Tuesday, 28 May 2013

Masihkah Ada Aku...


Bab 3


            Hannah hanya memekakkan telinganya sahaja bila rakan-rakannya mengatakan kerugiannya kerana tidak datang semalam. Huhhh.. kalaulah diaorang tahu aku datang lambat. Mahu kecoh satu pejabat. Kalau tak pun mahu dia kena pancung dengan Datuk Imran. Dan waktu itu memang sah-sah En.Hambali tidak akan mampu membelanya. Dia yang salah.. dia yang lalai. Entah bagaimana dia boleh terlupa tentang memo panas yang telah diingatkan beberapakali kepadanya sebelum ini.

            “rugi kau tak datang semalam Han.. hensem gila CEO baru kita.. muka memang nampak garang.. tapi.. awww… kalau dia senyum memang boleh meroyan…”

            Liliana membuat gaya orang gila bayang. Menyampah Hannah melihat telatah kawannya itu. Minah perasan lawa tu memang kecoh, kekadang cerita jer lebih, lelaki tu tak lah kacak mana pun.. tapi kalau Liliana yang bercerita mengalahkan lelaki itu orang paling kacak didunia.. memang terlebih kawannya itu.

            “betul Han.. muka dia.. aduuhhh.. hensemm.. mata dia.. wow.. mengancam.. memang kalau dapat jatuh kat pelukkan dia.. boleh lemas..dan lemas.. dan lemas…”

            Suria pula menambah. Malah dua lagi kawan pejabatnya Atilia dan Hamidah juga mengangguk-anggukkan kepalanya. Bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Liliana dan Suria. Hai Kak Midah pun ikut angguk ? Hannah hanya mempamerkan wajah bosan. Yerlah.. kalau pun jantan tu kacak tahap kelapan pun.. apa kena mengena dengan dirinya ? biar sajalah kalau dah diorang nak cerita. Lebih baik dia mengadap makanannya. Sudahlah pagi tadi dia tak makan, malam tadi pun tak makan juga. Mana nak makan kalau hati tengah bercelaru.

            “eee… kau nie kan.. memang stonecold betul.. aku cerita bagai nak rak.. kau boleh buat de ek.. jer..”.

            Tiba-tiba Liliana mencubit lengan Hannah membuatkan Hannah mengaduh kesakitan. Dia mengosok lengannya yang perit. Adduuhh.. Liliana nie.. kalau yer pun janganlah cubit.. nie mesti lebam nie.. aduuhh.. Hannah mengeluh dalam hati.

            “habis kauorang nak suruh aku buat apa ?..melalak ? meraung ? sebab tak dapat tengok hot guys yang kauorang cerita tu ? buang masa aku aja haaaiihh..”

            Hannah bersuara selamba. Liliana dan Suria mencebik. Pelik betullah dengan Zarra Hannah, langsung tak pernah teruja kalau mereka bercerita tentang lelaki. Agaknya kawan mereka nie memang tak ada nafsu dengan lelaki ? sayangnya…. Muka dah cantik tapi tak bernafsu pulak. Melihat dari perwatakan Hannah memang kureng sikit sifat perempuannya. Yerlah kerja pun kadang-kadang kat site. Bergaul pun dengan kawan-kawan pejabat jantan aja.

            “hah.. jangan nak buat andaian lain pulak.. tu aku bukan tak tahu kat kepala otak kauorang nie.. mesti fikir aku nie.. bengkok kan ?.. sorry.. aku straight ok..”

            Suria dan Liliana berpandangan sesama sendiri sebelum tertawa. Macam tahu-tahu sahaja Hannah nie apa yang ada dalam kepala mereka. Betul pulak tu ? ada bela hantu raya apa si Hannah nie ..

            “tapi tak apa.. minggu depan ada majlis kat Hotel Angkasa… masa tu boleh lah kau kenal dengan CEO baru kita tu.. wahh.. tak sabar nak menglamourkan diri nih..”

            Hamidah pula menyampuk. Hannah mengangkat wajahnya, alohhh.. dinner ? baru ingat nak balik rumah ibunya. Dah lama rasanya dia tak balik kerumah ibunya. Memang dia agak kurang selesa mahu balik kerumah ibunya itu. Tambahan pula bila terserempak dengan kakak tirinya. Memang boleh panas telinganya bila asyik disindir oleh kakak tirinya itu. Kadangkala dia kasihan dengan ibunya, bukan dia tak tahu kakak tirinya itu selalu sahaja mengerdik ibunya.

