Wednesday, 2 October 2013

Masihkah Ada Aku...

Bab 16

            Hannah hanya mendiamkan diri sahaja didalam kereta Harier hitam itu. Kalau bukan sebab emak mertuanya sendiri yang bercakap dengannya. Memang sanggup mati dari dia mahu berjumpa dengan suaminya itu. Huhh.. menyakitkan hati. Dah lah hilang macam tu aja.. tiba-tiba call panggil suruh datang rumah keluarganya. Sanggup pula nak mengunakan emak dia nak memaksa. Huuhh.. sungguh menyakitkan hati.

            “kenapa berhenti kerja ?”

            Hannah tersentak. Menoleh kearah lelaki yang berada disebelahnya. Lelaki itu masih menghalakan pandangannya dijalan raya. Masih kusyuk memandu. Habis siapa pulak yang bertanya tadi ? Hannah cepat menoleh kebelakang. Atau ada orang lain yang ada dalam kereta itu yang dia tak perasan.

            “u cari apa ?”

            Pelik Rayyan bila Hannah seperti mencari sesuatu. Hannah tersentak.. oowhh.. dialah yang bercakap tadi. Cuak aja rasanya yerlah.. tengah sedap-sedap layan feeling tiba-tiba dengar suara orang. Mana tak terkejut.

            “Kenapa u berhenti kat Intergity ?”

            Sekali lagi Rayyan bertanya bila soalannya tidak dijawab tadi. Hannah mencebikkan mulutnya. Dalam hati menyumpah.. lantak dialah nak berhenti ker hapa ker ? dah bebulan berhenti baru nak tanya ? berbulan ? ehh  tak.. sebulan lebih jer.

            “dah bisu ker ?”

            Rayyan memerli.. sakit pula hatinya bila pertanyaannya langsung tidak dijawab. Malah Hannah hanya menayangkan wajah selamba.

            “u kenapa ?.. tunjuk perasaan ker ?.. bukan sepatutnya I yang kena tunjuk perasaan ? bukan u yang rancang semua nie ?.. sepatutnya I yang kena sakit hati.. bukan u.. “

            Rayyan sengaja mahu menaikkan darah Hannah. Bukan dia tak tahu Hannah marahkannya, sengaja dia mahu membiarkan isterinya itu terdera dengan perasaan sendiri. Selebihnya dia rasa seronok pula mengusik isterinya.

            “atau.. u rasa seronoklah kan ? yer lah.. u kan nak sangat kahwin dengan i.. so u mesti rasa bahagia sangatkan ? sampai sanggup merampas tunang kakak sendiri..”

            Hannah tersentak. Laju dia menoleh kesebelah. Menatap wajah lelaki yang sedang cuba menguji kesabarannya itu. Rayyan tersenyum sinis.. huhh.. Hannah merenggus geram.

            “tak sangka i.. sanggup u pasang perangkap sampai macam nie sekali semata-mata nak kahwin dengan i..”

            Hannah memejamkan matanya.. sabarkanlah hatinya.. ya Allah.. Hannah memohon.

            “kenapa u nak tunjuk protes ? apa yang u tak puas hati dengan I ?” Rayyan terus menguji kesabaran Hannah.

            Hannah mengeluh.. lelaki disebelahnya ini kenapalah banyak benar cakapnya sekarang ? selalu tu bukan main payah lagi nak bercakap.

            “please.. kalau u bukak mulut hanya nak sakitkan hati i.. baik u tutup mulut u tu..”

            Akhirnya Hannah bersuara. Lembut namun berbisa menyebabkan Rayyan hanya tertawa sinis.

            “aaii.. mulut i.. suka hati I lah..”

            Hannah mencebik dan memandang keluar, malas dia mahu melayan Rayyan yang sengaja mahu mencabar kesabarannya itu. Namun dia tersentak bila terasa ada sesuatu yang menjalar di lengannya yang terdedah. Dia menoleh.. bulat matanya bila melihat jemari Rayyan yang mengusap-ngusap lengannya. Hannah menarik lengannya. Rayyan tertawa lagi..

            “huhh.. sanggup nak pasang perangkap untuk kahwin dengan i.. takkan I usik sikit pun tak boleh ?”

            Tuhan.. Hannah benar-benar rasa tidak tahu bagaimana mahu bersabar dengan lelaki ini. Namun untuk menidakkan apa sahaja yang keluar dari mulut Rayyan juga dia tidak mampu. Memang dia memasang perangkap itu. Memang dia yang menyebabkan mereka berkahwin. Dan.,. sebab itulah dia rasa tidak sanggup mahu melawan apa sahaja yang dikatakan oleh Rayyan, walaupun kata-kata itu umpama pisau yang mencincang lumat hati dan perasaannya.

            Sampai sahaja dirumah banglo milik keluarga Rayyan, Hannah disambut dengan mesra oleh emak dan ayah mertuanya. Datin Aleena memeluk erat tubuh comel Hannah. Dalam blaus pendek warna hijau muda dan seluar jeans warna putih Hannah benar-benar nampak comel.

            “mari Hannah.. kita makan.. hari ini mama kamu masak.. sayang sangat dengan menantunya sanggup mama kamu turun padang..”

            Datuk Rasheed mengusik isterinya. Memang itulah kenyataan. Pagi-pagi lagi isterinya sudah mengheretnya kepasar hanya untuk mencari ikan yang segar untuk anak dan menantunya. Tidak cukup itu ligat pula isterinya memasak didapur.

