Wednesday, 2 October 2013

Masihkah Ada Aku...

Bab 11

            Hannah menuju kebilik hotel yang memang disediakan untuk pengantin malam itu. Matanya sudah amat-amat mengantuk. Badannya juga sudah amat-amat letih.. rasa mahu sahaja dia tidur dalam lift nie kalau lift nie lambat bergerak. Dia sudah bersandar kepenatan dibahu Arif. Tadi dia memang meminta diri untuk naik dulu kebilik. Rayyan pula masih melayani teman-temannya. Jadi dia meminta Arif yang menghantarnya kebilik.

            “Hannah.. dah sampai lah..”

            Arif menepuk lembut pipi Hannah. Hannah benar-benar sudah tak larat nak buka matanya. Arif terus membuka pintu bilik Hannah dan Hannah terus masuk. Selepas mengucapkan terima kasih Hannah terus meluru kekatil. Dia sudah tidak mampu berdiri lagi. Kakinya benar-benar sakit dan pinggangnya seperti mahu patah sahaja.

            Hannah terbaring dengan tidak membuang make-up wajahnya. Nantilah.. badannya benar-benar perlukan rehat. Majlis ini benar-benar membuatkan dia hilang seluruh tenaganya.

****************************************************************************************************

            Datin Zarita masih setia melayani Datuk Zainuddin yang asyik termenung dibalkoni bilik. Datin Zarita mengelus lembut bahu Datuk Zainuddin. Suaminya ini masih diatas kerusi roda. Walaupun kesihatannya bertambah baik, namun Datin Zarita tahu suaminya ini pastinya masih mengenangkan anak gadisnya yang sedang bertarung dengan nyawa nun jauh dikota London itu.

            “Abang.. masuklah.. sejuk kat luar nie..”

            Datuk Zainuddin hanya mendiamkan diri. Sejak dia dimasukkan diIJN dia memang sudah tidak banyak bercakap. Dia tidak tahu bagaimana mahu mengambarkan perasaannya. Hatinya hancur.. perasaannya kecewa.. anak gadisnya benar-benar membuat onar yang bukannya sedikit.

            “Macam mana majlis itu Za ?..”

            Datin Zarita duduk dihadapan suaminya. Kepalanya dilentokkan diatas pangkuan suaminya. Terasa suaminya mengelus lembut rambutnya.

            “semuanya baik bang.. abang janganlah fikir banyak-banyak.. semuanya akan selamat bang.. kita doakan semoga semuanya baik-baik sahaja..”

            Datin Zarita menyembunyikan sendu dihatinya. Dia sebenarnya masih terasa begitu bersalah dengan anak gadis tunggalnya itu. Dia tahu dalam senyuman Hannah penuh dengan derita yang disimpan sendiri. Sebak dadanya mengenangkan pengorbanan yang dilakukan oleh anak gadisnya itu.

            “nanti.. kalau Hannah balik.. cakap abang nak jumpa.. abang banyak terhutang budi dengan Hannah..”

            Datin Zarita menghamburkan tangisannya. Sebak yang ditahan langsung tidak dapat dibendung lagi. Ya Allah… salahkah tindakkannya ? mengorbankan masa depan anaknya sendiri hanya untuk menutup maruah keluarganya ? kejamkah dia sebagai ibu yang sanggup memaksa anaknya berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintai anaknya itu ?

            “maafkan abang Za.. maafkan abang..”

            Sebak sekali dada Datuk Zainuddin mendengar tangisan isterinya. Dia tahu dia telah gagal menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab. Dia gagal membimbing anaknya kearah kebaikan. Dialah yang gagal memberikan yang terbaik kepada anak-anaknya.

            “jangan cakap begitu bang.. InsyaAllah… abang doakan kebahagiaan Hannah yer bang.. “

            Datin Zarita mengengam jemari suaminya dan mengucup lembut. Didalam hatinya tidak putus-putus mendoakan kebahagiaan anak gadisnya. Dia tahu Rayyan seorang lelaki yang bertanggungjawab. Hanya mungkin Rayyan sudah ada pilihan sendiri jadi dia amat takut nasib Hannah akan disia-siakan. Itulah yang paling ditakutinya.

            Datin Zarita menolak kerusi roda suaminya masuk kedalam bilik. Tadi dia meninggalkan suaminya dengan jururawat peribadi yang ditugaskan memantau kesihatan suaminya. Majlis perkahwinan tadi dia hanya menjenguk sekejab sahaja. apa pula kata orang kalau keluarga perempuan tak ada wakil. Tambahan pula majlis itu diadakan dihotel yang terkemuka.

            Puas dia memaparkan riak ceria dimajlis itu. Malah dia tidak menafikan besannya Datin Aleena begitu gembira sekali menerima anaknya menjadi menantunya. Namun dia hanya takut dengan penerimaan Rayyan. Bagaimana kalau Rayyan menyeksa hidup anaknya ? sanggupkah dia hanya mendiamkan diri sahaja ?

