Bab 14
Rayyan melepaskan
keluhan dengan agak berat. Sudah seminggu dia berada di rumah itu. Sengaja dia
mahu menyendiri. Memang sepatutnya dia berada disitu sejak seminggu yang lalu.
Itulah rancangannya dari awal. Dia sudah merancang mahu meninggalkan isterinya
sebaik selesai sahaja majlis persandingan mereka. Namun dalam rancangannya dia
tidak seharusnya menyentuh isterinya. Dia masih menghormati isterinya walaupun
mungkin dia tidak menyintai gadis itu. Gadis ? selepas kejadian malam itu
haruskah dia memanggil isterinya gadis lagi. Rayyan tersenyum sendiri. Gila..
memang kerja gila.. langsung dia tidak menyangka perkara itu boleh berlaku.
Tapi bukan salahnya.. ya.. bukan salahnya sepenuhnya. Itu
maksudnya. Dia sudah cuba mengelak.. dia sudah cuba menghindarkan agar perkara
itu tidak terjadi. Namun dia hanyalah lelaki biasa yang tidak akan mampu
menolak sesuatu yang indah dihadapannya dan apatah lagi ianya halal buatnya.
Rayyan meramas rambutnya yang agak kusut. Kusut.. memang fikirannya agak kusut
sekali.. walaupun dia cuba melupakan segala-galanya namun mana mungkin dia
mampu.
Setiapkali matanya terpejam masih terbayang wajah Hannah.
Desah nafas Hannah yang mengocak nalurinya. Aahhhh… Rayyan terasa dirinya
begitu bodoh sekali. Bagaimana dia mampu melupakan sesuatu yang begitu nikmat
sekali ? bagaimana dia mahu melupakan jika fikirannya hanya asyik terbayang
kenangan malam itu. Liuk lentuk Hannah.. halus tubuh Hannah.. semuanya bagaikan
menari-nari diruang matanya.
Rayyan bingkas bangun.. dia tidak boleh terus duduk
didalam bilik itu. Semuanya menyesakkan.. nampaknya sekali lagi dia mahu
kekampung orang asli itu. Cadangnya hari ini dia mahu berehat sahaja. Tambahan
pula semalam dia sudah penat meredah hutan dengan Pak Saleh mencari akar kayu.
Sengaja dia mengikut lelaki lewat 60-an itu masuk kehutan. Sengaja dia mengelak
dari terus membiarkan dirinya hanyut dalam membayangkan kehangatan tubuh
Hannah.
Rayyan menyarungkan jeans lusuh dan t.shirt warna hitam
ketubuh sasanya. Rambutnya disikat kemas. Jambangnya sudah meliar diruang wajahnya.
Huuhh.. malas dia mahu merapikan wajahnya. Topi yang tersangkut ditepi kerusi
dicapai sebelum dia membuka pintu bilik dan menuruni tangga rumah banglo dua
tingkat itu. Diruang dapur kelihatan Mak Siti sedang sibuk memasak.
“Rayy.. u nak kemana pulak nie ?”
Raihana yang baru keluar dari bilik terkejut melihat
Rayyan yang sudah siap berpakaian. Dia mengerling jam didinding.. baru pukul
10pg.
“I nak keluar..”
Malas Rayyan mahu melayani sepupunya itu.
“Ray.. u janji nak bawa I jalan-jalan kan ?..”
Raihana merengek manja. Puas dia mencari Rayyan selepas
majlis persandingan lelaki idamannya itu. Puas juga dia bertanyakan kepada
keluarganya dan keluarga Rayyan tentang kemana lelaki itu pergi. Hatinya sakit
bila mendapat tahu Rayyan sudah berkahwin dengan Hannah. Sedangkan selama ini
dia yang amat mendambakan lelaki kacak itu.
Sebelum ini dia memang langsung tidak berpeluang
mendekati Rayyan kerana sepupunya Zarina amat mendomasi Rayyan. Namun dia
langsung tidak menyangka sekembalinya dia dari Milan, dia dikhabarkan tentang
perkahwinan Rayyan dan Hannah. Kenapa pula Hannah ? sedangkan bukankah Rayyan
dan Zarina yang bertunang. Namun tidak ada siapapun yang mahu menerangkan.
