Tuesday, 28 May 2013

Masihkah Ada Aku...


Bab 3


            Hannah hanya memekakkan telinganya sahaja bila rakan-rakannya mengatakan kerugiannya kerana tidak datang semalam. Huhhh.. kalaulah diaorang tahu aku datang lambat. Mahu kecoh satu pejabat. Kalau tak pun mahu dia kena pancung dengan Datuk Imran. Dan waktu itu memang sah-sah En.Hambali tidak akan mampu membelanya. Dia yang salah.. dia yang lalai. Entah bagaimana dia boleh terlupa tentang memo panas yang telah diingatkan beberapakali kepadanya sebelum ini.

            “rugi kau tak datang semalam Han.. hensem gila CEO baru kita.. muka memang nampak garang.. tapi.. awww… kalau dia senyum memang boleh meroyan…”

            Liliana membuat gaya orang gila bayang. Menyampah Hannah melihat telatah kawannya itu. Minah perasan lawa tu memang kecoh, kekadang cerita jer lebih, lelaki tu tak lah kacak mana pun.. tapi kalau Liliana yang bercerita mengalahkan lelaki itu orang paling kacak didunia.. memang terlebih kawannya itu.

            “betul Han.. muka dia.. aduuhhh.. hensemm.. mata dia.. wow.. mengancam.. memang kalau dapat jatuh kat pelukkan dia.. boleh lemas..dan lemas.. dan lemas…”

            Suria pula menambah. Malah dua lagi kawan pejabatnya Atilia dan Hamidah juga mengangguk-anggukkan kepalanya. Bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Liliana dan Suria. Hai Kak Midah pun ikut angguk ? Hannah hanya mempamerkan wajah bosan. Yerlah.. kalau pun jantan tu kacak tahap kelapan pun.. apa kena mengena dengan dirinya ? biar sajalah kalau dah diorang nak cerita. Lebih baik dia mengadap makanannya. Sudahlah pagi tadi dia tak makan, malam tadi pun tak makan juga. Mana nak makan kalau hati tengah bercelaru.

            “eee… kau nie kan.. memang stonecold betul.. aku cerita bagai nak rak.. kau boleh buat de ek.. jer..”.

            Tiba-tiba Liliana mencubit lengan Hannah membuatkan Hannah mengaduh kesakitan. Dia mengosok lengannya yang perit. Adduuhh.. Liliana nie.. kalau yer pun janganlah cubit.. nie mesti lebam nie.. aduuhh.. Hannah mengeluh dalam hati.

            “habis kauorang nak suruh aku buat apa ?..melalak ? meraung ? sebab tak dapat tengok hot guys yang kauorang cerita tu ? buang masa aku aja haaaiihh..”

            Hannah bersuara selamba. Liliana dan Suria mencebik. Pelik betullah dengan Zarra Hannah, langsung tak pernah teruja kalau mereka bercerita tentang lelaki. Agaknya kawan mereka nie memang tak ada nafsu dengan lelaki ? sayangnya…. Muka dah cantik tapi tak bernafsu pulak. Melihat dari perwatakan Hannah memang kureng sikit sifat perempuannya. Yerlah kerja pun kadang-kadang kat site. Bergaul pun dengan kawan-kawan pejabat jantan aja.

            “hah.. jangan nak buat andaian lain pulak.. tu aku bukan tak tahu kat kepala otak kauorang nie.. mesti fikir aku nie.. bengkok kan ?.. sorry.. aku straight ok..”

            Suria dan Liliana berpandangan sesama sendiri sebelum tertawa. Macam tahu-tahu sahaja Hannah nie apa yang ada dalam kepala mereka. Betul pulak tu ? ada bela hantu raya apa si Hannah nie ..

            “tapi tak apa.. minggu depan ada majlis kat Hotel Angkasa… masa tu boleh lah kau kenal dengan CEO baru kita tu.. wahh.. tak sabar nak menglamourkan diri nih..”

            Hamidah pula menyampuk. Hannah mengangkat wajahnya, alohhh.. dinner ? baru ingat nak balik rumah ibunya. Dah lama rasanya dia tak balik kerumah ibunya. Memang dia agak kurang selesa mahu balik kerumah ibunya itu. Tambahan pula bila terserempak dengan kakak tirinya. Memang boleh panas telinganya bila asyik disindir oleh kakak tirinya itu. Kadangkala dia kasihan dengan ibunya, bukan dia tak tahu kakak tirinya itu selalu sahaja mengerdik ibunya.

            Namun dia juga tidak salahkan ibunya. Ibu memang seorang isteri yang amat taat kepada suaminya. Seorang wanita yang amat lembut dan dia merasakan kelembutan ibu adalah kelemahan ibunya. Kerana ibunya tidak pernah berkeras membuatkan kakak tirinya tidak pernah menghormati ibunya. Sebab itu dia jarang mahu balik kerumah ibunya. Dia tidak sampai hati melihat wajah sedih ibunya jika setiapkali kakak tirinya menengking ibunya. Ahhh.. ibu…
            “kali ini.. kau jangan tak datang pulak.. mahu mengamuk Datuk Imran, semalam pun.. hampir-hampir juga En. Hambali tu nak kena tiaw.. nasib baiklah.. En. Hambali tu cool aja.. kalau akulah.. memang tak sanggup nak mengadap Datuk Imran tu.. huuhh.. garang mengalahkan singa hilang anak..macam manalah kau boleh tahan dengan bos tu Midah oooii..”