            “ambooii mama.. mencemar dulilah menantu mama nie ?”

            Rayyan sengaja menambah usikkan sebelum memeluk tubuh mamanya. Datin Aleena hanya tertawa senang. Senang dengan keceriaan Rayyan dan juga usikkan suaminya. Hannah hanya tersenyum.. tak sangka pula lelaki itu nampak manja dengan keluarganya. Yerlah.. kalau dengan dia bukan main lagi tayang muka kerek dengan senyuman sinis.

            “dah.. tak payah nak usik mama.. jom kita makan.. Hannah.. mari..”

            Datin Aleena menarik tangan Hannah. Suka benar dia kerana bermenantukan Hannah. Dia memang menyukai gadis itu berbanding Zarina. Dan bila Hannah menjadi menantunya memang dia benar-benar rasa bersyukur.

            Hannah hanya menahan perasaan bila Rayyan melayaninya dengan baik dihadapan keluarganya. Serba sedikit perasaan sakit hatinya terubat. Nasib baiklah suaminya itu tidak menengking dan menyindirnya seperti selalu. Kalau tidak memang tak tahulah dia mahu meletakkan mukanya dimana.

            “Tak apa Hannah.. biar Mak Jah kemas.. Ray.. bawa Hannah kebilik.. biar dia berehat.. mesti penatkan berjalan jauh..”

            Hannah terpaksa menurut bila Datin Aleena sudah menarik tangannya dan memaksanya mengekori langkah Rayyan. Dengan separuh rela dia menaiki tangga rumah banglo 21/2 tingkat itu. Ternyata bilik lelaki itu diatas sekali.. huhh.. lenguh ajalah nak naik tangga. Rayyan membuka pintu biliknya.. terpana Hannah melihat suasana bilik itu. Memang menarik sekali.. bilik yang hanya berdindingkan cermin itu. Dengan langsir yang tersusun rapi. Kemas dan menarik.. tak macam bilik orang lelaki.

            “kalau nak solat.. tu bilik solat.. telekung dengan sejadah rasanya ada dalam bilik tu..”

            Rayyan bersuara, bernada beku seperti selalu. Rayyan terus membaringkan tubuhnya ditilam.. tiba-tiba dia rasa mengantuk.. yerlah.. subuh-subuh mamanya sudah mengejutkan dia untuk menjemput Hannah. Seharian memandu membuatkan dia agak keletihan.langsung tidak berhenti rehat pun.

            Hannah meletakkan beg tangannya ditepi almari solek. Dia terus menuju kebilik mandi yang agak luas itu. Hurrmm.. ini dapat berendam nie syoknya. Tambahan pula dia memang juga keletihan dan agak mengantuk. Mana tak mengantuk kalau sepanjang malam dia tidak dapat melelapkan matanya. Asyik memikirkan bagaimana mahu mengelakkan diri dari datang kesini. Rupanya hanya sia-sia dia berjaga. Sudahnya dia sudah sampai dirumah ini.

            Hannah meletakkan telekung dan terus menuju kebalkoni.. menyedut udara nyaman dikawasan kaki bukit ini. Rayyan nampak nyenyak di atas tilam. Hannah membawa dirinya disofa bed yang ada ditepi bilik. Dia pun mengantuk juga perlahan-lahan tubuhnya direbahkan disofa itu.

            Rayyan terjaga dari tidur.. memandang sesekeliling dan melihat Hannah yang tertidur disofa. Bingkas dia bangun dan mengerling jam. Sudah hampir pukul 4pm. Dia mendekati tempat tidur Hannah. Matanya memandang wajah yang mulus itu. Gerak nafas yang beralun lembut. Nakal matanya memerhatikan pangkal dada Hannah yang putih melepak.

            Rayyan mengangkat tubuh Hannah yang merengkot disofa yang agak kecil itu. Ternyata Hannah tidak sedar.. mudah sahaja Rayyan meletakkannya diatas katil. Dia tersenyum melihat Hannah yang nampak selesa sekali baring diatas tilam. Perlahan dia membelai rambut Hannah yang terurai. Lembut jemarinya mengusap pipi gebu milik Hannah. Aahhh.. rasa tidak sanggup melepaskan sentuhannya. Jemarinya kian nakal.. membuka butang blaus didada Hannah..

            Mengelus lembut bibir Hannah yang agak monggel. Rayyan membuka t.shirtnya. mahu merasai kehangatan tubuh Hannah sekali lagi. Bibirnya sudah menjalar diwajah Hannah.. sekali lagi leher Hannah menjadi mangsa.

            Hannah membuka matanya.. terkejut dia bila melihat wajah Rayyan dihadapan wajahnya. Terasa tubuhnya agak terdedah.. benar.. bahagian atas tubuhnya hanya ada baju dalamnya. Huhh.. Hannah ingin bersuara namun Rayyan lebih bijak. Bibir Hannah sekali lagi menjadi mangsanya.

            Belaian yang lembut.. membuai perasaan Hannah. Tambahan pula dia juga merindui belaian itu. Kali ini tanpa perlu merayu Hannah menyerah. Biar.. biarkan apa sahaja yang Rayyan mahu katakan yang dia tahu, dia memang amat merindui belaian itu. Melihat reaksi Hannah yang bagaikan langsung tidak menolak, malah bagaikan sengaja memberikan tindakbalas yang baik membuatkan Rayyan tenggelam dalam lautan nafsu.