            Namun dia juga tidak salahkan ibunya. Ibu memang seorang isteri yang amat taat kepada suaminya. Seorang wanita yang amat lembut dan dia merasakan kelembutan ibu adalah kelemahan ibunya. Kerana ibunya tidak pernah berkeras membuatkan kakak tirinya tidak pernah menghormati ibunya. Sebab itu dia jarang mahu balik kerumah ibunya. Dia tidak sampai hati melihat wajah sedih ibunya jika setiapkali kakak tirinya menengking ibunya. Ahhh.. ibu…
            “kali ini.. kau jangan tak datang pulak.. mahu mengamuk Datuk Imran, semalam pun.. hampir-hampir juga En. Hambali tu nak kena tiaw.. nasib baiklah.. En. Hambali tu cool aja.. kalau akulah.. memang tak sanggup nak mengadap Datuk Imran tu.. huuhh.. garang mengalahkan singa hilang anak..macam manalah kau boleh tahan dengan bos tu Midah oooii..”

            Kata-kata Liliana menyedarkan lamunan Hannah. Pantas Hannah teringat sejak pagi tadi dia belum nampak lagi kelibat En. Hambali.

            “Nak buat macam mana dah memang tugas akukan, nie legalah sikit sebab diaorang ada meeting lagi kat HQ, hari ini..fuhhh.. mintak-mintak dapat naik gaji..”

            Kata-kata Hamidah menjawab persoalan yang ada dikepala Hannah. Mereka kembali kepejabat selepas menikmati makan tengahari. Sebenarnya di Nilai ini hanyalah pejabat cawangan sahaja. Pejabat disini juga kecil sahaja dan pekerja di pejabat juga hanya 15 orang sahaja. HQ ada di Petaling Jaya, disana menempatkan semua pekerja pentadbiran dan pemasaran. Hanya sedikit sahaja pekerja teknikal ditempatkan diHQ. Selebihnya memang di Nilai.

            Dulu sebelum dia dipindahkan di Nilai memang dia berada di HQ, memang kawan pun ramai, namun jalan yang sesak membuatkan dia memang agak tidak selesa mahu ke HQ. nasib baiklah dapat ditukarkan ke cawangan Nilai dan rumahnya yang berada didaerah kajang membuatkan dia amat selesa ditempatkan di Nilai. Tidak kisahlah kalau terceruk sekali pun, namun yang pasti dia selesa sekali.

            Sampai di pejabat Hannah dan Hamidah terus naik ketingkat 2 yang menempatkan bahagian teknikal. Dia yang menjawat jawatan jurutera teknikal ini memang sering berkerjasama dengan lelaki. Namun dia memang minat dengan kerja-kerja teknikal. Taklah boring aja menatap computer, kadang-kadang kena turun site untuk melihat projek yang sedang dijalankan. Walaupun agak berat namun dia enjoy.

            Kak Maria pula merupakan kerani dibahagian Teknikal ini. Hamidah pula adalah PA datuk Imran. Liliana dan Suria admin dibahagian cawangan Nilai manakala Atilia adalah penyambut tetamu. Itu sahajalah pekerja perempuan yang ada dicawangan nilai. Yang lain semua di HQ, selebihnya pekerja lelaki sahaja. Hannah terus menuju ketempat duduknya. Ada beberapa kertas kerja yang terpaksa dia siapkan. Tadi pagi-pagi lagi sudah ada 3 fail diatas mejanya dengan nota ringkas dari Senior Engineernya Farid. Mahu dia menyiapkan kertas kerja itu sebelum hari sabtu. Huhh.. ingat dia nie robot ker ?

            Memang kadang-kadang dia dijadikan kerani tak bertauliah sahaja oleh rakan-rakan engineer yang lain. Mentang-mentanglah dia aja engineer perempuan. Semua kertas kerja dia yang kena selesaikan. Menyampah.. bukannya diorang tak boleh buat. Sengaja membuat alasan lawat tapak projek. Padahal nak mengular kat luar pejabat, macamlah dia tak tahu. Dia pun selalu juga buat perangai begitu kalau dah sesak sangat duduk dalam pejabat.

            Hannah mengerling kearah Fauzi yang sedang main facebook. Huhhh… senang nampak. Dengan selamba Hannah mendekati lelaki yang sedang begitu asyik melayari internet itu. Dua buah fail diletakkan diatas mejanya.

            “Nah.. kau senang kan ?.. aku banyak kerja lagi.. nie dua projek En. Hambali nie aku tak settlekan lagi.. kalau datang kerja setakat nak main facebook baik duduk rumah..”

            Terpinga-pinga Fauzi disergah oleh Hannah. Fauzi mengambil fail yang diberikan oleh Hannah, tidak berani melawan. Hannah itu lebih senior darinya. Nanti tak pasal-pasal dia kena bambu pulak dengan En. Hambali. Tambahan pula bosnya itu memang sangat baik dengan Hannah. Fauzi mengeluh melihat dua fail projek itu. Sebenarnya fail itu memang Hakim menyuruh dia membuat. Sengaja dia menyuruh Farid menyerahkan kepada Hannah.

