Bab 4
Hannah mengemaskan
meja dan kerusi yang hanya ada 2 buah meja dan 8 buah kerusi sahaja. Itulah
aktivitinya kalau dah bosan sangat duduk dirumah. Dia akan membantu Maggi dan
Kecut membuka kedai bugger. Sudah 4 tahun Maggi membuka kedai buger itu, dengan
modal yang datangnya dari indurans kakinya yang patah kerana eksiden motor,
maggi membuka kedai buger. Kini kedainya sudah agak maju, tambahan pula kedai
bugernya berhadapan dengan medan makan. Jadi pelanggan memang sentiasa ramai tambahan
pula jika musim bola.
Maggi dan kecut dikenali sejak dia berada disekolah lagi.
Maggi atau nama sebenarnya adalah Marlina adalah seorang gadis tomboy. Manakala
kecut pula adalah Kamilia. Sebenarnya mereka ini kembar namun tidak seiras.
Mereka membesar bersama dirumah anak-anak yatim selepas kehilangan ibu dan
bapanya.
Sebelum kemalangan mereka bekerja direstaurant makanan
segera MC donalds, namun kerja yang agak berat membuatkan mereka membuka kedai
buger. Tambahan pula maggi memang berangan sangat nak jadi tokey. Jadilah tokey
kedai buger pun kira tokey juga kan.
“Mag.. tapaukan aku ayam special chees 2 ekk.. sibuk jer
budak rumah aku tu kirim tadi”. Hannah baru teringatkan tentang buger yang
dipesan oleh Kak Shimah dan Amira tadi. Budak dua orang tu tahu sahaja dia mahu
kekedai buger memang akan memesan buger sahaja untuk makan malam.
“alohh.. buat sendiri lah.. malas aku nak layan kau..”.
Maggi menjawab sambil tangannya masih ligat bermain games didalam telefon
bimbitnya.
“uuuiihh.. pemalas.. macam nie bilanya nak maju.. orang
berniaga nie kena rajin.. barulah cepat maju..”. Hannah mencebik. Geram bila
Maggi tidak mempedulikan dirinya.
“aku tokey.. kenalah banyak relax.. tu suruh pekerja
kesayangan aku tu”. Maggi menjawab sambil mulutnya menunjukkan kepada Kecut
yang sedang mengemaskan roti dan telur.
“huh.. tokey sangatlah tu.. Kecut.. tolong eehh.. ayam
special chees dua.. kau kena denda sapa suruh kelmarin kau tak kerja..”. Hannah
sengaja mahu mengenakan Kecut. Kecut atau Kamalia tidak banyak karenah. Memang
dalam hubungan persabahatan mereka Kamalialah yang selalu kena buli. Lembik
sangat.
Hannah mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mahu menelefon
ibunya. Malam-malam macam nie biasanya ibunya akan berehat sahaja. baru sahaja
Hannah mahu menekan kekunci telefonnya tiba-tiba tubuhnya dilanggar seseorang.
Bulat mata Hannah melihat telefonnya yang sudah terhempas diatas meja. Nasib
baiklah diatas meja, kalau atas lantai ? memang dia nak minta ganti rugi dengan
I-Phone.
“weeyyy.. apa nie.. buta ker langgar-langgar orang..”.
Hannah sudah terjerit geram. Namun pasangan kekasih itu langsung tidak
mengendahkan dirinya. Kurang belacan betul. Hannah mencebikkan mulutnya melihat
pasangan yang dirasakan terlebih dos romantic itu. Apahal nak jalan pegang-pegang
tangan sampai langgar orang. Dua-dua pun sengal.
“alahh.. sikit jer.. dah la tu..”. Kamalia menegur sambil
menghulurkan bungkusan buger yang dipesan oleh Hannah.
“kurang ajar sangat.. dapat memang aku lipat..”. Hannah
tidak puashati.
“Alohh.. poyo.. badan cekeding macam nie ada hati nak
lipat orang.. tu.. kalau kau nak surut lipat orang.. baru aku caya”. Kamalia
memuncungkan mulutnya kepada adik kembarnya yang masih asyik dengan telefon
bimbitnya.
“cekeding ? kau lah cekeding.. pandai nak kutuk aku..”.
Hannah masih menjawab sambil jemarinya menyeluk poket seluar jeansnya untuk
mengambil duit.
