Sunday, 8 September 2013

Hanya Untuk Sekali Lagi...

Bab 3
            Eman memandang wajahnya yang sudah siap disolek cantik oleh jurusolek yang diupah oleh Uminya. Dia tahu segala persiapan perkahwinannya adalah diaturkan dan disediakan oleh Uminya. Mengenangkan itu sebenarnya dia rasa amat bahagia. Uminya bagaikan jelmaan arwah ibunya. Kasih sayang Uminya membuatkan dia melupakan segala kesedihan yang telah dia lalui selama ini. Benarlah kasih seorang ibu itu mampu membuatkan hidup anaknya bahagia walaupun sudah lama mengatur derita.
            Pelukkan kasih seorang ibu itu mampu membalut segala kelukaan yang telah melukai hati dan perasaan seorang anak. Begitu kuat sekali peranan seorang ibu yang mampu membuatkan anaknya mampu bahagia berkali-kali. Sama seperti Eman yang mampu tersenyum bahagia dihari yang bakal mengubah status hidupnya. Walaupun sebenarnya dia langsung tidak pernah terlintas atau terfikir akan mengakhiri zaman bujangnya dengan mana-mana lelaki selepas kehilangan Rafiq.
            Rasanya hingga saat ini dia masih belum mampu membuka pintu hatinya untuk mana-mana lelaki walaupun dalam masa kurang sejam lagi dia bakal menyandang gelaran seorang isteri. Mengenangkan itu Eman memang rasa sesak sendiri. Tambahan pula bila terkenangkan lelaki yang bersuara sinis dan juga menempelaknya malam tadi. Semuanya membuatkan dia sebenarnya kurang yakin kalau lelaki itu akan muncul pagi ini. Namun jauh didasar hatinya memang mengharapkan kemunculan lelaki itu.
            Tidak kisahlah kalau hanya untuk sehari sahaja ikatan pernikahan ini, namun yang penting lelaki itu harus muncul dan menikahi dirinya. Semuanya demi maruah keluarganya dan juga demi masa depan dirinya juga. Dia tidak mahu jika pernikahan ini tidak terjadi permusuhan antara neneknya dengan papanya pula yang akan terjadi. Mengingatkan itu Eman jadi gelisah sendiri.
            “Assalamualaikum…”
            Suara memberi salam dimuka pintu membuatkan Eman melarikan matanya dari muka cermin. Lebar senyumannya melihat seraut wajah yang tersenyum manis dimuka pintu. Tambah lebar melihat dua orang kanak-kanak comel yang berada disamping gadis itu.
            “Haa.. tak mau nangis… rosak make-up akak yang dah vogue der amor tu nanti..” Cepat sahaja Irdina menegur kakak angkatnya yang memang amat disayanginya itu. Eman hanya tersengih sambil mengerdipkan matanya beberapakali. Benar.. matanya sudah panas dan dia yakin memang kolam matanya akan banjir.
            “Cantiknya mummy Eman…” Petah sahaja bicara Rafiqi Adly yang berusia 5 tahun itu. Malah pipi Eman tidak lepas dari ciuman dari bibir monggel itu. Berebut-rebut Atiqa Auni yang berusia 3 tahun itu mahu mencium pipi gebu Mummy Emannya.
            “Heyy.. tak mahu gaduh-gaduh.. tadi dah promise tak boleh nakal-nakal kat rumah Mummy Eman kan ?..” Cepat sahaja Irdina menegur kanak-kanak yang memang menjadi kesayangan kakak angkatnya itu.
            “Okey.. kita ambil gambar..Fiqi dan Auni cium pipi Mummy Eman.. Mama Dina ambil gambar.. okey..”. Irdina mengeluarkan cameranya dan mengambil gambar yang dirasakan paling ceria itu. Senyuman Rafiqi dan Senyuman Auni yang nampak bahagia sama lebarnya dengan senyuman Eman.
            Banyak gambar kenangan yang dia ambil sebelum dia terpaksa berhenti bila sahaja ada beberapa orang yang masuk kedalam bilik pengantin mengatakan majlis pernikahan akan bermula dan meminta pengantin perempuan turun kebawah. Irdina memegang jemari Rafiqi dan Auni untuk turun kebawah. Dia harus mengawal kanak-kanak yang memang langsung tidak mampu dipisahkan dari Eman itu. Dia takut jika kehadiran kedua-dua kanak-kanak itu akan merosakkan majlis Eman.