            Aduuhh.. terpaksalah dia juga yang mengadap dua fail projek itu. Nak melawan takut.. kalau ada Farid, senior engineer merangkap abang sepupunya itu bolehlah dia mintak tolong. Ini dia dan Hannah sahaja yang tinggal dalam department itu. Menyesal pula dia tidak ikut Farid melawat tapak projek tadi. Dengan separuh rela Fauzi menyiapkan laporan yang Hakim mahukan.


            Hannah membelek telefon bimbitnya, ada dua miss call dari ibunya. Hurmm.. apalah hal lagi ibunya. Tentu merengek mahu dia balik kerumah. Tidak mahu menyebabkan ibunya lebih sedih dengan penolakkannya Hannah tidak membuat panggilan balas kepada ibunya. Yakin tentu malam nanti ibunya akan menelefon lagi. Dan tentu ibunya akan bising mengatakan dia kedekut kredit kerana tidak menelefon ibunya.

Bersambung...

Masihkah Ada Aku...


Bab 2


            Datuk Zainuddin melepaskan keluhan agak berat. Sakitnya hati mengenangkan sikap anak perempuannya ini. Kalau diikutkan hatinya memang dia mahu sahaja menampar pipi gebu Zarina. Namun kekerasan bukannya menyelesaikan masalahnya sekarang. Dia perlu lebih tenang agar segalanya akan berjalan dengan lancar. Keluhan dilepaskan dengan berat sekali lagi. Apalah malang nasibnya kali ini, mengenangkan keakrapan hubungan antara dia dan Datuk Rasheed membuatkan nafasnya kian sesak. Mereka bukan sahaja sahabat baik, malah mereka adalah ipar.

            Hanya kerana mahu mengekalkan hubungan baiknya dengan Rasheed membuatkan dia mengambil sahabat baiknya itu menjadi adik iparnya. Malah hubungan kekeluargaan itu memang membuatkan mereka bersatu dalam satu keluarga dan juga dalam bidang perniagaan. Dia yakin onar yang dilakukan oleh anaknya ini akan membuatkan hubungan mereka akan terjejas. Malah mungkin juga mereka boleh bermusuhan selepas ini. Mengenangkan itu memang Datuk Zainuddin benar-benar rasa tertekan.

            Semalam dia memang tidak menyangka akan terserempak dengan anak gadis kesayangannya dilobby hotel. Sedang asyik berpelukan dengan seorang lelaki inggeris. Aduuhh.. nasib baiklah hanya dia yang perasan, bukan 2 orang lain orang kanannya. Kalau tidak memang maruahnya akan tercalar masa itu juga. Dan pagi ini dia masih menantikan kepulangan anak gadisnya itu. Dia sanggup membatalkan meeting dengan clientnya hanya kerana mahu menyelesaikan masalah keluarganya.

            Namun hingga saat ini wajah anak gadisnya masih tidak muncul-muncul, entah dimanalah anak gadisnya itu tidur. Membayangkan anak gadisnya yang terus hanyut itu membuatkan perasaan Datuk Zainuddin kian terdera. Tidak tahu bagaimana mahu menasihati lagi. Zarina memang agak liar sejak dahulu. Dia pula tidak mahu berkeras sangat. Dia tahu Zarina masih menyalahkannya atas kehancuran rumahtangganya. Namun Zarina sepatutnya tahu dia beruntung mempunyai Zarita sebagai seorang ibu. Dia akui Zarita lebih baik mendidik anak dari bekas isterinya. Mengenangkan itu Datuk Zainuddin melepaskan keluhan demi keluhan.

            Datin Zarita mendekati suaminya yang kelihatan resah diruang rehat yang bersebelahan dengan kolam renang. Memang dia agak pelik juga dengan sikap suaminya sejak dari malam tadi suaminya asyik termenung dan resah. Bagaikan ada yang tidak kena sahaja. Datin Zarita meletakkan air suam dihadapan suaminya. Lembut jemarinya mengusap jari Datuk Zainuddin yang berada diatas meja rehat.

            “Kenapa nie Bang ?.. dari malam tadi abang resah aja.. abang tak sihat ?”

            Mendengar suara lembut isterinya membuatkan Datuk Zainuddin melemparkan senyuman pendek. Dia menatap wajah lembut isteri yang sudah dinikahi lebih 20 tahun yang lalu. Dia langsung tidak pernah menyangka pertemuan pertamanya dengan isterinya ini akan membibitkan perasaan yang amat luar biasa. Sedangkan waktu itu dia sudah pun mempunyai Aisyah sebagai seorang isteri.

