Bab 13
Hannah meletakkan
buku-buku yang dikumpulkan dari anak-anak muridnya diatas meja. Tiba-tiba dia
terpandang cincin yang melingkar dijari manisnya. Hannah terduduk lemah
dikerusi. Hatinya sebak.. namun dia tidak mahu menangis lagi. Kecewa dan begitu
hancur hatinya. Dia menyesal.. namun tidak tahu apa yang dia mahu kesalkan.
Menyesalkah dia kerana menjalankan tanggungjawabnya ? tidak.. bukan itu yang
dia kesalkan. Dia kesal kerana maruahnya telah dilemparkan ketepi oleh
satu-satunya insan yang selama ini bertahta dihatinya.
Dia masih ingat pagi itu dia terjaga. Namun bilik itu
sudah kosong dan sunyi. Sunyi sekali menyebabkan dia mencapai jam diatas meja
yang terletak ditepi katil. Kesakitan tubuhnya tidak dihiraukan lagi. Sudah
pukul 10pg. langsung dia tidak sedar.. dia benar-benar kepenatan. Rasanya
seluruh sendi tubuhnya mahu tertanggal dari tempatnya.
Dia memandang sesekeliling, cuba mencari wajah seseorang
yang membuatkan dia tidak mampu bernafas dengan tenang sepanjang malam. Malah
dia juga tidak mampu tidur sepanjang malam. Selimut ditarik untuk menutupi
tubuhnya yang terdedah. Pakaiannya bertabur diatas lantai bilik hotel mewah
itu. Dia membuka bilik air.. kosong.. matanya meliar.. menuju kebalkoni bilik..
tetap juga kosong.
Namun bulat matanya menatap coretan di cermin make-upnya.
“I’m sorry.. what we did’t last night it’s my mistake..”
Lemah tubuhnya.. lemah lututnya sebelum tubuhnya
terdampar dikarpet tebal bilik hotel. Sampainya hati Rayyan menghina maruahnya
sebegitu sekali. Sedangkan semalaman kata-kata rayuan menyelelimuti dirinya
malam tadi. Ahh.. lelaki.. benarkah hanya satu yang ada didalam hatinya ? nafsu
? selepas apa yang dihajati tercapai.. mudahnya dia dibuang seperti ini..
Hannah tersentak bila terasa pipinya basah. Peristiwa
seminggu yang lalu bagaikan baru sebentar tadi terjadi. Dia mengusap pipinya.
Mengesat air mata yang seringkali menitis tanpa dia sedar. Walaupun dia sudah
berjanji tidak mahu menangis lagi. Namun.. apa yang terjadi membuatkan matanya
langsung tidak pernah berkerjasama dengan hatinya.
“cikgu Zarra..”
Hannah cepat-cepat membersihkan mata dan pipinya. Tidak
mahu sesiapa menyedari kehadiran mutiara jernih itu. Pantas dia menoleh..hanya
seorang sahaja yang memanggil namanya dengan nama Zarra. Bulat matanya melihat
wajah kacak Haikal Firdaus yang tersenyum di pintu bilik pejabatnya.
“Abang Haikal ?”
Cerah wajahnya. Rasa mahu sahaja dia memeluk tubuh lelaki
sasa itu. Namun tak mungkin dia mahu melakukan itu. Dia bukan seorang perempuan
yang mudah jatuh kepelukkan seorang lelaki kecuali mahramnya sahaja.
“bila abang Haikal sampai ?.. Ya Allah… hensemnya Abang
Haikal..”
Haikal hanya tertawa mendengar pujian Hannah. Aahh..
Hannah.. wajah comel itulah yang selama ini merajai hatinya. Tapi sayang… dia
tidak mampu memiliki hati Hannah. Dan dia akur dengan ketentuan takdir.
“baru sampai.. terus datang sini bila Umi cakap Zarra ada
kat sini..”
Hannah terus membawa Haikal duduk diruang pejabatnya.
Gembiranya dia waktu ini kerana dapat berjumpa dengan Haikal. Rasanya sudah
terlalu lama dia tidak menatap wajah kacak milik Haikal. Sudah setahun Haikal
bekerja di Singapura. Sejak itu mereka langsung tidak pernah bertemu. Haikal
menatap wajah Hannah yang kelihatan begitu sedih. Walaupun Hannah cuba
menceriakan wajahnya namun garis-garis kesedihan jelas terpancar pada wajah
Hannah.
“Tahniah… maaf, abang tak dapat datang masa majlis Zarra..
Abang ada kat pulau masa tu.. tak dapat keluar..”
Haikal beralasan, sebenarnya dia tidak sanggup melihat
Hannah menjadi milik orang lain. Hatinya kecewa namun dia tidak mahu Hannah
merasai kekecewaan itu. Dia tahu Hannah hanya menyayanginya sebagai seorang
abang dan sahabat. Hanya dia sahaja yang tidak mampu menolak hakikat yang
Hannah tak mungkin menyintainya.
“tak apalah Abang Haikal.. dah selamat pun..”
Lemah sahaja jawapan Hannah.
“heyy.. kenapa nie ? biasanya pengantin baru wajah ceria
aja.. mood honeymoon lah katakan.. nie abang tengok muka kecut jer ?”
Haikal sengaja mengusik Hannah. Hannah hanya tertawa..
menutup kekecewaan dihatinya.
“pandailah abang Haikal nie.. macamlah pernah jadi
pengantin.. tau pulak mood pengantin macam mana..”
Hannah menjawab selamba. Jemarinya bertaut sesama
sendiri. Haikal hanya mengangkat bahu sahaja.