            Memang Eman sudah merayu kepadanya agar membawa kanak-kanak itu datang kemajlis pernikahan kakak angkatnya itu. Namun memikirkan kanak-kanak yang terlalu manja dengan Eman itu mungkin akan menganggu majlis Eman membuatkan dia rasa berat hati. Namun sokongan dari emaknya membuatkan dia menguatkan hatinya membawa kedua-dua anak kecil itu datang menemui Eman. Dia tahu Eman amat menyayangi kedua-dua anak-anak itu. Irdina membawa Rafiqi dan Auni kedalam khemah yang sudah disediakan. Dia mahu menyuap kanak-kanak itu makan dahulu.
            “Nak makan dengan Mummy Eman..”. Tiba-tiba sahaja Rafiqi menunjukkan kedegilan. Malah kanak-kanak itu mahu masuk kembali kedalam rumah dan mendapatkan Eman.
            “Tak boleh sayang.. Mummy Eman sibuk.. nanti dia datang jumpa Fiqi lagi ok..” Irdina memujuk.
            “Yer lah Abang.. kan Mummy Eman dah cantik-cantik nak tangkap gambar.. tadi dah tangkap gambar dengan kita.. dia nak tangkap gambar dengan orang lain pulak kan mama Dina..”. Petah sahaja Auni menjawab membuatkan Rafiqi terdiam. Mungkin bersetuju dengan pandangan adiknya itu.
            “kita makan dahulu nak ?.. Mama Dina suapkan ?”. Irdina rasa bersyukur kerana kedua-dua kanak-kanak itu nampaknya masih boleh dikawal. Irdina meletakkan kanak-kanak itu dimeja yang agak hujung. Malas mahu bersempit-sempit melihat majlis pernikahan itu. Namun didalam hatinya dia bersyukur jika kakak angkatnya itu mahu memulakan kembali sebuah perhubungan dengan seorang lelaki selepas apa yang berlaku 5 tahun yang lalu.
            Leka menyuapkan makanan kepada Auni dan Rafiqi langsung Irdina tidak sedar perbuatannya disaksikan dengan leka oleh sepasang mata. Sejak tadi Ammar begitu tertarik sekali melihat seorang gadis yang dia yakin sangat masih muda melayani dua orang anak yang kelihatan agak aktif. Namun gadis itu masih mampu melayani dan mengendalikan kedua-dua kanak-kanak yang comel dan menghiburkan itu. Cepat sahaja Ammar mencapai dua punjut gula-gula yang sudah dihias cantik yang memang dikhaskan untuk tetamu kanak-kanak.
            Dengan perlahan dia mendekati kanak-kanak dan gadis itu yang sedang berbual sesame sendiri sambil menikmati makanan.
            “Assalamualaikum.. this for hensem boy,, and beautiful girl..”. Ammar menghulurkan bekas gula-gula yang comel itu kepada kanak-kanak itu. Mereka menyambutnya dengan gembira.
            “oowwhh.. I lupa pula nak ambil untuk awak..”. Ammar benar-benar terlupa mahu mengambil kotak cenderahati untuk gadis itu. Terlalu teruja mahu menegur hingga lupa kepada gadis itu.
            “oowhh.. tak apa.. En. Ammar.. nanti kak Eman mesti bagi..”. Cepat sahaja Irdina menjawab. Tak sangka pula adik kakak angkatnya itu mahu menegur dirinya. Ammar terkejut bila gadis itu mengenali dirinya.
            “eer.. awak kenal dengan saya ker ?”. Ammar memerhatikan gadis yang berseledang merah jambu yang digayakan dengan lilitan terkini itu. Wajah yang boleh dikatakan agak cantik juga malah kian cantik dengan senyuman yang manis.
            “Owwwhh.. saya kenal dengan En. Ammar.. saya rakan sekerja Kak Eman..”. Irdina memperkenalkan dirinya. Memang dia hanya mengenali adik kakak angkatnya itu melalui gambar sahaja. mereka memang belum berkenalan secara bertemu atau lebih bagusnya belum berkenalan secara rasmi. Ammar tertawa mendengar kata-kata Irdina. Tidak menyangka pula gadis itu boleh mengetahui yang dirinya adalah Ammar. Sedangkan ramai yang keliru antara dirinya dan juga Ammer kembar seirasnya itu. Terbit perasaan mahu mengusik dihati Ammar.
            “Owwhh.. awak yakin ker saya nie Ammar ? Bukan Ammer ?.. “ Ammar sengaja menduga gadis itu. Ternyata soalannya itu membuatkan gadis dihadapannya itu agak terkejut.