            Entah kenapa tarikan Zarita amat kuat kepadanya. Sedangkan waktu itu Zarita juga sudah mempunyai suami dan seorang anak. Takdir yang menentukan segalanya bila dia yang waktu itu mengidap sakit buah pinggang yang agak kronik telah menerima sepasang buah pinggang yang bersesuaian dengannya. Rupanya buah pinggangnya adalah milik arwah suami Zarita yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Langsung dia tidak pernah menduga sama sekali tujuannya hanya mahu mengucapkan terima kasih menjadikan hubungan mereka kian akrab.

            Perasaan itu bukan dari perasaan simpati semata-mata kerana pertama kali dia mengenali Zarita dia sudah pun merasai debarannya. Sedangkan waktu itu mereka sama-sama sudah mempunyai keluarga.mungkin sudah jodohnya, namun dia tidak menafikan ada rasa kesal kerana Aisyah langsung tidak dapat menerima apa yang telah tersurat. Isterinya meminta dilepaskan jika dia mahu menikahi Zarita. Berat sekali permintaan isterinya waktu itu. Tambahan pula mereka sudah ada sepasang anak kembar yang memang memerlukan perhatian mereka berdua.

            “Abang.. iskkk.. termenung pulak.. kenapa nie ?”

            Risau Datin Zarita melihat keadaan suaminya yang bagaikan termenung panjang. Datuk Zainuddin mengelengkan kepalanya. Senyumannya makin mekar.

            “Za masih cantik, sama macam pertama kali abang tengok Za..langsung tak berubah..”. lembut sahaja suara Datuk Zainuddin membuatkan Datin Zarita tertawa senang. Suaminya ini memang agak romantik orangnya. Sudah 23 tahun usia perkahwinan mereka pun dia merasakan sikap suaminya masih sama. Lembut dan penyayang.

            “Abang nie.. ada apa-apa ker nak bodek Za ?.. Abang ada berkenan dengan anak dara siapa nie ?”. Datin Zarita sengaja mengusik suaminya. Tawa Datuk Zainuddin agak panjang. Wajahnya nampak cerita sekali. Ahhh.. lelaki.. pantang diusik tambah cawangan ceria sahaja hilang terus wajah mendungnya getus Datin Zarita.

            “Za.. Za… umur macam kita nie.. fikirkan nak dapatkan menantu.. bukan madu.. lagipun.. abang tak mampu menyintai wanita lain selain Za..macamana abang nak tambah cawangan ?..”

            Datin Zarita hanya tercebik sahaja. namun dia memang tidak menafikan suaminya ini mampu sahaja kalau mahu menikah 2 atau 3 lagi. Dari segi paras rupa juga suaminya memang kacak tambahan pula dengan kedudukannya yang menjadi seorang pengarah syarikat. Tentu sahaja ramai anak-anak gadis yang akan menempel kepada suaminya. Bukan dia tak tahu gadis zaman sekarang, rupa paras dan usia dah tak penting asalkan poketnya tebal.

            “habis.. dari tadi monyok jer.. bila cerita bab buka cawangan..wahhh..  bukan main ceria lagi abang..”. Manja sahaja nada suara Datin Zarita. Datuk Zainuddin hanya tersenyum. Namun dia melepaskan keluhan agak berat.

            “abang.. fikirkan pasal Zarina…” Lemah sahaja suara Datuk Zainuddin. Datin Zarita mengerutkan wajahnya.

            “kenapa dengan Rin ?..” Datin Zarita bertanya. Memang sejak pagi tadi dia tidak nampak anak gadisnya itu.

            “Abang nampak dia dengan lelaki mat saleh kat hotel Muara semalam.. hati abang tak sedap Za.. kita dah berjanji dengan Rasheed.. lagipun majlis itu bukannya lama lagi.. dua bulan lagi.. kita akan berbesan dengan Rasheed.. anak kita pulak perangai tak pernah berubah.. malah makin teruk.. “

            Datuk Zainuddin meluahkan keresahannya. Memang dia tidak dapat merahsiakan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan keluarganya dengan isterinya. Isterinya amat memahami perasaannya. Datin Zarita terdiam, jika melibatkan anak gadis kesayangan suaminya dia memang agak berhati-hati mahu mengeluarkan kata-kata. Dia tidak mahu mengecilkan hati suaminya atau hati anak tirinya.

            Dia tahu hingga saat ini Zarina tidak pernah menerima dirinya sebagai ibunya. Hati gadis itu begitu keras mahu menerima kenyataan tentang soal jodoh dan takdir. Walaupun dia memang merasa amat bersalah kerana telah merosakkan rumahtangga suaminya, namun dia hanya mampu berdoa agar hati anak perempuannya itu lembut dan dapat menerima dirinya. Tambahan pula hubungan dia dan Aisyah juga agak baik. Bekas isteri suaminya itu sudah pun bernikah lain dan mereka mampu menjadi kawan baik. Namun tidak bagi Zarina. Dia sering dijadikan musuh dan sering dipersalahkan keatas kehancuran rumahtangga ayah dan ibu kandungnya.