Malah Untie Aleena mengatakan sudah jodoh mereka. Dia tak percaya langsung.. masakan
Rayyan akan menyukai Hannah yang langsung jauh dari ciri-ciri gadis idaman
Rayyan.
“next time Rai.. I ada hal.. petang nanti kalau sempat
kita keluar..”
Rayyan terus menyarungkan kasut sportnya. Raihana
menghempaskan keluhan. Dia mengekori langkah Rayyan.
“u nak kemana ? I ikut..”
Rayyan menoleh mendengar rengekkan Raihana. Melihat
Raihana yang hanya memakai seluar pendek paras peha dengan body shirt itu
membuatkan Rayyan mencebik. Masakan pakaian begitu mahu masuk kedalam hutan.
Mahukah Raihana model terkenal itu masuk kedalam hutan ? dia tiba-tiba
tersengih nakal.
“I nak masuk hutan.. u nak ikut ker ?”
Raihana memuncung mendengar jawapan Rayyan. Dia tahu
Rayyan sengaja mahu mengusiknya begitu. Bukan Rayyan tidak tahu dia amat
menjaga kulitnya. Masakan nak masuk dalam hutan ? tak pasal-pasal habis
kulitnya gatal dan merah-merah. Takkan nak naik atas stage dengan badan bengkak
bengkik ? tak mungkin..
Rayyan terus memandung Toyota Harier hitamnya
meninggalkan rumah banglo itu. Rumah itu adalah rumah keluarganya sebelum
mereka berpindah kekuala lumpur. Rumah dilereng bukit dikawasan tanah tinggi
Cameron itu memang menjadi tempat kegemarannya merehatkan minda. Biasanya
sebulan sekali pasti dia akan tinggal sehari dua dirumah itu. Biasanya Mak Siti
dan keluarganya yang akan tinggal dirumah itu jika mereka semua berada dikuala
lumpur.
Rayyan memandu keretanya menyelusuri lereng bukit. Dia
sudah biasa memandu dikawasan itu. Dia singgah sebentar di kawasan sekolah yang
menjadi tempat dia menimba ilmu suatu masa dahulu. Sekolah menengah Lelaki Sir
Richard. Sekolah yang hanya menempatkan pelajar-pelajar cemerlang. Dia memasuki sekolah itu dari tingkatan 4
hingga 5 sahaja. sebelum meneruskan pelajarannya di Scotland dan London.
Firdaus ??.. tiba-tiba dia terlihat seorang lelaki yang
baru sahaja memasuki kereta kelisa. Dengan cepat Rayyan memintas kereta Firdaus
membuatkan sahabatnya itu menekan break emergency. Dengan wajah bengang Haikal
keluar dari kereta. Nasib baiklah dia sempat menekan break kalau tidak tak
pasal-pasal kereta comel Hannah akan mencium kereta Harier dihadapannya.
Namun belum sempat dia menghamburkan kemarahannya dia
terlopong melihat senyuman kacak lelaki dihadapannya.
“Emeer ?..”
Akhirnya dua tubuh sahabat itu saling berpelukkan.
“Ya Allah… lamanya tak jumpa.. makin kacak kau
sekarang..”
Haikal memerhatikan Emeer
yang ternyata kian kacak dan tampan.
“mengata orang.. kau pun apa kurangnya ? hebat…”
Rayyan menepuk bahu sahabat baiknya sewaktu bersekolah
itu. Mereka memang sahabat baik. Namun dalam baik mereka bersaing sesama
sendiri. Persaingan yang sihat. Mereka berlumba-lumba dalam menempa kejayaan.
Malah mereka bukan sahaja menjadi kesayangan guru-guru malah juga menjadi
rebutan para gadis. Nasib baik sahajalah mereka ini bersekolah lelaki, kalau
tidak tak tahulah berapa ramai kekasih gelap mereka.
“heyy.. apa cerita ? lepas sekolah kau terus hilang macam
tu aja ?..”
Rayyan memulakan perbualan. Mereka menuju kecafe yang
berada dihadapan sekolah.