            “Emm.. saya tak tahu kenapa.. walaupun memang kita tak pernah berkenalan secara rasmi.. tapi saya sangat yakin yang Encik ni adalah En. Ammar.. sorry kalau saya tersilap.. sebab kak Eman kata Encik berdua memang kembar seiras”.  Tenang sahaja Irdina menerangkan. Dia hanya mengikut gerak hatinya. Entah kenapa dia rasa yakin lelaki yang dihadapannya ini adalah Ammar.
            Ammar tertawa mendengar kata-kata yang agak berkeyakinan dari mulut gadis itu. Dan memang jauh didasar hatinya rasakan sesuatu bila menentang mata bulat gadis itu. Ammar sekali lagi mengangguk-anggukkan kepalanya. Mungkin benar kata orang, gerak hati kadangkala memang boleh dikuti.
            “ok.. saya terima alasan awak tu.. saya Zarith Ammar.. kita berkenalan secara rasmi sekarang nie..”. Ammar menundukkan sedikit kepalanya tanda perkenalan. Irdina tersenyum senang. Tak sangka dia boleh meneka kembar seiras itu dengan tepat. Kalau kakak angkatnya tahu pasti dia akan dijadikan bahan.
            “Saya Irdina Safiya Binti Safuddin.. “. Irdina juga menundukkan kepalanya mengikut gaya Ammar. Akhirnya mereka tertawa bersama. Melopong kedua-dua kanak-kanak itu melihat aksi mereka. Irdina menutup mulutnya, malu dengan sikap sendiri.
            “so.. ?? yang comel dan hensemnya nie sapa nama ?” Ammar menundukkan tubuhnya sedikit dan mendekati Riqi yang asyik memandangnya.
            “Ini Rafiqi Adli B. Rafiq.. dan ini Atiqa Auni Binti Anuar…Fiqi.. Auni.. salam Uncle Ammar.. Uncle Ammar.. adik Mummy Eman..”. Irdina menerangkan kepada kedua-dua kanak-kanak itu. Rafiqi dan Auni terus tersenyum dan menghulurkan tangan bila dirasakan lelaki yang datang menegur mereka itu adalah orang yang boleh dipercayai. Mereka sudah diajar agar jangan mudah bermesra dengan orang yang tidak dikenali dan tidak dipercayai.
            “Uncle Ammar.. boleh bawa Riqi masuk ?.. Riqi nak jumpa Mummy Eman..” Rafiqi sudah mengengam jemari Ammar membuatkan Ammar agak terkejut. Rayuan kanak-kanak itu meruntun jiwanya. Entah kenapa dia rasakan kanak-kanak itu amat istimewa buat kakaknya.
            “Fiqi.. kan  Mama Dina cakap.. sekejab lagi kita jumpa Mummy Eman.. sekarang tak boleh.. Mummy Eman sibuk.. sayang..”. Irdina cuba memujuk Rafiqi. Hatinya sudah resah bila merasakan Rafiqi mula menunjukkan sikap degilnya.
            “Kenapa tak bawa masuk ?.. “ Ammar bertanya hairan melihat Irdina seperti resah sahaja mahu menunaikan permintaan Rafiqi.
            “Err.. tak apalah.. nanti selesai acara akad nikah tu.. saya bawa dia jumpa Kak Eman.. saya takut dia merosakkan majlis itu nanti..”. Irdina menerangkan. Tidak mustahil kalau Rafiqi akan membuat gempar dimajlis itu dengan melarang sesiapa sahaja yang mahu mendekati Mummy Emannya. Pastinya keadaan itu akan membuatkan majlis itu huru hara. Tambahan pula pasti ada yang memandang serong dengan Eman bila kewujudan Rafiqi bakal menyukarkan majlis pernikahan yang akan berlangsung.
            Ammar rasa tidak puas hati dengan penjelasan Irdina. Dia mendukung tubuh Rafiqi dan mahu membawanya masuk kedalam rumah. Dia tahu didalam rumah berlangsungnya acara pernikahan antara kakaknya dengan abang iparnya.
            “No.. Ammar.. stop..” Cepat sahaja Irdina menarik lengan Ammar membuatkan kedua-duanya terkelu sendiri. Cepat-cepat Irdina melepaskan pautan tangannya. Dia rasa malu dengan tindakkannya.
            “Please.. don’t.. “ Irdina bersuara rendah. Matanya rasa panas mahu menahan tangis. Entah kenapa dia benar-benar rasa takut untuk menghadapi kenyataan itu. Ammar terpaku melihat wajah sendu Irdina. Cepat sahaja dia membawa Irdina dan kedua-dua kanak-kanak itu masuk keruang belakang yang memang sudah tersedia taman permainan dan juga kolam renang. Dia tahu pasti ada sesuatu yang dirahsiakan oleh gadis itu bila melihat reaksi yang begitu dari Irdina.
