Bab 8
Hannah meramas jemarinya yang sudah sejuk. Hatinya
benar-benar berdebar sekali. Mereka harus melakukan rancangan ini dengan teliti
sekali. Hannah memandang tubuhnya yang dibaluti baju tidur warna pink lembut.
Baju tidur yang super seksi itu membuatkan dirinya bagaikan wanita yang tidak
bermaruah sahaja. namun demi menjayakan rancangannya, dia menyarungkan juga
baju yang menjadi koleksi peribadi milik Zarina itu.
Hannah menahan debaran didalam dadanya yang terasa bagaikan
mahu pecah. seperti yang dirancangkan, lampu rumahnya hanya dibiarkan terpasang
diruang tamu. Sedang dia berada dibilik Zarina yang selama ini tidak pernah
dimasuki itu. Matanya meliar memerhatikan keadaan bilik yang kemas dan cantik.
Sekali lagi dia memandang ruang bilik itu dengan perasaan yang tidak tahu
bagaimana mahu digambarkan. Ya Allah… ampunkan lah dosa hambamu ini.. Hannah
merintih didalam hati.
Rambutnya yang sudah sedikit kerinting bergulung
dibawahnya disikat kemas. Memang dari jauh penampilannya tidak ubah seperti
Zarina. Rambut hitamnya juga sudah diwarnakan agak perang. Aduuuhhh… kenapalah
dia sanggup melakukan semua ini. Hannah menahan perasaan gemuruhnya. Bunyi
loceng didepan pintu rumah membuatkan debarannya hatinya kian meningkat.
Tidak lama terdengar seperti pintu dibuka dan ditutup.
Hannah memejamkan matanya. Dengan perlahan dia mematikan lampu bilik dan
mengantikan dengan lampu tidur yang agak malap.
“Rin !!..Rin !!.. I dah datang nie..”
Terdengar jeritan suara itu dari tingkat bawah. Hannah
yakin sebentar lagi pasti pemilik suara itu akan naik ketingkat atas. Hannah
amat yakin jika pemilik suara itu juga tahu dimana bilik wanita yang dicarinya.
Ketukan dimuka pintu mengejutkan Hannah.. makin kuat debaran didadanya.
“Rin… u kat dalam ker ?.. Rin..”
Tanpa menunggu jawapan dari tunang tersayang Rayyan terus
memulas tombol pintu bilik Zarina. Sama seperti pintu dihadapan tadi pintu
bilik Zarina juga tidak berkunci menyebabkan dia masuk kedalam bilik Zarina.
Tambahan pula dia bukan tidak biasa masuk bilik tunangnya itu. Walaupun hanya
berbual namun memang dia sudah terbiasa masuk kedalam bilik Zarina. Keadaan
dalam bilik agak suram sekali. Hanya cahaya malap dari lampu tidur yang berada
dihujung katil itu sahaja yang terpasang.
Rayyan melihat Zarina tertidur dengan membelakangkan
pintu. Pasti tunangnya itu keletihan menunggunya. Ahhh.. tak sabar rasanya mahu
memiliki gadis yang selama ini memang menjadi pujaan hatinya itu. Rayyan
melangkah perlahan-lahan memasuki bilik itu. Dadanya amat berdebar sekali.
Tambahan pula melihat lengan putih melepak milik Zarina yang terdedah.
Rambut perang gadis kesayangannya itu menutupi wajah.
Perlahan-lahan Rayyan mendekati katil Zarina. Dadanya berubah rentak. Ternyata
diatas katil kelihatan tubuh mulus Zarina yang hanya memakai baju tidur kain
satin warna merah jambu yang mampu membuatkan naluri lelakinya bergetar hebat.
Tambah nanar melihat kaki mulus itu terdedah hingga menampakkan sebahagian peha
yang putih melepak.
Rayyan meneguk air liurnya beberapakali. Dia memang biasa
melihat tunangnya itu seksi. Dia memang biasa melihat peha putih melepak milik
Zarina. Namun kenapa kali ini dia merasakan pandangan itu begitu seksi sekali ?
kenapa jika selama ini dia tidak merasakan gelora perasaannya bila dihidangkan
dengan padangan seperti ini. Namun kali ini perasaannya lain sekali. Amat
lain.. naluri kelelakiannya bagaikan mahu menguasai dirinya.
Perlahan-lahan dia menyentuh kaki yang mulus itu.
Bergetar jemarinya merasai kekembutan kulit putih melepak itu. Dia menahan
nafasnya..
“Rin….Rin…..”
Dia cuba membangunkan Zarina. Dia tidak mahu menceroboh
hak yang akan menjadi miliknya tidak lama lagi. Dia harus bersabar. Zarina
memang miliknya. Dia hanya mahukan yang halal dalam hubungan mereka..
“Arrgghhhh…!!!!”
Jeritan itu mengejutkan Rayyan yang sedang asyik mengelus
lembut lengan Zarina. Dia terpempan kaku. Tambah kaku bila tiba-tiba sahaja
gadis yang berada dihadapannya terus menjerit bagaikan kerasukkan. Rayyan…
serba salah.. bingkas dia bangun namun dia jadi kian bingung bila melihat
wajah-wajah dihadapan pintu bilik Zarina. Ya Allah… apa yang dia dah buat nie ?
“Rayyan ??.. apa yang kau dah buat ?.. kurang ajar !!!”
Hannah hanya terkaku melihat sebuah tamparan yang
mengenai pipi Rayyan. Hannah cepat-cepat menyarungkan jubah tidur yang terletak
dihujung katil. Seperti yang dirancangkan.. Hannah menangis teresak-esak
mendapatkan tubuh ibunya. Dia tidak perlu berlakon untuk menangis kerana memang
kali ini air mata yang keluar dari kelopak matanya adalah tangisan sesalan atas
dosa yang dia lakukan. Dosa memfitnah.. Ya Allah… ampunkan lah hambamu ini..
“Papa tak sangka Ray sanggup memalukan papa macam nie ?
sanggup Ray menconteng arang ke muka papa ?.. anak kurang ajar !!”
Arif cepat sahaja menangkap tangan kasar Datuk Rasheed
dari mengenai lagi pipi Rayyan. Dia rasa amat bersalah.
“sabar uncle.. sabar…jangan berkasar.. kita bincang
dengan tenang dulu.. sabar uncle.. lagipun.. papa baru sahaja pulih.. kita
bincang kat bawah..”
Arif terus menarik lengan Datuk Rasheed. Rayyan terkaku,
lidahnya kelu, dia keliru.. apa sebenarnya yang terjadi ? kenapa Hannah berada
didalam bilik Zarina ? Ya Allah.. mana Zarina ?..
“jom Abang Rayyan..”
Zameer pula menarik lengan Rayyan. Rasa simpati melaut
buat sepupunya ini. Namun dia juga tidak mampu melakukan apa-apa. Memang dia
tidak bersetuju dengan tindakkan abang dan kakaknya. Namun dia juga tidak
nampak jalan lain untuk menyelesaikan masalah keluarga mereka. Ya Allah…
“apa yang Ray cuba lakukan ?.. kenapa Ray boleh ada dalam
bilik itu ?”
Datuk Rasheed bersuara garang. Dia malu dengan sikap anak
lelakinya yang menceroboh bilik anak gadis abang iparnya dan merangkap kawan
baiknya. Dia amat kesal dengan sikap lepas laku anak lelaki tunggalnya itu.
“Ray.. Ray nak jumpa Rin..”
Lemah sahaja suara Rayyan. Dia mengaku.. apa sahaja
alasannya pasti menampakkan dia memang bersalah. Masakan mahu berjumpa Zarina hingga
sanggup menceroboh bilik gadis itu ? walaupun mereka memang tunangan namun dia
tahu pasti papanya tidak akan bersetuju dengan tindakkannya.
“dengan menerjah bilik orang sesuka hati ?..macam tu ?..
kenapa tak boleh jumpa kat ruang tamu ?.. dah tak sabar sangat ?.. dah tak
tahan sangat ?”
Suara Datuk Rasheed masih keras dan kasar. Rayyan
melepaskan keluhan. Dia tahu dirinya memang bersalah. Dia tidak mampu
mempertahankan dirinya lagi.
“kalau dah tak sabar sangat.. malam nie juga papa
nikahkan kamu.. buat malu keturunan sahaja.. Arif.. Zameer panggil Hj. Dorani..
malam nie kita nikahkan Rayyan dengan Hannah..”
“Papa !!!..”
Bulat mata Rayyan.. tak sangka itu keputusan papanya.