            Kali ini bukan hanya Rayyan, malah Hannah juga mencapai satu kepuasan yang luar biasa. Dia tidak kisah apa yang akan dikatakan oleh Rayyan. Apa yang pasti Rayyan itu suaminya dan dia berhak untuk menikmatinya.

Masihkah Ada Aku...

Bab 15

            Datuk Zainuddin hanya tertawa mendengar usikkan adik ipar merangkap besan dan juga sahabat baiknya itu. Datuk Rasheed nampak begitu gembira menceritakan tentang rasa leganya kerana anak-anak mereka sudah selamat dikahwinkan. Walaupun majlis itu sudah hampir sebulan berlalu namun Datuk Rasheed yang baru pulang dari menunaikan umrah itu memang mengatakan rasa bersyukurnya kerana anaknya berkahwin dengan Hannah.

            “entah kenapa aku rasa tenang sangat Din.. masa kat mekah perasaan aku tenang dan bahagia sekali.. malah aku dah tak sabar nak main dengan cucu aku..”

            Datuk Zainuddin hanya tersenyum. Cucu ?.. dia merasakan satu getaran yang hebat didalam hatinya. Melihat wajah tenang sahabatnya membuatkan dia juga teringin mahu menunaikan umrah. Kesihatannya juga sudah agak stabil.

            “betul tu Za.. akak memang berdoa sangat dapat cucu cepat-cepat.. lagipun Hannah dengan Rayyan tu bukan muda lagi.. dah memang layak sangat diorang tu ada anak.. Hannah ada cakap dia merancang dulu ker Za ?”

            Datin Aleena bertanyakan kepada Datin Zarita. Zatin Zarita hanya mengelengkan kepalanya . cuba menahan perasaan yang sudah agak gelisah.

            “lama lagi ker kontrak kerja Hannah kat Pahang tu ?.. kalau dah duduk asing-asing.. bilanya kita nak bercucu nie ?”

            Datin Aleena bertanya. Memang dia tidak menyangka pulak Hannah dan Rayyan tidak tinggal sebumbung. Alasannya Hannah ada masih ada kontrak kerja di Pahang.

            “tak lama lagi habislah kontrak tu..”

            Jawab Datin Zarita tenang. Dia memang tidak tahu bagaimana mahu memberikan alasan. Namun bila Hannah memberitahu dia bekerja di Pahang memang dia tidak mampu menghalang. Dia tidak mahu memaksa lagi. Dia tahu Hannah lebih selesa di Pahang. Dekat dengan rumah emaknya. Tambahan pula memang Hannah agak rapat dengan emaknya.

            Datuk Zainuddin hanya merenung kereta yang sudah meninggalkan halaman rumahnya. Dia mendapatkan isterinya yang sedang membelek pokok-pokok bunga dihalaman. Itulah aktiviti isterinya dimasa lapang. Penuh halamannya dengan pelbagai pokok bunga. Dibelakang rumah pula isterinya berkebun dengan Mak Siti dan Jamilah. Isterinya memang lebih gemar menghabiskan masanya dirumah. Langsung tidak suka keluar berpesatuan seperti datin-datin lain.

            “abang tengok.. ceria aja Rasheed tu lepas balik umrah.. kita pergi Umrah bulan depan nak ?”

            Datin Zarita menoleh kearah suaminya.

            “mestilah nak bang.. Za memang dah lama teringin nak pergi.. kita ajak anak-anak kita sekali nak ?”

            Ceria sahaja wajah Datin Zarita bila suaminya mengajak pergi melawat tanah suci mekah.

            “hurrmm.. si Arif tu tengah sibuk sekarang.. sejak abang berundur dari ZEER’s Holdings.. kerjanya dah bertambah.. kita ajak Zameer.. kalau dia nak pergi.. atau Hannah..?”

            Datin Zarita menganggukkan kepalanya. Zameer masih ada setahun sahaja lagi belajar. Selepas itu anaknya akan sama-sama bekerja di syarikat yang mana Arif sekarang terajui. Mengenangkan Hannah dia rasa agak sedih. Sudah lama dia tidak mendengar khabar berita anaknya itu. Apa yang dia tahu sejak berkahwin anaknya itu terus berpindah ke Pahang. Dia tidak mahu menahan dan melarang. Cukuplah dia mahu mengatur masa depan anaknya lagi.

            “Rin macam mana sekarang bang ?”

            Datin Zarita tiba-tiba teringatkan anak gadisnya itu. Nun jauh di kota London sedang menjalani rawatan. Siapa yang tidak terkejut bila dikhabarkan anak yang disayangi hampir maut kerana melakukan penguguran haram ? itulah yang menimpa suaminya.

            Zarina ditemui berlumuran darah didalam biliknya. Menurut doctor Zarina mahu melakukan penguguran dengan mencucuk rahimnya dengan besi tajam. Gila.. memang gila anaknya ini. Nasib baiklah Roslan itu adalah orang kepercayaan suaminya. Langsung Zarina dikejarkan kehospital swasta milik doctor itu. Dan malam itu juga Zarina dihantar ke London untuk menjalani rawatan. Waktu itu Zarina masih dalam keadaan koma. Dan kini juga masih belum sedar.

            “abang nak doakan dia sedar dan insaf atas perbuatannya.. abang nak mohon pada Allah semoga anak-anak kita semuanya selamat..”

            Lemah sahaja bicara Datuk Zainuddin. Datin Zarita mengangguk.. walaupun Zarina tidak pernah melayaninya dengan baik. Dia juga tidak pernah mendoakan yang tidak baik untuk anak tirinya itu.