“jom.. sebenarnya abang nak ajak Zarra makan tengahari..
Umi masak special hari ini.. “
Haikal mencuit bahu Hannah yang dilapisi dengan baju
kurung riau warna purple muda. Hannah nampak makin cantik sekarang. Mungkin
kerana baju kurung itu menampakkan Hannah lebih feminim. Bukan dia tidak kenal
Hannah yang lasak dan ganas. Selalu tu memang payah nak nampak Hannah memakai
baju kurung. Seluar jeans dan t.shirt ajalah yang Hannah selesa pakai.
“oowhh.. Umi nie sengaja buat-buat sakit kepala tadi..
sengaja nak sambut anak manja dia balik..”
Hannah mengusik Haikal. Pagi tadi dia terpaksa
mengantikan Puan Khadijah menjenguk pejabat kerana wanita itu sakit kepala.
Sakit kepala tapi pagi-pagi sudah menyediakan sarapan untuknya. Bukan dia tidak
tahu Uminya itu memang amat merindui anak bujangnya ini.
“siapa anak manja ?.. pandailah Zarra nak usik abang kan
?”
Haikal mahu menarik hidung Hannah seperti biasa sebelum
tangannya ditepis lembut oleh Hannah. Haikal tersedar… dihadapannya adalah
seorang gadis yang sudah menyandang status seorang isteri. Tidak seharusnya dia
lepas laku dengan Hannah. Menyedari wajah Haikal yang serba salah Hannah terus
bangun dan mengambil beg didalam laci mejanya. Tangannya mencapai kunci
keretanya. Pintu pejabat dikunci dan Haikal hanya memerhatikan tingkah Hannah
sebelum mengekori langkah gadis itu.
“bak kunci kereta.. Abang pandu…”
Hannah menoleh kearah Haikal yang berada dibelakangnya.
Wajah comelnya berkerut tanda tidak faham.
“tadi abang naik apa datang sini ?” Tanya Hannah sebelum
matanya meliar memerhatikan kenderaan yang tersusun digaraj. Cuba mencari
kereta Toyota Altis milik Umi atau Honda CRV milik Haikal. Haikal hanya
tersengih..
“Abang naik teksi..”
Hannah tidak banyak tanya sambil menghulurkan kunci
kereta kelisanya kepada Haikal. Haikal menyambutnya senang dan terus membukakan
pintu kereta untuk Hannah.
“Bila Zarra nak tukar kereta nie ? tengok..? Kaki abang
dah tak boleh bengkok dah..”
Haikal mengusik Hannah sambil menunjukkan lututnya yang
sudah separas stereng kereta Hannah. Hannah hanya mencebik.
“nak buat apa tukar kereta ? inikan kereta Hannah.. orang
comel macam Hannah.. memanglah sesuai untuk kereta comel macam nie..”
Hannah mencebik geram. Suka sangat Haikal mengutuk
keretanya terlalu kecil. Mana tak kecil kalau Haikal yang masuk didalamnya.
Haikal yang bertubuh tinggi dan sasa itu memang mengikut bapa arwah ayahnya
yang berketurunan Cindian. Sebab itu Haikal memang sangat kacak sekali. Namun
bagi Hannah.. walau sekacak mana sekalipun Haikal, wajah Rayyan yang tetap menghuni
hatinya. Aahhh.. Hannah melepaskan keluhan bila sahaja nama Rayyan juga yang
bergema didalam hatinya.
Sampai sahaja dirumah banglo dua tingkat milik Puan
Khadijah cepat sahaja Hannah terus masuk kedalam rumah. Mahu membantu Uminya
menyediakan makan tengahari. Didapur kelihatan Puan Khadijah sedang menyusun
pinggan diatas meja makan.
“ooo.. pandai Umi berlakon dengan Hannah yer.. sakit
kepala kononnya.. rupanya nak sambut anak kesayangan..”
Usik Hannah sambil memeluk tubuh wanita itu mesra. Puan
Khadijah hanya tertawa manja sebelum mengelus lengan Hannah yang berada di
perutnya.
“huurmm .. sedapnya bau.. masak lemak pucuk paku.., gulai
nenas ikan masin.. ayam goreng rempah.. ikan bawal tiga rasa..sambal belacan
dengan ulam timun.. and.. sambal goreng tempe kesukaan abang Haikal.. wahhh..
macam kenduri jer..”
Hannah mengatur satu-persatu menu yang terhidang diatas
meja. Nampak semua menyelerakan. Haikal hanya mengelengkan kepalanya melihat
telatah nakal Hannah yang langsung tidak berubah sejak dahulu. Nakal dan manja.
“ha.. biar Hannah cedukkan nasi.. tengok air liur abang
Haikal dah meleleh-leleh tu.. umi duduk.. Hannah nak serve “.
Hannah terus menyedukkan nasi kepinggan Haikal dan puan
khadijah. Haikal sengaja membuat gaya mengesat air liur dengan belakang
tangannya membuatkan tawa mereka pecah.
Puan Khadijah rasa lega melihat keceriaan Hannah. Sejak
seminggu yang lalu sewaktu Hannah mula-mula datang kerumahnya wajah Hannah amat
muram dan sering menangis. Dia tahu Hannah ada menyimpan satu rahsia. Namun
bila mengenangkan Hannah yang sudah berumahtangga menyebabkan Puan Khadijah
tidak mahu mendesak. Mungkin ada rahsia rumahtangga yang Hannah tidak mahu
kongsikan dengannya. Dan puan Khadijah menghormati status Hannah.
No comments:
Post a Comment