Bernikah dengan Hannah ? mana mungkin.. dia langsung tidak pernah menyintai
gadis itu. Macamana dengan Zarina ?..Ahhhh..
“Papa mana boleh nikahkan Ray dengan dia.. macam mana
dengan Rin ?”
Rayyan bersuara tegas. Tajam matanya memandang Hannah
yang masih menangis didalam pelukkan Datin Zarita. Dia merasakan ini semua
adalah rancangan Hannah. Sengaja mahu memerangkap dirinya. Bukan dia tidak tahu
gadis itu memang mempunyai perasaan dengannya.
“lepas dah apa Ray buat dengan Hannah ? Ray masih nakkan
Rin ?.. lelaki apa kamu nie Ray ?..tak tahu bertanggungjawab langsung ?..papa
kesal..”
Datuk Rasheed mengelengkan kepalanya lemah. Arif
melepaskan keluhan. Dia harus memainkan peranan kali ini. Tidak mahu Rayyan
terus memaksa Datuk Rasheed untuk membatalkan perkahwinan ini. Dia tidak mahu
usahanya dan Hannah menjadi sia-sia. Peluang hanya datang sekali sahaja.
“Rayyan.. aku yakin sekarang nie kau hanya ada satu
pilihan, berkahwin dengan Hannah.. aku tak akan biarkan sesiapapun mencalar
maruah keluarga aku…”
Tegas sahaja kata-kata Arif membuatkan Rayyan terkelu.
Ahhh.. sesalnya memang tidak dapat disembunyikan. Kenapa dia harus melayani
gelora perasaannya tadi. Memang dia akui, dia ada mengambil kesempatan keatas
Hannah. Namun dia menyangkakan gadis itu adalah Rin tunangannya. Ahhh.. kalau
Rin sekalipun.. dia tidak seharusnya membiarkan nafsu menguasai fikirannya
tadi. Sekarang.. kerana tidak dapat menahan godaan syaitan dia terperangkap.
“tapi.. Ray tak buat apa-apa.. “
Rayyan cuba membela diri.
“Tak buat atau tak sempat buat ?..”
Cepat sahaja Datuk Rasheed memintas kata-kata Rayyan.
Rayyan tertunduk. Ya.. dia tidak sempat berbuat apa-apa sebenarnya. Dia yakin
jika lebih lama dia didalam bilik tadi memang ada perkara yang lain pula yang
berlaku. Dia tahu dia bukanlah malaikat yang mampu menahan gelora perasaannya
melihat apa yang ada didepan matanya. Dia bukanlah lelaki yang terlalu baik
menolak hidangan yang akan ‘mengenyangkan’ nasfu lelakinya.
“sudah.. papa tak mahu dengar apa-apa alasan lagi.. kamu
kena bernikah juga dengan Hannah.. malam ini.. keputusan papa muktamad…”. Keras
dan tegas suara Datuk Rasheed membuatkan Rayyan terkaku. matanya sempat melirik
tajam kewajah Hannah yang basah dengan airmata. Huhh.. lakonan.. geram dia
melihat lakonan gadis itu. Dia yakin kalau memang tidak ada orang disitu sudah
lama wajah gadis itu lebam dia kerjakan.
Datin Zarita membantu Hannah menyarungkan kurung morden
warna putih bersulam benang perak. Dia tahu perasaan anaknya, namun dia memang
amat berterima kasih dengan Hannah. Datuk Zainuddin juga tidak mampu berbuat
apa-apa untuk menghalang, semuanya sudah terjadi. Hannah cuba memaparkan riak
setenang mungkin. Dia tahu dia memang sudah melakukan sesuatu yang melampaui
batas kemanusiaan. Namun demi maruah keluarga yang dijunjung, dia rela.
“Hannah.. maafkan ibu.. maafkan ibu..”
Terasa mahu sahaja dia meraung memeluk tubuh anak
gadisnya ini. Ya Allah.. kenapa dia sanggup memperjudikan nasib anak gadisnya ?
“Ibu.. sudahlah.. Hannah Redha.. InsyaAllah.. restu dan
doa Ibu akan membuatkan Hannah bahagia.. Ibu doakan Hannah yer..”.
Sebak.. namun segalanya sudah berjalan dengan lancar
seperti yang mereka rancangkan, Ya Allah… ampunkanlah dosa ku… rintih hati
Datin Zarita dan Hannah.
No comments:
Post a Comment