            Rayyan meletakkan kotnya diatas katil. Keletihan tubuhnya memang sudah tidak tertanggung lagi, padat benar jadualnya hari ini. Dia melemparkan tubuhnya diatas katil. Matanya merenung jauh keatas syiling. Tiba-tiba sahaja dia terbayangkan wajah Hannah. Dia langsung tidak menyangka Hannah langsung tidak menemuinya selepas kejadian itu. Dia juga langsung tidak menyangka isterinya itu langsung tidak menghubunginya.

            Dia nak hubungi isterinya ? huhh.. egonya melangit. Dia merasakan sebagai seorang isteri haruslah Hannah yang lebih mengalah. Rayyan melepaskan keluhan. Nasib baiklah mama dan papanya amat menerima alasannyan. Ya.. alasan konon dia tidak mahu mengongkong Hannah. Mahu memberikan peluang kepada Hannah menyelesaikan kerjanya disana.

            Yer lah tu.. banyaklah memahami, sedangkan dia sendiri tidak tahu apa yang dilakukan oleh isterinya disana. Apa yang dia tahu isterinya pulang kekampungnya. Kampong sebelah ibunya. Kalau sebelah papanya tentulah satu kampong dengannya juga. Rayyan bangun dan terus mencapai tuala. Sesak betul fikirannya jika bersendirian. Tidak habis-habis wajah isterinya juga yang dia bayangkan. Huhh..

            Rayyan menuruni tangga rumah banglo milik keluarganya itu. Dia memang selalu sahaja tinggal dirumah itu. Jarang-jarang dia balik kekondo miliknya. Bukan apa, kondonya terlalu sunyi dan dia akan terus mengingati Hannah. Dirumah ini meriahlah sikit. Tambahan pula mama dan papanya sudah balik dari menunaikan umrah.

            “ha.. Ray.. nak makan ker ?.. mama boleh panaskan lauk..”

            Datin Aleena menegur Rayyan yang nampak simple dengan jeans hitam dan t.shirt merah berkolarnya. Nampaknya anaknya mahu keluar.

            “boleh juga.. malas lah nak keluar.. mama masak apa ?”

            Laju sahaja Rayyan menuju kedapur. Datin Aleena mengekori langkah anak bujangnya itu. Bujang sebab tak ada isteri kat sisinya.

            “Mak Jah yang masak.. bukan mama..”

            Datin Aleena menjawab sambil memanaskan lauk kedalam microwave. Rayyan hanya mengangkat bahu. Mamanya memang jarang sekali mahu memasak. Tambahan pula sejak mamanya sibuk dengan butik-butiknya. Memang lagi jaranglah mamanya nak masuk dapur.

            “kamu nie Ray.. ada isteri tapi mengalahkan orang bujang.. sesekali bawalah Hannah tu datang sini.. nie mama dah balik dari mekah nie.. takkan lah Hannah tu tak nak jenguk mama ? esokkan cuti..? Ray ambillah dia.. mama teringin nak berbual-bual dengan dia..”

            Rayyan tersentak. Ambil Hannah ? mak aii.. malasnya..namun boleh ker dia menolak permintaan mamanya itu ? tak mungkin.

            “haah Ray.. papa pun rindu dengan menantu baru papa tu.. esok Ray ambil Hannah datang sini.. kita buat makan-makan sikit.. kita jemput keluarga mertua Ray sekali..”


            Kalau dah dua-dua bagi arahan. Alamat memang tak dapatlah dia nak mengelak nampak gayanya. Terpaksalah dia yang menelefon isterinya malam ini. Hurmm,,

Masihkah Ada Aku...

Bab 14

            Rayyan melepaskan keluhan dengan agak berat. Sudah seminggu dia berada di rumah itu. Sengaja dia mahu menyendiri. Memang sepatutnya dia berada disitu sejak seminggu yang lalu. Itulah rancangannya dari awal. Dia sudah merancang mahu meninggalkan isterinya sebaik selesai sahaja majlis persandingan mereka. Namun dalam rancangannya dia tidak seharusnya menyentuh isterinya. Dia masih menghormati isterinya walaupun mungkin dia tidak menyintai gadis itu. Gadis ? selepas kejadian malam itu haruskah dia memanggil isterinya gadis lagi. Rayyan tersenyum sendiri. Gila.. memang kerja gila.. langsung dia tidak menyangka perkara itu boleh berlaku.

            Tapi bukan salahnya.. ya.. bukan salahnya sepenuhnya. Itu maksudnya. Dia sudah cuba mengelak.. dia sudah cuba menghindarkan agar perkara itu tidak terjadi. Namun dia hanyalah lelaki biasa yang tidak akan mampu menolak sesuatu yang indah dihadapannya dan apatah lagi ianya halal buatnya. Rayyan meramas rambutnya yang agak kusut. Kusut.. memang fikirannya agak kusut sekali.. walaupun dia cuba melupakan segala-galanya namun mana mungkin dia mampu.

            Setiapkali matanya terpejam masih terbayang wajah Hannah. Desah nafas Hannah yang mengocak nalurinya. Aahhhh… Rayyan terasa dirinya begitu bodoh sekali. Bagaimana dia mampu melupakan sesuatu yang begitu nikmat sekali ? bagaimana dia mahu melupakan jika fikirannya hanya asyik terbayang kenangan malam itu. Liuk lentuk Hannah.. halus tubuh Hannah.. semuanya bagaikan menari-nari diruang matanya.