            Kata-kata Liliana menyedarkan lamunan Hannah. Pantas Hannah teringat sejak pagi tadi dia belum nampak lagi kelibat En. Hambali.

            “Nak buat macam mana dah memang tugas akukan, nie legalah sikit sebab diaorang ada meeting lagi kat HQ, hari ini..fuhhh.. mintak-mintak dapat naik gaji..”

            Kata-kata Hamidah menjawab persoalan yang ada dikepala Hannah. Mereka kembali kepejabat selepas menikmati makan tengahari. Sebenarnya di Nilai ini hanyalah pejabat cawangan sahaja. Pejabat disini juga kecil sahaja dan pekerja di pejabat juga hanya 15 orang sahaja. HQ ada di Petaling Jaya, disana menempatkan semua pekerja pentadbiran dan pemasaran. Hanya sedikit sahaja pekerja teknikal ditempatkan diHQ. Selebihnya memang di Nilai.

            Dulu sebelum dia dipindahkan di Nilai memang dia berada di HQ, memang kawan pun ramai, namun jalan yang sesak membuatkan dia memang agak tidak selesa mahu ke HQ. nasib baiklah dapat ditukarkan ke cawangan Nilai dan rumahnya yang berada didaerah kajang membuatkan dia amat selesa ditempatkan di Nilai. Tidak kisahlah kalau terceruk sekali pun, namun yang pasti dia selesa sekali.

            Sampai di pejabat Hannah dan Hamidah terus naik ketingkat 2 yang menempatkan bahagian teknikal. Dia yang menjawat jawatan jurutera teknikal ini memang sering berkerjasama dengan lelaki. Namun dia memang minat dengan kerja-kerja teknikal. Taklah boring aja menatap computer, kadang-kadang kena turun site untuk melihat projek yang sedang dijalankan. Walaupun agak berat namun dia enjoy.

            Kak Maria pula merupakan kerani dibahagian Teknikal ini. Hamidah pula adalah PA datuk Imran. Liliana dan Suria admin dibahagian cawangan Nilai manakala Atilia adalah penyambut tetamu. Itu sahajalah pekerja perempuan yang ada dicawangan nilai. Yang lain semua di HQ, selebihnya pekerja lelaki sahaja. Hannah terus menuju ketempat duduknya. Ada beberapa kertas kerja yang terpaksa dia siapkan. Tadi pagi-pagi lagi sudah ada 3 fail diatas mejanya dengan nota ringkas dari Senior Engineernya Farid. Mahu dia menyiapkan kertas kerja itu sebelum hari sabtu. Huhh.. ingat dia nie robot ker ?

            Memang kadang-kadang dia dijadikan kerani tak bertauliah sahaja oleh rakan-rakan engineer yang lain. Mentang-mentanglah dia aja engineer perempuan. Semua kertas kerja dia yang kena selesaikan. Menyampah.. bukannya diorang tak boleh buat. Sengaja membuat alasan lawat tapak projek. Padahal nak mengular kat luar pejabat, macamlah dia tak tahu. Dia pun selalu juga buat perangai begitu kalau dah sesak sangat duduk dalam pejabat.

            Hannah mengerling kearah Fauzi yang sedang main facebook. Huhhh… senang nampak. Dengan selamba Hannah mendekati lelaki yang sedang begitu asyik melayari internet itu. Dua buah fail diletakkan diatas mejanya.

            “Nah.. kau senang kan ?.. aku banyak kerja lagi.. nie dua projek En. Hambali nie aku tak settlekan lagi.. kalau datang kerja setakat nak main facebook baik duduk rumah..”

            Terpinga-pinga Fauzi disergah oleh Hannah. Fauzi mengambil fail yang diberikan oleh Hannah, tidak berani melawan. Hannah itu lebih senior darinya. Nanti tak pasal-pasal dia kena bambu pulak dengan En. Hambali. Tambahan pula bosnya itu memang sangat baik dengan Hannah. Fauzi mengeluh melihat dua fail projek itu. Sebenarnya fail itu memang Hakim menyuruh dia membuat. Sengaja dia menyuruh Farid menyerahkan kepada Hannah.

            Aduuhh.. terpaksalah dia juga yang mengadap dua fail projek itu. Nak melawan takut.. kalau ada Farid, senior engineer merangkap abang sepupunya itu bolehlah dia mintak tolong. Ini dia dan Hannah sahaja yang tinggal dalam department itu. Menyesal pula dia tidak ikut Farid melawat tapak projek tadi. Dengan separuh rela Fauzi menyiapkan laporan yang Hakim mahukan.


            Hannah membelek telefon bimbitnya, ada dua miss call dari ibunya. Hurmm.. apalah hal lagi ibunya. Tentu merengek mahu dia balik kerumah. Tidak mahu menyebabkan ibunya lebih sedih dengan penolakkannya Hannah tidak membuat panggilan balas kepada ibunya. Yakin tentu malam nanti ibunya akan menelefon lagi. Dan tentu ibunya akan bising mengatakan dia kedekut kredit kerana tidak menelefon ibunya.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment