan tidak tinggal sebumbung. Alasannya Hannah ada masih ada kontrak kerja di Pahang.

            “tak lama lagi habislah kontrak tu..”

            Jawab Datin Zarita tenang. Dia memang tidak tahu bagaimana mahu memberikan alasan. Namun bila Hannah memberitahu dia bekerja di Pahang memang dia tidak mampu menghalang. Dia tidak mahu memaksa lagi. Dia tahu Hannah lebih selesa di Pahang. Dekat dengan rumah emaknya. Tambahan pula memang Hannah agak rapat dengan emaknya.

            Datuk Zainuddin hanya merenung kereta yang sudah meninggalkan halaman rumahnya. Dia mendapatkan isterinya yang sedang membelek pokok-pokok bunga dihalaman. Itulah aktiviti isterinya dimasa lapang. Penuh halamannya dengan pelbagai pokok bunga. Dibelakang rumah pula isterinya berkebun dengan Mak Siti dan Jamilah. Isterinya memang lebih gemar menghabiskan masanya dirumah. Langsung tidak suka keluar berpesatuan seperti datin-datin lain.

            “abang tengok.. ceria aja Rasheed tu lepas balik umrah.. kita pergi Umrah bulan depan nak ?”

            Datin Zarita menoleh kearah suaminya.

            “mestilah nak bang.. Za memang dah lama teringin nak pergi.. kita ajak anak-anak kita sekali nak ?”

            Ceria sahaja wajah Datin Zarita bila suaminya mengajak pergi melawat tanah suci mekah.

            “hurrmm.. si Arif tu tengah sibuk sekarang.. sejak abang berundur dari ZEER’s Holdings.. kerjanya dah bertambah.. kita ajak Zameer.. kalau dia nak pergi.. atau Hannah..?”

            Datin Zarita menganggukkan kepalanya. Zameer masih ada setahun sahaja lagi belajar. Selepas itu anaknya akan sama-sama bekerja di syarikat yang mana Arif sekarang terajui. Mengenangkan Hannah dia rasa agak sedih. Sudah lama dia tidak mendengar khabar berita anaknya itu. Apa yang dia tahu sejak berkahwin anaknya itu terus berpindah ke Pahang. Dia tidak mahu menahan dan melarang. Cukuplah dia mahu mengatur masa depan anaknya lagi.

            “Rin macam mana sekarang bang ?”

            Datin Zarita tiba-tiba teringatkan anak gadisnya itu. Nun jauh di kota London sedang menjalani rawatan. Siapa yang tidak terkejut bila dikhabarkan anak yang disayangi hampir maut kerana melakukan penguguran haram ? itulah yang menimpa suaminya.

            Zarina ditemui berlumuran darah didalam biliknya. Menurut doctor Zarina mahu melakukan penguguran dengan mencucuk rahimnya dengan besi tajam. Gila.. memang gila anaknya ini. Nasib baiklah Roslan itu adalah orang kepercayaan suaminya. Langsung Zarina dikejarkan kehospital swasta milik doctor itu. Dan malam itu juga Zarina dihantar ke London untuk menjalani rawatan. Waktu itu Zarina masih dalam keadaan koma. Dan kini juga masih belum sedar.

            “abang nak doakan dia sedar dan insaf atas perbuatannya.. abang nak mohon pada Allah semoga anak-anak kita semuanya selamat..”

            Lemah sahaja bicara Datuk Zainuddin. Datin Zarita mengangguk.. walaupun Zarina tidak pernah melayaninya dengan baik. Dia juga tidak pernah mendoakan yang tidak baik untuk anak tirinya itu.

            Rayyan meletakkan kotnya diatas katil. Keletihan tubuhnya memang sudah tidak tertanggung lagi, padat benar jadualnya hari ini. Dia melemparkan tubuhnya diatas katil. Matanya merenung jauh keatas syiling. Tiba-tiba sahaja dia terbayangkan wajah Hannah. Dia langsung tidak menyangka Hannah langsung tidak menemuinya selepas kejadian itu. Dia juga langsung tidak menyangka isterinya itu langsung tidak menghubunginya.

            Dia nak hubungi isterinya ? huhh.. egonya melangit. Dia merasakan sebagai seorang isteri haruslah Hannah yang lebih mengalah. Rayyan melepaskan keluhan. Nasib baiklah mama dan papanya amat menerima alasannyan. Ya.. alasan konon dia tidak mahu mengongkong Hannah. Mahu memberikan peluang kepada Hannah menyelesaikan kerjanya disana.

            Yer lah tu.. banyaklah memahami, sedangkan dia sendiri tidak tahu apa yang dilakukan oleh isterinya disana. Apa yang dia tahu isterinya pulang kekampungnya. Kampong sebelah ibunya. Kalau sebelah papanya tentulah satu kampong dengannya juga. Rayyan bangun dan terus mencapai tuala. Sesak betul fikirannya jika bersendirian. Tidak habis-habis wajah isterinya juga yang dia bayangkan. Huhh..

            Rayyan menuruni tangga rumah banglo milik keluarganya itu. Dia memang selalu sahaja tinggal dirumah itu. Jarang-jarang dia balik kekondo miliknya. Bukan apa, kondonya terlalu sunyi dan dia akan terus mengingati Hannah. Dirumah ini meriahlah sikit. Tambahan pula mama dan papanya sudah balik dari menunaikan umrah.

            “ha.. Ray.. nak makan ker ?.. mama boleh panaskan lauk..”

            Datin Aleena menegur Rayyan yang nampak simple dengan jeans hitam dan t.shirt merah berkolarnya. Nampaknya anaknya mahu keluar.

            “boleh juga.. malas lah nak keluar.. mama masak apa ?”

            Laju sahaja Rayyan menuju kedapur. Datin Aleena mengekori langkah anak bujangnya itu. Bujang sebab tak ada isteri kat sisinya.

            “Mak Jah yang masak.. bukan mama..”

            Datin Aleena menjawab sambil memanaskan lauk kedalam microwave. Rayyan hanya mengangkat bahu. Mamanya memang jarang sekali mahu memasak. Tambahan pula sejak mamanya sibuk dengan butik-butiknya. Memang lagi jaranglah mamanya nak masuk dapur.

            “kamu nie Ray.. ada isteri tapi mengalahkan orang bujang.. sesekali bawalah Hannah tu datang sini.. nie mama dah balik dari mekah nie.. takkan lah Hannah tu tak nak jenguk mama ? esokkan cuti..? Ray ambillah dia.. mama teringin nak berbual-bual dengan dia..”

            Rayyan tersentak. Ambil Hannah ? mak aii.. malasnya..namun boleh ker dia menolak permintaan mamanya itu ? tak mungkin.

            “haah Ray.. papa pun rindu dengan menantu baru papa tu.. esok Ray ambil Hannah datang sini.. kita buat makan-makan sikit.. kita jemput keluarga mertua Ray sekali..”


            Kalau dah dua-dua bagi arahan. Alamat memang tak dapatlah dia nak mengelak nampak gayanya. Terpaksalah dia yang menelefon isterinya malam ini. Hurmm,,

No comments:

Post a Comment