            Rayyan bingkas bangun.. dia tidak boleh terus duduk didalam bilik itu. Semuanya menyesakkan.. nampaknya sekali lagi dia mahu kekampung orang asli itu. Cadangnya hari ini dia mahu berehat sahaja. Tambahan pula semalam dia sudah penat meredah hutan dengan Pak Saleh mencari akar kayu. Sengaja dia mengikut lelaki lewat 60-an itu masuk kehutan. Sengaja dia mengelak dari terus membiarkan dirinya hanyut dalam membayangkan kehangatan tubuh Hannah.

            Rayyan menyarungkan jeans lusuh dan t.shirt warna hitam ketubuh sasanya. Rambutnya disikat kemas. Jambangnya sudah meliar diruang wajahnya. Huuhh.. malas dia mahu merapikan wajahnya. Topi yang tersangkut ditepi kerusi dicapai sebelum dia membuka pintu bilik dan menuruni tangga rumah banglo dua tingkat itu. Diruang dapur kelihatan Mak Siti sedang sibuk memasak.

            “Rayy.. u nak kemana pulak nie ?”

            Raihana yang baru keluar dari bilik terkejut melihat Rayyan yang sudah siap berpakaian. Dia mengerling jam didinding.. baru pukul 10pg.

            “I nak keluar..”

            Malas Rayyan mahu melayani sepupunya itu.

            “Ray.. u janji nak bawa I jalan-jalan kan ?..”

            Raihana merengek manja. Puas dia mencari Rayyan selepas majlis persandingan lelaki idamannya itu. Puas juga dia bertanyakan kepada keluarganya dan keluarga Rayyan tentang kemana lelaki itu pergi. Hatinya sakit bila mendapat tahu Rayyan sudah berkahwin dengan Hannah. Sedangkan selama ini dia yang amat mendambakan lelaki kacak itu.

            Sebelum ini dia memang langsung tidak berpeluang mendekati Rayyan kerana sepupunya Zarina amat mendomasi Rayyan. Namun dia langsung tidak menyangka sekembalinya dia dari Milan, dia dikhabarkan tentang perkahwinan Rayyan dan Hannah. Kenapa pula Hannah ? sedangkan bukankah Rayyan dan Zarina yang bertunang. Namun tidak ada siapapun yang mahu menerangkan. Malah Untie Aleena mengatakan sudah jodoh mereka. Dia tak percaya langsung.. masakan Rayyan akan menyukai Hannah yang langsung jauh dari ciri-ciri gadis idaman Rayyan.

            “next time Rai.. I ada hal.. petang nanti kalau sempat kita keluar..”

            Rayyan terus menyarungkan kasut sportnya. Raihana menghempaskan keluhan. Dia mengekori langkah Rayyan.

            “u nak kemana ? I ikut..”

            Rayyan menoleh mendengar rengekkan Raihana. Melihat Raihana yang hanya memakai seluar pendek paras peha dengan body shirt itu membuatkan Rayyan mencebik. Masakan pakaian begitu mahu masuk kedalam hutan. Mahukah Raihana model terkenal itu masuk kedalam hutan ? dia tiba-tiba tersengih nakal.

            “I nak masuk hutan.. u nak ikut ker ?”

            Raihana memuncung mendengar jawapan Rayyan. Dia tahu Rayyan sengaja mahu mengusiknya begitu. Bukan Rayyan tidak tahu dia amat menjaga kulitnya. Masakan nak masuk dalam hutan ? tak pasal-pasal habis kulitnya gatal dan merah-merah. Takkan nak naik atas stage dengan badan bengkak bengkik ? tak mungkin..

            Rayyan terus memandung Toyota Harier hitamnya meninggalkan rumah banglo itu. Rumah itu adalah rumah keluarganya sebelum mereka berpindah kekuala lumpur. Rumah dilereng bukit dikawasan tanah tinggi Cameron itu memang menjadi tempat kegemarannya merehatkan minda. Biasanya sebulan sekali pasti dia akan tinggal sehari dua dirumah itu. Biasanya Mak Siti dan keluarganya yang akan tinggal dirumah itu jika mereka semua berada dikuala lumpur.

            Rayyan memandu keretanya menyelusuri lereng bukit. Dia sudah biasa memandu dikawasan itu. Dia singgah sebentar di kawasan sekolah yang menjadi tempat dia menimba ilmu suatu masa dahulu. Sekolah menengah Lelaki Sir Richard. Sekolah yang hanya menempatkan pelajar-pelajar cemerlang.  Dia memasuki sekolah itu dari tingkatan 4 hingga 5 sahaja. sebelum meneruskan pelajarannya di Scotland dan London.

            Firdaus ??.. tiba-tiba dia terlihat seorang lelaki yang baru sahaja memasuki kereta kelisa. Dengan cepat Rayyan memintas kereta Firdaus membuatkan sahabatnya itu menekan break emergency. Dengan wajah bengang Haikal keluar dari kereta. Nasib baiklah dia sempat menekan break kalau tidak tak pasal-pasal kereta comel Hannah akan mencium kereta Harier dihadapannya.

            Namun belum sempat dia menghamburkan kemarahannya dia terlopong melihat senyuman kacak lelaki dihadapannya.

            “Emeer ?..”

            Akhirnya dua tubuh sahabat itu saling berpelukkan.