            “InsyaAllah bang.. kita doakan sahaja semua semuanya akan berjalan dengan lancar.. lagipun Zarina dan Rayyan dan lama bercinta.. Za percaya Zarina cintakan Rayyan.. mungkin itu hanya kawan-kawannya sahaja, Zarina kan ramai kawan..”

            Datin Zarita cuba menenangkan hati suaminya. Dia tidak mahu menambah resah gelisah suaminya dengan memberikan kata-kata yang akan mengusutkan lagi keadaan. Sebagai seorang ibu, dia juga memang mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Tiba-tiba dia terbayangkan Hannah, sudah lama Hannah tidak menjenguknya. Dia dapat merasakan sejak meningkat dewasa, anak gadisnya itu makin jarang mahu pulang kerumah.

            Tambahan pula jika tidak ada majlis yang penting diadakan dirumah ini memang susahlah anak gadisnya itu mahu menjejakkan kakinya dirumah ini. Sejak memasuki alam remaja anak gadisnya memasuki sekolah berasrama. Hanya sesekali sahaja pulang itupun tidak lama. Dia lebih rapat dengan ibunya dikampung. Dia tahu anak gadisnya tidak selesa dengan adik-beradik tirinya yang lain lebih-lebih lagi Zarina. Entahlah.. susah dia mahu menerangkan bagaimana perasaannya. Hannah memang mengingatkan dia kepada Arwah suaminya.

            Wajah anak gadisnya itu memang lebih kepada arwah suaminya yang berketurunan baba dan nyonya. Nasib baik mata anaknya tidak sepet seperti arwah ayahnya. Kalau tidak memang langsung tidak nampak melayunya anak gadisnya itu.

            “abang pun harap macam tu Za..kalau ada apa-apa terjadi pada majlis itu nanti.. hubungan kita dengan Rasheed akan hancur..abang tak mahu perkara itu terjadi.. abang sayangkan keluarga kita.. hubungan baik kami..”

            Lemah sahaja suara Datuk Zainuddin. Datin Zarita mengusap perlahan lengan suaminya. Cuba menenangkan keresahan yang membelenggu hati suaminya. Dia tahu hubungan baik antara suaminya dengan Datuk Rasheed memang sudah termatri sejak dahulu lagi. Mereka membesar bersama dan begitu akrab. Keakraban itu ditambah lagi dengan hubungan kekeluargaan. Tambahan pula mereka sudah berjanji akan menjadi besan pula tidak lama lagi.

            Dihalaman kedengaran kereta berhenti. Datin Zarina dan Datuk Zainuddin menoleh dan melihat Zarina keluar tergesa-gesa dari kereta Honda Jazz hitamnya. Wajah kelat dan melihat keadaan Zarina yang berserabut itu menyebabkan Datin Zarita menahan suaminya dari memanggil gadis itu.

            “biarlah dulu bang.. tengok dia macam letih sangat tu.. kalau abang tegur dia sekarang tentu dia tak boleh terima.. biar dia rehat dahulu..”

            Lembut Datin Zarita menasihati suaminya. Dia memang tidak suka andainya terjadi perbalahan antara suami dan anak gadisnya itu. Dia tahu kesihatan suaminya agak terganggu sejak kebelakangan ini. Dia tidak mahu kemarahan suaminya akan menyebabkan suaminya diserang sakit jantung. Melihat tahap kesihatan dan tahap kemarahan suaminya menyebabkan Datin Zarita tidak mahu menanggu risiko melihat suaminya tumbang dihadapan matanya.. malah dia amat yakin jika Zarina memang tidak akan mendengar kata suaminya. Anak gadis itu sudah semakin liar sekarang.

            Zarina menghempaskan tubuhnya diatas tilam empuk didalam biliknya. Fikirannya kusut sekali. Sakit hatinya mengenangkan pertemuaannya dengan doctor peribadinya sebentar tadi. Zarina meramas rambut perangnya. Kusut.. dia meraba perutnya.. tidak lama lagi perutnya akan membesar. Dia tidak akan membiarkan itu terjadi. Dia teringatkan Rayyan, tunanganya itu terlalu sibuk sejak kebelakangan ini. Sejak mengendalikan syarikat sendiri Rayyan sudah tidak mempunyai masa dengannya.