            Selepas mengemaskan tempat tidur suaminya Datin Zarita keluar dari bilik. Dia mahu menenangkan hatinya yang memang tidak pernah tenang sejak dia membuat keputusan untuk menyuruh Hannah mengantikan tempat Zarina. Dia hanya mementingkan maruah keluarganya sahaja, langsung tidak memikirkan perasaan anaknya. Mengenangkan itu Datin Zarita rasa amat sedih sekali.

****************************************************************************************************

            Rayyan membuka pintu bilik. Bilik terang benderang dan dia melihat Hannah yang sudah tertidur diatas katil yang berhias cantik itu. Rayyan mendekati katil dan melihat wajah keletihan isterinya itu. Muka pun tak bermaya namun tidak dinafikan dalam tidur wajah isterinya amat cantik sekali. Rayyan mengelengkan kepala melihat Hannah yang langsung tidak menukar pakaiannya.

            Gaun labuh warna putih itu masih tersarung ditubuh isterinya. Belakang isterinya yang terdedah itu membuatkan perasaannya bergelora. Lembut dia menyentuh kulit mulus isterinya itu. Tidak puas menyentuh Rayyan menunduk dan mencium lembut belakang tubuh isterinya. Namun Hannah langsung tidak bergerak. Huhh.. tidur mati.

            Rayyan tersenyum lantas bangun dan terus mencapai tuala. Tubuhnya perlu dibersihkan sebelum tidur. Dia juga agak letih hari ini. Entah kenapa perasaannya cukup teruja sekali dengan perkahwinan ini. Hatinya rasa bahagia dengan perkahwinan ini ? pelik.. bukankah dia tidak pernah menyukai Hannah ? ya ker ?

            Rayyan terus membersihkan tubuhnya dan keluar dari bilik air dengan memakai tuala sahaja. dia mengerling kekatil dan melihat Hannah sudah tidur terlentang pula. Gaun panjangnya sudah tersingkap menampakkan peha Hannah yang putih gebu. Rayyan memegang dadanya yang berdebar-debar. Pandangan itu begitu mengoda naluri lelakinya.

            Rayyan menyarungkan seluar tidurnya. Dia menutup lampu bilik dan memasang lampu tidur sahaja. dia mengerling jam, sudah hampir pukul 2pagi. Mata yang mengantuk dan badan yang letih membuatkan dia mengabaikan sahaja tubuh yang mulus diatas katil. Tambahan pula itu adalah sudah menjadi miliknya yang sah. Bila-bila dia boleh mendapatkannya. Rayyan terus membaringkan tubuhnya diatas sofa bed yang mengadap katil.

            Bukan dia tidak mahu tidur diatas katil. Namun memikirkan badannya yang letih membuatkan dia mengambil langkah berjaga-jaga. Letih-letih pun kalau dah tersentuh tempat-tempat yang boleh membuatkan tenaga dalamannya cergas.. lain pula jadinya nanti.

            Hannah mengeliat malas, cuba membetulkan ketegangan tubuhnya. Matanya masih mengantuk namun dia terasa sejuk pula. Dia memandang sekelilingnya namun hanya cahaya suram sahaja yang kelihatan tambahan pula dia memang tidak larat mahu membuka matanya waktu ini. Tangannya teraba-raba mahu mencari selimut.. mana pulak selimut yang biasa dia letakkan didalam pelukkannya nie. Apasal lah air-cond hari ini sejuk sangat ? selalu tu biasanya sahaja. hujan kot.. Hannah duduk diatas katil yang dirasakan lain macam empuk dan besarnya itu. Sampai selimut pun dia tidak dapat cari. Hannah mengosok matanya.. cuba membuka matanya yang begitu berat sekali.

            Kenapa dia rasa tidak selesa nie ? kenapa dia rasa bajunya ketat ? aduuiihh.. Hannah membuka zip dibelakang tubuhnya dan mencampakkan bajunya di bawah katil. Aahh.. selesa… butang baju dalam dia buka dan dia buang baju dalamnya kebawah.. patutlah tak selesa.. dia lupa buka baju dalam sebelum tidur tadi. Hannah terus menarik selimut dan membalut badannya. Huhhh.. sejuknya…

            Hannah mencapai bantal dan memeluknya erat. Hangatnya… Hannah terus menyambung tidurnya kembali. Namun Rayyan sudah terkaku tidak mampu bergerak lagi. Dadanya sudah mahu pecah.. selamba gila isterinya membuka pakaian didepannya ? mesti Hannah langsung tidak perasan dirinya yang termanggu-manggu dihadapannya bila tidak dapat lelap dari tadi.