            “Ya Allah… lamanya tak jumpa.. makin kacak kau sekarang..”

            Haikal memerhatikan Emeer  yang ternyata kian kacak dan tampan.

            “mengata orang.. kau pun apa kurangnya ? hebat…”

            Rayyan menepuk bahu sahabat baiknya sewaktu bersekolah itu. Mereka memang sahabat baik. Namun dalam baik mereka bersaing sesama sendiri. Persaingan yang sihat. Mereka berlumba-lumba dalam menempa kejayaan. Malah mereka bukan sahaja menjadi kesayangan guru-guru malah juga menjadi rebutan para gadis. Nasib baik sahajalah mereka ini bersekolah lelaki, kalau tidak tak tahulah berapa ramai kekasih gelap mereka.

            “heyy.. apa cerita ? lepas sekolah kau terus hilang macam tu aja ?..”

            Rayyan memulakan perbualan. Mereka menuju kecafe yang berada dihadapan sekolah.
            “aku.. ada aja… tak kemana pun”

            Haikal bersuara perlahan. Cuba mengenang peristiwa 10 tahun yang lalu. Habis sahaja menghadapi peperiksaan SPM dia mendapat berita tentang kemalangan yang menimpa ayahnya. Bergegas dia balik kekampung tanpa sempat menemui sesiapapun. Dia hanya mahu cepat menemui ayahnya.

            “Yer lah tu.. lepas exam aja kau dah hilang.. kata nak lepak rumah aku 2-3 hari sebelum balik kampong ?.. nie hilang macam tu aja..”

            Rayyan masih ingat mereka sudah berjanji akan bercuti dirumahnya selepas Exam. Teman-teman rapatnya seramai 4 orang itu sudah mahu mendaki bukit dan juga meredah hutan selepas exam. Namun selepas sahaja habis peperiksaan SPM, mereka langsung tidak dapat mengesan Haikal. Entah kemana sahabatnya itu menghilang.

            “ayah aku excident, habis sahaja exam aku terus balik kampung..”

            Haikal menjawab sambil mengacau minuman dihadapannya.

            “oowhh.. habis macam mana ayah kau sekarang ?”

            Rayyan bertanya. Haikal melepaskan keluhan.

            “ayah aku dah tak ada.. dia terkorban dalam nahas tu.. sebenarnya dia memang nak datang ambil aku kat hostel hari tu.. “.

            Rayyan terdiam.. memandang wajah Haikal yang dalam kesedihan.

            “oowhh.. sorry.. aku tak tahu…”

            Haikal hanya tersenyum pendek.

            “tak ada apalah.. dah lama pun… dah sampai ajalnya..”

            Rayyan hanya menganggukkan kepalanya. Yeahh.. semuanya sudah di takdirkan begitu. Siapalah kita sebagai hambaNya mahu menidakkan takdir.

            “so ?.. kau kat mana sekarang nie ? tiba-tiba sahaja muncul kat sini ?”

            Rayyan bertanya sambil matanya meliar memerhatikan sekeliling cafĂ© yang agak lengang. Kalau kat KL jangan haraplah nak ada restaurant yang lengang macam nie. Itu maksudnya memang tak lamalah kedai tu bukak.

            “hurmmm.. aku kerja kat Singapore sekarang, ada kontrak 3 tahun kat sana.. tinggal lagi dua tahun.. tak sabar aku nak balik kat sini..kau pulak ?”

            Rayyan tersengih.

            “aku biasalah.. bisnes papa aku tu.. nak wariskan kat sapa lagi.. tapi aku ada buka syarikat sendiri juga.. yerlah.. bisnes papa aku tu.. bukan jiwa aku..kau dah kahwin ker ?”

            Haikal tertawa.. Kahwin ? nak kahwin dengan siapa kalau kekasih hati pun dah kena kebas dengan orang ? Haikal hanya mengelengkan kepalanya.

            “kau ?”

            Rayyan tersengih… sambil menganggukkan kepalanya. Dia tidak mungkin mahu mengaku bujang.

            “wooaaa… siapa yang berjaya menawan buaya Sir Richard nie ?”

            Rayyan tertawa. Pandailah Haikal mahu mengenakannya. Padahal mereka sama sahaja. sama-sama menjadi rebutan warga Sri Bistari sebuah sekolah menengah perempuan yang tidak jauh dari sekolah mereka.

            “adalah.. orang biasa jer..”

            Rayyan terbayang wajah Hannah yang memang seperti biasa namun sebenarnya memang luar biasa. Ahh.. Hannah.. rasa terlalu lama pula dia tidak melihat wajah isterinya itu. Ada rasa rindu yang mencengkam hatinya. Sedangkan dia harus melupakan segala-galanya. Mampukah dia ?

            “elehh.. biasa konon.. macam aku tak tahu kau punya selera macam mana ? siapa dia ? model ?”


            Haikal bertanya. Tahu sangat dengan citarasa Rayyan yang memang morden. Mestilah isterinya juga tahap-tahap perempuan morden juga. Rayyan hanya tersengih. Model ? yaa.. Hannah model dihati dan matanya. Hannah tidak perlu menjadi model untuk menawan hatinya. Hannah miliknya yang abadi. Dia tidak sanggup berkongsi segala yang ada pada Hannah dengan orang lain. Tidak.. dia tidak sanggup.

Masihkah Ada Aku...