            Itu tidaklah menjadi masalah dengannya. Tanpa Rayyan dia masih mempunyai ramai lagi teman lelaki yang boleh menghiburkan hatinya. Namun sengaja dia menjerat Rayyan dengan ikatan pertunangan. Dia tidak akan sesekali membiarkan musuhnya mengambil kesempatan keatas keluarganya. Mengenangkan itu hati Zarina makin sakit. Masalahnya kian kusut sekarang. Ahhh.. kenapalah dia cuai sangat. Mana tak cuai kalau dia pun tak sedar. Siapa bapa anaknya kali ini pun dia tak tahu. Cuba mengingati siapa lelaki yang bersamanya dua bulan yang lepas. Uurrhhhfff.. langsung tak ada idea.


            Zarina bingkas bangun dan menyelongkar almari pakaiannya. Dia perlukan rehat dan ketenangan. Dia perlukan pil yang mampu menenangkan jiwanya kali ini. Dia tidak mampu berfikir secara waras sekarang. Takut dia akan melakukan sesuatu yang lebih buruk lagi. Lebih baik dia menelan pil tidur. Dia mahu merehatkan mindanya yang memang sedang berselirat dengan masalah sekarang.

Bersambung...

Masihkah Ada Aku...


Bab 1

            Kalut Hannah menyarungkan kasut sarung dihadapan  pintu rumah teres setingkatnya itu. Dia sudah terlambat. Bukan sikit punya lambat, tapi sudah 30 minit dari waktu kebiasaan dia pergi kerja. Gila betullah.. kenapalah dia boleh layan baca novel sampai jam 3pg. aduuhh.. nie semua acik Lana punya pasal.. ehh..ehh.. salahkan penulis novel pulak. Dia yang sibuk nak baca sampai ending tu siapa yang suruh ? dah syok sangat.. langsung tak sedar dah pukul 3pg. matanya pun segar bugar pulak bila time baca novel ehh.. tapi kalau baca Al-Quran dapat satu muka surat pun bukan main mengantuk lagi…

            Hannah terus menekan pedal minyak kereta kelisanya sekuat hati selepas melepasi Tol Kajang. Nasib baiklah dia bekerja menghala ke selatan. Memang tidak pernah jalan tu Jem. Kalau menghala ke Kuala Lumpur dah sah-sah dia kena ambil cuti kecemasan hari ini sebab lambat bangun. Huhh… saba jer lah. Masuk sahaja Tol Bukit Mahkota Hannah sudah mula memperlahankan kenderaan. Kawasan perumahan.. tak pasal-pasal eksiden pulak dia bila membawa kereta macam orang hilang akal.

            Masuk sahaja ke pintu pejabat Hannah melepaskan nafas setenang mungkin. Melihat keadaan pejabat agak lengang membuatkan Hannah menilik lagi Jam dipergelangan tangannya. Jam mati ker ? tapi elok sahaja jarum saatnya bergerak. Dia tidak puas hati memandang pula jam yang terpampang besar didinding pejabat. Betullah.. sudah pukul 9.15pg. sudah 45minit melepasi waktu bermulanya waktu pejabat.

            Hannah bergerak masuk kedalam pejabat dan menuju ketempatnya. Kak Maria pun tak ada ditempatnya. Biasanya kakak yang penuh prihatin tu memang jarang mahu meninggalkan tempat duduknya. Malah kalau tak ada kerja pun Kak Maria tak akan bangun dari tempat duduknya. Kecuali pergi ketandas atau masa makan tengahari. Tapi kenapa pagi ini tidak ada seorang pun pekerja didalam pejabat ? cuti ker ? cuti apa pulak hari rabu nie ? Lagipun memang mustahil dia tak ingat kalau hari ini adalah hari cuti. Hannah kalau bab cuti-cuti ni.. memang dia yang paling suka sangat.

            Sedang asyik Hannah memikirkan tentang kekosongan bilik pejabatnya pagi itu. Pintu bilik mesyuarat yang terdapat dihujung ruang pejabat dibuka. Ternampak En. Hambali seorang pengurus projek baru keluar dari bilik mesyuarat dengan tergesa-gesa. Wajahnya sudah kelihatan tidak ceria sedangkan sifat ceria dan periang En. Hambali memang selalu terserlah selama ini. Bulat mata En. Hambali melihat Hannah yang masih termangu-mangu ditempat duduknya. Laju sahaja dia mendekati Hannah walaupun dia sebenarnya kena mengambil pendrive didalam biliknya.

            “Awak baru sampai ker Hannah ?.. dari site ker ?” Laju sahaja pertanyaan dari En. Hambali.

            Berkerut wajah Hannah bila disoal begitu. Hannah hanya mampu mengangguk dan mengelengkan kepalanya. Rasanya gerakkan kepalanya itu difahami oleh ketuanya itu. Namun jawapan Hannah mengundang kejutan dari En. Hambali.