            Tiba-tiba dia lihat Hannah bangun dan duduk diatas katil, tangannya teraba-raba seperti mencari sesuatu sebelum membuka baju. Rayyan terus bangun dan mendekati katil. Dia nampak dengan jelas segala perbuatan isterinya. Malah dia juga nampak dengan jelas apa yang telah dipertontonkan kepadanya.

            Rayyan mendekati isterinya dan berbaring dikatil itu. Bantal didalam dakapan isterinya ditarik lembut sebelum mengantikannya dengan tubuhnya sendiri. Dadanya berdebar menerima pelukkan hangat isterinya. Dia menegakkan badannya dan mengadap wajah hannah yang masih tidur dengan nyenyak sekali. Wajah letih yang tetap cantik.

            Rayyan mengelus lembut pipi gebu Hannah.. tidak puas mengelus pipi jemarinya kian nakal menari ditubuh gebu milik isterinya. Perasaannya benar-benar rasa berdebar. Lembut dia mengucup pipi gebu isterinya. Tidak puas pipi bibir monggel milik isterinya dipagut lama. Gelora jiwa rayyan meronta-ronta. Mahukan yang lebih dari itu. Dia membenamkan wajahnya dileher dan dada isterinya.

            Desah nafas Hannah membuatkan Rayyan hilang pertimbangan diri. Entah kenapa dia begitu mahukan isterinya malam itu. Keletihan ditubuhnya sudah entah kemana perginya. Apa yang penting dia harus menyelesaikan apa yang menyesak naluri lelakinya malam itu.

            Hannah tersedar.. dia rasa tidak selesa sekali. Kenapa dia rasa sesak nafas seperti tubuhnya ditindih dengan benda yang besar. Badannya bagaikan tidak mampu dikalihkan. Perlahan-lahan matanya dibuka. Dia nampak wajah seseorang.. tak mungkin. Dia menutup kembali matanya sebelum membuka semula bila terasa ada tangan yang meliar ditubuhnya.

            Tangan ???? bulat mata Hannah.. hampir sahaja dia menjerit sebelum mulutnya ditutup dengan bibir seseorang. Hannah cuba memproses apa yang berlaku. Matanya meliar memandang sekeliling. Dia tidak berada dibiliknya. Dimana.. oowwhhh..macam bilik hotel..  hah???..

            “Jangan !!!”..

            Hannah menahan tubuh yang begitu berat menindih tubuhnya. Rayyan menghentikan aktivitinya. Dia memandang wajah Hannah yang seperti keliru..

            “honey…please…I can’t stop now,,,please…”

            Rayyan benar-benar tidak mampu menahan perasaannya kala ini. Kalau boleh merayu dia akan merayu kepada Hannah untuk mendapatkannya. Dia tahu dia memang tidak akan memaksa, namun dia juga tidak boleh berhenti disini. Dia tidak terlalu kuat mahu menahan apa yang sedang bergolak didalam dirinya.

            Hannah memejam matanya. Rayyan sekali lagi mengucup mata Hannah. Pipi dan bibir isterinya menjadi sasaran bibirnya.

            “honey.. please…”

            Hannah rasa mahu menangis. Ya Allah.. berdosakah kalau dia menolak ? dia suaminya.. lelaki yang sedang merayu itu suaminya. Namun dia belum bersedia.. memang dia amat menyintai lelaki itu.. namun perkara ini tidak seharusnya terjadi.. maksudnya bukan sekarang.

            “please....”

            Rayyan merayu lagi.. lemah sekali. Tambahan pula melihat wajah Hannah yang kemerahan. Tidak tahu kerana malu atau marah. Kucupan lembut diberikan dipipi Hannah. Wajah itu ditatap lagi. Aahhh.. kenapa dia rasa seperti jatuh cinta kepada isterinya. Cinta ? benarkah apa yang dirasakan ini cinta ? atau hatinya sudah dikuasai oleh nafsu ?

            “tapi…”

            Hannah cuba bersuara sebelum bibirnya dielus lembut dengan bibir suaminya. Ahhh.. Rayyan.. dengan pandangannya sahaja Hannah sudah lemah. Inikan pula dengan sentuhan-sentuhan sensasi ini.

            “please.. what ever your want to say.. say it’s after we’ve done.. please..”

            Hannah memandang mata Rayyan yang layu.. airmatanya mengalir.. tidak tahu untuk apa. Rayyan mengusap air matanya yang mengalir dipipi isterinya lembut. Kucupan diberikan lagi. Hannah sebak.. hannah buntu.. hannah tidak tahu apa yang harus dia lakukan..

            “okeeyy..”


            Lemah sahaja suara hannah namun amat memberi semangat kepada Rayyan. Dia bersyukur mempunyai isteri seperti Hannah. Dia tahu dia mungkin belum mengenali Hannah sepenuhnya. Namun dia mahu memiliki Hannah sepenuhnya itu dia amat pasti.

No comments:

Post a Comment