Bab 13

            Hannah meletakkan buku-buku yang dikumpulkan dari anak-anak muridnya diatas meja. Tiba-tiba dia terpandang cincin yang melingkar dijari manisnya. Hannah terduduk lemah dikerusi. Hatinya sebak.. namun dia tidak mahu menangis lagi. Kecewa dan begitu hancur hatinya. Dia menyesal.. namun tidak tahu apa yang dia mahu kesalkan. Menyesalkah dia kerana menjalankan tanggungjawabnya ? tidak.. bukan itu yang dia kesalkan. Dia kesal kerana maruahnya telah dilemparkan ketepi oleh satu-satunya insan yang selama ini bertahta dihatinya.

            Dia masih ingat pagi itu dia terjaga. Namun bilik itu sudah kosong dan sunyi. Sunyi sekali menyebabkan dia mencapai jam diatas meja yang terletak ditepi katil. Kesakitan tubuhnya tidak dihiraukan lagi. Sudah pukul 10pg. langsung dia tidak sedar.. dia benar-benar kepenatan. Rasanya seluruh sendi tubuhnya mahu tertanggal dari tempatnya.

            Dia memandang sesekeliling, cuba mencari wajah seseorang yang membuatkan dia tidak mampu bernafas dengan tenang sepanjang malam. Malah dia juga tidak mampu tidur sepanjang malam. Selimut ditarik untuk menutupi tubuhnya yang terdedah. Pakaiannya bertabur diatas lantai bilik hotel mewah itu. Dia membuka bilik air.. kosong.. matanya meliar.. menuju kebalkoni bilik.. tetap juga kosong.

            Namun bulat matanya menatap coretan di cermin make-upnya.

            “I’m sorry.. what we did’t last night it’s my mistake..”

            Lemah tubuhnya.. lemah lututnya sebelum tubuhnya terdampar dikarpet tebal bilik hotel. Sampainya hati Rayyan menghina maruahnya sebegitu sekali. Sedangkan semalaman kata-kata rayuan menyelelimuti dirinya malam tadi. Ahh.. lelaki.. benarkah hanya satu yang ada didalam hatinya ? nafsu ? selepas apa yang dihajati tercapai.. mudahnya dia dibuang seperti ini..

            Hannah tersentak bila terasa pipinya basah. Peristiwa seminggu yang lalu bagaikan baru sebentar tadi terjadi. Dia mengusap pipinya. Mengesat air mata yang seringkali menitis tanpa dia sedar. Walaupun dia sudah berjanji tidak mahu menangis lagi. Namun.. apa yang terjadi membuatkan matanya langsung tidak pernah berkerjasama dengan hatinya.

            “cikgu Zarra..”

            Hannah cepat-cepat membersihkan mata dan pipinya. Tidak mahu sesiapa menyedari kehadiran mutiara jernih itu. Pantas dia menoleh..hanya seorang sahaja yang memanggil namanya dengan nama Zarra. Bulat matanya melihat wajah kacak Haikal Firdaus yang tersenyum di pintu bilik pejabatnya.

            “Abang Haikal ?”

            Cerah wajahnya. Rasa mahu sahaja dia memeluk tubuh lelaki sasa itu. Namun tak mungkin dia mahu melakukan itu. Dia bukan seorang perempuan yang mudah jatuh kepelukkan seorang lelaki kecuali mahramnya sahaja.

            “bila abang Haikal sampai ?.. Ya Allah… hensemnya Abang Haikal..”

            Haikal hanya tertawa mendengar pujian Hannah. Aahh.. Hannah.. wajah comel itulah yang selama ini merajai hatinya. Tapi sayang… dia tidak mampu memiliki hati Hannah. Dan dia akur dengan ketentuan takdir.

            “baru sampai.. terus datang sini bila Umi cakap Zarra ada kat sini..”

            Hannah terus membawa Haikal duduk diruang pejabatnya. Gembiranya dia waktu ini kerana dapat berjumpa dengan Haikal. Rasanya sudah terlalu lama dia tidak menatap wajah kacak milik Haikal. Sudah setahun Haikal bekerja di Singapura. Sejak itu mereka langsung tidak pernah bertemu. Haikal menatap wajah Hannah yang kelihatan begitu sedih. Walaupun Hannah cuba menceriakan wajahnya namun garis-garis kesedihan jelas terpancar pada wajah Hannah.

            “Tahniah… maaf, abang tak dapat datang masa majlis Zarra.. Abang ada kat pulau masa tu.. tak dapat keluar..”

            Haikal beralasan, sebenarnya dia tidak sanggup melihat Hannah menjadi milik orang lain. Hatinya kecewa namun dia tidak mahu Hannah merasai kekecewaan itu. Dia tahu Hannah hanya menyayanginya sebagai seorang abang dan sahabat. Hanya dia sahaja yang tidak mampu menolak hakikat yang Hannah tak mungkin menyintainya.

            “tak apalah Abang Haikal.. dah selamat pun..”

            Lemah sahaja jawapan Hannah.

            “heyy.. kenapa nie ? biasanya pengantin baru wajah ceria aja.. mood honeymoon lah katakan.. nie abang tengok muka kecut jer ?”

            Haikal sengaja mengusik Hannah. Hannah hanya tertawa.. menutup kekecewaan dihatinya.

            “pandailah abang Haikal nie.. macamlah pernah jadi pengantin.. tau pulak mood pengantin macam mana..”

            Hannah menjawab selamba. Jemarinya bertaut sesama sendiri. Haikal hanya mengangkat bahu sahaja.