            “Ya..Allahh… Hannah.. ?? awak tak ingat ker hari nie ada meeting dengan CEO baru tu ?.. awak tak baca memo ker ?..” En. Hambali bertanya lagi. Aduuuhh.. sabar jer lah dia dengan karenah pekerjanya yang seorang ini.

            Serentak bulat mata Hannah yang memang separa kuyu itu. Jantungnya sudah berdegup laju. Subhannallah !!!.. Ya Allah…. Pucat wajahnya kali ini bagaikan mahu pengsan pun ada. Menyedari reaksi luar biasa Hannah membuatkan En. Hambali menoleh kepintu bilik mesyuarat yang masih tertutup rapi.

            “Hurmmm.. macam nie lah Hannah.. saya rasa awak perlu balik ambil cuti hari ini.. dalam tu teruk sangat.. saya tak nak awak dapat susah.. hari ini bukan hari yang baik untuk bos tahu awak datang lambat..pergi cepat sebelum ada orang lain yang nampak awak..”

            Gesa lelaki itu sambil melepaskan keluhan yang berat dan En. Hambali terus menuju ke biliknya. Dia tidak mahu dia pula yang akan dapat susah hanya kerana dia mahu menyelamatkan anak buahnya. Hannah tak tunggu lama, cepat sahaja dia mengambil handbagnya dan terus keluar dari bilik pejabat. Waktu itu kakinya mengeletar dan jantungnya bagai mahu luruh dari dadanya.

            Serius dia langsung terlupa tentang Memo yang sudah diingatkan oleh En. Hambali hampir setiap hari pada minggu yang lepas. Malah semalam pun sebelum dia balik dia sudah diingatkan tentang memo itu oleh ketuanya itu. Ya Allah.. kenapalah dia boleh lupa tentang perkara itu. Dia tahu En. Hambali seorang ketua yang amat menjaga kebajikan anak buahnya. Memang En. Hambali sering memberi pembelaan kepada pekerja bawahannya bila terpaksa mengadap muka Datuk Imran bos besar dicawangan Nilai ini.

            Namun untuk menyusahkan En. Hambali kali ini dia rasa memang terlalu kejam kepada lelaki awal 50-an itu. Lelaki yang sudah dianggap seperti ayahnya sendiri. Dari pejabat Hannah tidak tahu mahu kemana. Bagaikan terdengar-dengar suara garang Datuk Imran memarahi En. Hambali bila dia tidak dapat hadir hari ini. Rasa bersalahnya membuatkan dia memang tidak ada mood untuk mengambil cuti hari ini walaupun itu adalah saranan dari bosnya sendiri. Adduuhh… kenapalah dia menyusahkan lelaki yang memang terlalu baik dengannya ini.

            Hannah memberhentikan keretanya dihadapan tasik cendana yang tidak jauh dari kawasan pejabatnya. Tasik buatan manusia yang memang memberikan ketenangan kepadanya. Disini dia selalu menghabiskan masa rehatnya. Dia memang suka bersendirian. Entahlah.. mungkin kekurangan dirinya membuatkan dia tidak begitu mesra dengan orang lain. Tambahan pula dia memang tidak pandai bergaul dengan orang yang dia tidak kenal.

            Sikapnya memang bukan peramah, malah ada sesetengah orang mengatakan dia sombong. Dia bukan begitu, Cuma untuk memulakan perbualan dia bukan orangnya. Kalau dah start berbual memang dia tidak pernah mahu berhenti. Tiba-tiba dia teringatkan telefon bimbitnya. Dengan cepat tangannya diseluk. Mencari-cari Samsung galaksi Y yang sejak tadi langsung tidak dipedulikan.

            Bila sudah ada didalam gengamannya dia terus menekan kekunci. Huhhh.. hanya warna hitam yang kelihatan di skrin telefonnya. Sah-sah dah habis battery, ya Allah.. kenapalah hari ini dia bagaikan langsung tidak bersedia untuk memulakan hari-harinya seperti biasa ? kenapa dia rasa hari ini dia bagaikan masih belum bangun dari tidur sahaja.

            Hannah masuk kembali kedalam keretanya. Tidak guna dia mengadap ketenangan tasik ini kalau hatinya langsung tidak tenang waktu ini. Lebih baik dia kembali kerumahnya dan membuat sesuatu yang lebih bermakna. Apalagi kalau bukan merehatkan mindanya dengan tidur.. hehehe… Hannah..Hannah.. cakaplah saja kau tu memang kuat tidur.. nak berdrama pulak.. Hannah hanya mengelengkan kepalanya mengingatkan dirinya yang bagaikan orang tidak waras sahaja. sebelum dia betul-betul hilang kewarasan baik dia balik rumah dan tidur.