“aku.. ada aja… tak kemana pun”
Haikal bersuara perlahan. Cuba mengenang peristiwa 10
tahun yang lalu. Habis sahaja menghadapi peperiksaan SPM dia mendapat berita
tentang kemalangan yang menimpa ayahnya. Bergegas dia balik kekampung tanpa
sempat menemui sesiapapun. Dia hanya mahu cepat menemui ayahnya.
“Yer lah tu.. lepas exam aja kau dah hilang.. kata nak
lepak rumah aku 2-3 hari sebelum balik kampong ?.. nie hilang macam tu aja..”
Rayyan masih ingat mereka sudah berjanji akan bercuti
dirumahnya selepas Exam. Teman-teman rapatnya seramai 4 orang itu sudah mahu
mendaki bukit dan juga meredah hutan selepas exam. Namun selepas sahaja habis
peperiksaan SPM, mereka langsung tidak dapat mengesan Haikal. Entah kemana
sahabatnya itu menghilang.
“ayah aku excident, habis sahaja exam aku terus balik
kampung..”
Haikal menjawab sambil mengacau minuman dihadapannya.
“oowhh.. habis macam mana ayah kau sekarang ?”
Rayyan bertanya. Haikal melepaskan keluhan.
“ayah aku dah tak ada.. dia terkorban dalam nahas tu..
sebenarnya dia memang nak datang ambil aku kat hostel hari tu.. “.
Rayyan terdiam.. memandang wajah Haikal yang dalam
kesedihan.
“oowhh.. sorry.. aku tak tahu…”
Haikal hanya tersenyum pendek.
“tak ada apalah.. dah lama pun… dah sampai ajalnya..”
Rayyan hanya menganggukkan kepalanya. Yeahh.. semuanya
sudah di takdirkan begitu. Siapalah kita sebagai hambaNya mahu menidakkan
takdir.
“so ?.. kau kat mana sekarang nie ? tiba-tiba sahaja
muncul kat sini ?”
Rayyan bertanya sambil matanya meliar memerhatikan
sekeliling café yang agak lengang. Kalau kat KL jangan haraplah nak ada
restaurant yang lengang macam nie. Itu maksudnya memang tak lamalah kedai tu
bukak.
“hurmmm.. aku kerja kat Singapore sekarang, ada kontrak 3
tahun kat sana.. tinggal lagi dua tahun.. tak sabar aku nak balik kat sini..kau
pulak ?”
Rayyan tersengih.
“aku biasalah.. bisnes papa aku tu.. nak wariskan kat
sapa lagi.. tapi aku ada buka syarikat sendiri juga.. yerlah.. bisnes papa aku
tu.. bukan jiwa aku..kau dah kahwin ker ?”
Haikal tertawa.. Kahwin ? nak kahwin dengan siapa kalau
kekasih hati pun dah kena kebas dengan orang ? Haikal hanya mengelengkan
kepalanya.
“kau ?”
Rayyan tersengih… sambil menganggukkan kepalanya. Dia
tidak mungkin mahu mengaku bujang.
“wooaaa… siapa yang berjaya menawan buaya Sir Richard nie
?”
Rayyan tertawa. Pandailah Haikal mahu mengenakannya.
Padahal mereka sama sahaja. sama-sama menjadi rebutan warga Sri Bistari sebuah
sekolah menengah perempuan yang tidak jauh dari sekolah mereka.
“adalah.. orang biasa jer..”
Rayyan terbayang wajah Hannah yang memang seperti biasa
namun sebenarnya memang luar biasa. Ahh.. Hannah.. rasa terlalu lama pula dia
tidak melihat wajah isterinya itu. Ada rasa rindu yang mencengkam hatinya.
Sedangkan dia harus melupakan segala-galanya. Mampukah dia ?
“elehh.. biasa konon.. macam aku tak tahu kau punya
selera macam mana ? siapa dia ? model ?”
Haikal bertanya. Tahu sangat dengan citarasa Rayyan yang
memang morden. Mestilah isterinya juga tahap-tahap perempuan morden juga.
Rayyan hanya tersengih. Model ? yaa.. Hannah model dihati dan matanya. Hannah
tidak perlu menjadi model untuk menawan hatinya. Hannah miliknya yang abadi.
Dia tidak sanggup berkongsi segala yang ada pada Hannah dengan orang lain.
Tidak.. dia tidak sanggup.
No comments:
Post a Comment