            “jom.. sebenarnya abang nak ajak Zarra makan tengahari.. Umi masak special hari ini.. “
            Haikal mencuit bahu Hannah yang dilapisi dengan baju kurung riau warna purple muda. Hannah nampak makin cantik sekarang. Mungkin kerana baju kurung itu menampakkan Hannah lebih feminim. Bukan dia tidak kenal Hannah yang lasak dan ganas. Selalu tu memang payah nak nampak Hannah memakai baju kurung. Seluar jeans dan t.shirt ajalah yang Hannah selesa pakai.

            “oowhh.. Umi nie sengaja buat-buat sakit kepala tadi.. sengaja nak sambut anak manja dia balik..”

            Hannah mengusik Haikal. Pagi tadi dia terpaksa mengantikan Puan Khadijah menjenguk pejabat kerana wanita itu sakit kepala. Sakit kepala tapi pagi-pagi sudah menyediakan sarapan untuknya. Bukan dia tidak tahu Uminya itu memang amat merindui anak bujangnya ini.

            “siapa anak manja ?.. pandailah Zarra nak usik abang kan ?”

            Haikal mahu menarik hidung Hannah seperti biasa sebelum tangannya ditepis lembut oleh Hannah. Haikal tersedar… dihadapannya adalah seorang gadis yang sudah menyandang status seorang isteri. Tidak seharusnya dia lepas laku dengan Hannah. Menyedari wajah Haikal yang serba salah Hannah terus bangun dan mengambil beg didalam laci mejanya. Tangannya mencapai kunci keretanya. Pintu pejabat dikunci dan Haikal hanya memerhatikan tingkah Hannah sebelum mengekori langkah gadis itu.

            “bak kunci kereta.. Abang pandu…”

            Hannah menoleh kearah Haikal yang berada dibelakangnya. Wajah comelnya berkerut tanda tidak faham.

            “tadi abang naik apa datang sini ?” Tanya Hannah sebelum matanya meliar memerhatikan kenderaan yang tersusun digaraj. Cuba mencari kereta Toyota Altis milik Umi atau Honda CRV milik Haikal. Haikal hanya tersengih..

            “Abang naik teksi..”

            Hannah tidak banyak tanya sambil menghulurkan kunci kereta kelisanya kepada Haikal. Haikal menyambutnya senang dan terus membukakan pintu kereta untuk Hannah.

            “Bila Zarra nak tukar kereta nie ? tengok..? Kaki abang dah tak boleh bengkok dah..”

            Haikal mengusik Hannah sambil menunjukkan lututnya yang sudah separas stereng kereta Hannah. Hannah hanya mencebik.

            “nak buat apa tukar kereta ? inikan kereta Hannah.. orang comel macam Hannah.. memanglah sesuai untuk kereta comel macam nie..”

            Hannah mencebik geram. Suka sangat Haikal mengutuk keretanya terlalu kecil. Mana tak kecil kalau Haikal yang masuk didalamnya. Haikal yang bertubuh tinggi dan sasa itu memang mengikut bapa arwah ayahnya yang berketurunan Cindian. Sebab itu Haikal memang sangat kacak sekali. Namun bagi Hannah.. walau sekacak mana sekalipun Haikal, wajah Rayyan yang tetap menghuni hatinya. Aahhh.. Hannah melepaskan keluhan bila sahaja nama Rayyan juga yang bergema didalam hatinya.

            Sampai sahaja dirumah banglo dua tingkat milik Puan Khadijah cepat sahaja Hannah terus masuk kedalam rumah. Mahu membantu Uminya menyediakan makan tengahari. Didapur kelihatan Puan Khadijah sedang menyusun pinggan diatas meja makan.

            “ooo.. pandai Umi berlakon dengan Hannah yer.. sakit kepala kononnya.. rupanya nak sambut anak kesayangan..”

            Usik Hannah sambil memeluk tubuh wanita itu mesra. Puan Khadijah hanya tertawa manja sebelum mengelus lengan Hannah yang berada di perutnya.

            “huurmm .. sedapnya bau.. masak lemak pucuk paku.., gulai nenas ikan masin.. ayam goreng rempah.. ikan bawal tiga rasa..sambal belacan dengan ulam timun.. and.. sambal goreng tempe kesukaan abang Haikal.. wahhh.. macam kenduri jer..”

            Hannah mengatur satu-persatu menu yang terhidang diatas meja. Nampak semua menyelerakan. Haikal hanya mengelengkan kepalanya melihat telatah nakal Hannah yang langsung tidak berubah sejak dahulu. Nakal dan manja.

            “ha.. biar Hannah cedukkan nasi.. tengok air liur abang Haikal dah meleleh-leleh tu.. umi duduk.. Hannah nak serve “.

            Hannah terus menyedukkan nasi kepinggan Haikal dan puan khadijah. Haikal sengaja membuat gaya mengesat air liur dengan belakang tangannya membuatkan tawa mereka pecah.


            Puan Khadijah rasa lega melihat keceriaan Hannah. Sejak seminggu yang lalu sewaktu Hannah mula-mula datang kerumahnya wajah Hannah amat muram dan sering menangis. Dia tahu Hannah ada menyimpan satu rahsia. Namun bila mengenangkan Hannah yang sudah berumahtangga menyebabkan Puan Khadijah tidak mahu mendesak. Mungkin ada rahsia rumahtangga yang Hannah tidak mahu kongsikan dengannya. Dan puan Khadijah menghormati status Hannah.