            Sebelum sampai dirumah sempat Hannah singgah dikedai makan yang berdekatan dengan rumahnya. Malas dia mahu memasak dalam keadaan fikirannya serabut sekarang. Nanti tak pasal-pasal terbakar pula dapurnya itu. Walhal memanglah dia jarang masak. Yang selalu dia masak adalah maggi goreng dengan telur goreng. Jadilah kalau mahu melepaskan lapar untuk orang bujang sepertinya.

            Sampai sahaja dirumah dia lihat masih ada kereta Amira didalam garaj. Tak kerja pulak ker minah tu. Setahunya Amira yang bekerja sebagai PA itu jarang mengambil cuti. Kadangkala jarang juga Amira berada dirumah, ada macam-macam meeting yang Amira kena hadir. Huhh.. nasib baiklah dia bukan bekerja sebagai PA atau seangkatan dengannya. Mesti boring gila nak kerja tak kira masa.

            Masuk sahaja kedalam rumah dia lihat Amira terbaring diatas sofa mengadap televisyen. Amira mengerutkan wajahnya melihat Hannah sudah balik. Cepat dia mengerling jam di dinding rumah itu.

            “Awalnya kau balik ? kau cuti ker ?” Amira menegur sambil menegakkan badannya.

            Pelik dia dengan karenah Hannah, tengok pakaian memang seperti pakaian Hannah kepejabat. Biasalah temannya yang satu itu memang sempoi kalau berpakaian. Kemeja lengan panjang dengan seluar panjang. Itulah pakaian harian Hannah kalau mahu kepejabat. Langsung tak bergaya.

            Hannah malas mahu melayani pertanyaan Amira. Dia terus meletakkan beg tangannya diatas meja disebelah rak hiasan dan terus menuju kedapur. Amira hanya mencebikkan mulutnya. Huhh.. sombong.. malas Amira mahu melayani Hannah dia terus masuk kedalam biliknya. Rosak rancangannya hari ini, tadi dia sudah menelefon Zainol supaya lepak dirumahnya. Ingatkan Hannah tak ada, biasalah kalau Hannah atau Kak Shimah teman serumahnya yang seorang lagi ada mahu dia kena bebel sebab bawa lelaki masuk kedalam rumah.

            Selama ini dia memang pandai menyimpan rahsia. Amira mencapai telefonnya. Mahu menghubungi Zainol, kang tak pasal-pasal kantoi dengan Hannah pula. Masak dia kena leter dengan Hannah dan Kak Shima.

            Deringan telefon rumah membuatkan Hannah yang sedang menikmati makan tengaharinya terpaksa bangun. Dia menjenguk keruang tamu yang kosong. Pelik pula kerana biasanya memang Amira yang selalu mengangkat telefon rumahnya itu. Dengan malas Hannah terus mengangkat telefon.

            “Weeyyy..”

            Hannah tersengih..

            “Hamboooi.. ingat rumah cina ker ? ko tak kerja ker beb ? aku telefon kau dah dekat 400 juta kali dah.. tak dapat-dapat.. telefon pejabat kata kau tak masuk.. kau ok ker nie ?”. Suara Maggi yang agak lantang ditalian membuatkan Hannah menjarakkan sedikit telefonnya.

            “aku ok… tak ada apa-apa.. apahal ?”. Hannah terus menarik cordless phonenya dan membawa kedapur.

            “lepak kedai hari nie boleh ?.. si kecut tu pulak MC.. nyampah aku.. mana nak menang tangan kalau aku sorang..”. Hannah mengerutkan wajahnya. Lepak kedai ? macam best jer.. tapi dia tak nak esok dia bangun lambat lagi. alahh.. kan hari nie dia dah cuti.. apa salahnya dia tolong Maggi..

            “oklah.. on.. lepas maghrib aku pergi sana..”. Hannah mengemaskan bekas makanannya dengan kepalanya mengepit telefonnya.

            “huiiihh.. dah alang-alang cuti.. datanglah awal sikit.. hampeh lah kau nie.. tak kira.. lepas asar aku nak kau dah ada kat kedai.. kalau tak.. putus kawan..”. Hannah mencebik mendengar ugutan Maggi.

            “yerlah..yerlah.. eehh.. oklah.. aku makanlah.. bye..”. Hannah terus mematikan talian tanpa sempat menunggu balasan dari Maggi. Haii.. baru ingat nak lepak-lepak hari ini dah kena pergi kedai pula. Hannah terus masuk kedalam biliknya. Sebelum itu sempat dia menjenguk kedalam bilik Amira yang tidak tertutup rapat. Kelihatan gadis itu sedang bergayut ditalian. Huhhh.. balak baru lagilah tu.

Bersambung...