“oowhh.. aku lupa.. kau bukan cekeding.. kau kemetot
jer.. hahahaa..”. Kamalia sudah tertawa besar. Hannah malas mahu melayan
kerenah kawannya itu. Cepat sahaja dia mencapai bugernya dan terus meninggalkan
kawasan medan makan itu. Sempat dia mengerling jam dipergelangan tangannya.
Sudah hampir pukul 11 malam. Biasanya kalau waktu-waktu begini orang sudah
kurang. Tambahan pula kalau bukan musim bola.
Hannah memandu keretanya menuju kerumahnya. Selepas
meletakkan keretanya diluar pagar rumah dia terus mengunci pagar. Nasib baiklah
rumah itu mengadap padang. Jadi kawasan parking agak luas kerana tidak
berhadapan dengan rumah orang lain. Masuk sahaja didalam rumah dia melihat
Amira dan Kak Shimah sedang menonton televisyen. Cepat sahaja dia menghulurkan
plastic buger yang dibawanya.
“huhh.. lewatnya.. kau nie.. lama-lama gemuklah aku..
asyik makan lewat malam jer..”. sambil membebel Amira mengambil buger yang
dipesannya.
“huhh.. banyak cakap.. tak nak makan lewat.. pergi masak
sendiri..”. Kak Shimah menjawab. Geram dia dengan Amira yang sejak tadi asyik
membebel sebab Hannah balik agak lewat.
“nak masak apanya.. maggi ? haaiihh.. asyik maggi jer..
jemu dah aku”. Amira masih menunjukkan rasa tidak puashatinya. Namun Hannah
hanya mendiamkan. Dia kalau dengan Amira memang tak banyak cakap. Amira nie
sama sahaja spesisnya dengan kakak tirinya itu. Asal buka mulut jer mesti nak
menyakitkan hati sahaja. Hannah duduk bersila diatas kerusi. Matanya dihalakan
kearah televisyen yang terpasang. Dari dia mendengar bebelan Amira baik dia
layan TV.
“Han.. tak makan ker ?”. Kak Shimah mempelawa Hannah.
Walaupun dia tahu pastinya Hannah sudah makan, namun tak salah kalau mahu mempelawa
sahabatnya itu.
“Tak lah Kak Shimah.. Han dah makan tadi..sorry ekhh..
lambat sikit.. tolong diorang tadi kat kedai..”. Hannah menjawab sambil matanya
memerhatikan Kak Shimah yang sedang menyuap buger kemulutnya.
“Tak apalah.. Han jangan layan sangat si Mira nie..
membebel jer tahunya.. tahu dah lapar sangat tak nak beli sendiri sapa suruh
?”. Kak Shimah sengaja menjawab begitu. Amira hanya mencebikkan mulutnya. Tahu
sangat dengan Kak Shimah yang lebih menyenangi Hannah. Huhh..
Melihat tidak ada rancangan yang menarik Hannah terus
membawa dirinya masuk kedalam bilik. Laju sahaja kakinya melangkah kebilik air.
Selepas membasuh muka dia terus menyikat rambutnya yang panjang. Dia menukar
baju dan bersiap untuk tidur. Sempat dia mengambil frem gambar yang terdapat
diatas meja soleknya. Sebenarnya gambar itu adalah gambar lama. Gambar sewaktu
dia dan keluarganya berhari raya dirumah keluarga Papa.
Gambar itu juga nampak biasa sahaja. namun terlalu banyak
memori yang ada didalam sekeping gambar itu. Matanya terpaku pada seraut wajah
tampan yang berdiri dibarisan belakang. Hannah menutup matanya, cuba memadamkan
seraut wajah yang sudah terpahat didalam hatinya. Ahhh.. sukarnya mahu melawan
perasaannya.
Jemarinya bergerak menyusuri gambar kaku itu. Tersenyum
dia melihat dirinya yang berada didalam pelukkan ibunya. Dihadapannya pula
kelihatan seorang budak lelaki yang agak tembam sedang memegang ketupat. Ahhh..
kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan. Rasanya inilah gambarnya yang
terakhir dia tangkap bersama dengan keluarga Papanya. Dia masih ingat selepas
itu dia sudah tidak mahu lagi pulang kekampung halaman Papanya.
Dia lebih suka memilih untuk berhari raya dikampung
ibunya dengan Opah dan juga teman-temannya. Tambahan pula Opah yang memang
bersendirian dikampung membuatkan ibunya mengizinkan dirinya untuk menemani
Opahnya.
No comments:
Post a Comment