            Melihat ada taman permainan cepat sahaja kedua-dua kanak-kanak itu bermain sesama sendiri. Irdina duduk diruang rehat yang memang ada disediakan disudut halaman belakang rumah banglo mewah itu. Dia langsung tidak tahu ada ruang taman yang cantik dibelakang rumah itu. Kalau tidak pasti dia akan membawa Rafiqi dan Auni kesini sejak tadi.
            “So.. ada apa-apa yang saya perlu tahu ?”. Ammar duduk dikerusi. Berhadapan dengan Irdina. Irdina melepaskan keluhan. Rasanya dia tidak mampu melarikan diri sekarang ini. Pasti sahaja dia perlu menerangkan tentang Rafiqi kepada Ammar. Tentu sahaja dia memerlukan Ammar untuk membantunya membawa Rafiqi kepada Eman tanpa diketahui oleh keluarga Eman, terutama sekali Datuk Emran.
            “Rafiqi .. anak abang Rafiq..” Irdina bersuara perlahan. Namun mampu didengar oleh Ammar. Bulat matanya mendengar kenyataan itu. Pantas dia menoleh kearah Rafiqi yang kelihatan gembira bermain papan gelongsor. Patut lah dia seperti pernah lihat wajah itu. Ya.. wajah seorang lelaki yang pernah menjadi kekasih hati dan juga tunangan kakaknya Eman.
            Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya. Lantas merenung wajah gadis dihadapannya itu.

            “So.. u adalah adik abang Rafiq kan ?..Irdina Safiyya atau lebih senang dengan panggilan Intan ?”. Ammar bersuara membuatkan jantung Irdina bergetar. Panggilan Intan itu sudah lama dia tidak gunakan. Panggilan yang diberikan oleh abang kesayangannya dan juga panggilan yang tidak akan digunakan lagi bila sahaja jasad abang kesayangannya masuk keliang lahat.

Hanya Untuk Sekali Lagi...

Bab 2
            Rayyan mendengus marah, sakit hatinya mengenangkan perempuan yang bakal menjadi isterinya hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi. huhh.. perempuan sakit jiwa !!.. memang mahu sahaja dia memaki hamun perempuan yang telah merosakkan kehidupannya itu. Langsung dia tidak menyangka keluarganya sanggup memerangkap dirinya hingga jadi begini. Kalaupun mahu merapatkan hubungan kekeluargaan. Kenapa mesti dia yang menjadi mangsa ? sakit hati dengan keluarganya.. tambah sakit hatinya bila perempuan yang bakal menjadi isterinya itu juga menyakitkan hatinya.
            Puas dia menahan sabar bila keluarganya tidak sudah-sudah mahu dia meneruskan majlis perkahwinan yang sebenarnya untuk adik lelakinya. Memang langsung dia tidak menduga jika nasib adiknya itu begitu malang. Ditinggalkan tunang bila majlis pernikahan hanya tinggal seminggu sahaja lagi. gila agaknya keluarganya masih mahu meneruskan majlis kalau dah pengantinnya tiada. Tambah membuatkan dia rasa mahu sahaja mengamuk bila dia hanya diberitahu tentang apa yang terjadi petang tadi. Sedangkan esok pagi dia bakal akan berjabat tangan dengan tok kadi untuk menjadi seorang suami.
            Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia menghilangkan diri seperti adiknya juga. Namun dia tahu sampai bila dia mahu melukakan hati keluarganya. Apa yang terjadi kepada adiknya itu pernah juga terjadi kepadanya. Namun nasibnya lebih buruk lagi bila majlis yang sepatutnya menjadi majlis pernikahannya menjadi majlis tahlil. Mana mungkin dia mampu menerima sesiapa sahaja untuk menjadi isterinya jika hatinya sudah tidak pernah ada pada mana-mana perempuan. Baginya kematian Nurul Syuhada telah membawa juga seluruh kehidupannya.
            Ketukan dimuka pintu membuatkan Rayyan mematikan lamunannya. Dengan malas dia menuju kemuka pintu dan membukanya. Kelihatan wajah sayu Bonda dimuka pintu. Datin Sri Raihana terus memasuki bilik anak sulungnya itu. Rayyan hanya membiarkan sahaja. dia tahu Bondanya itu memang mahu bercakap dengannya sejak tadi lagi namun dia yang langsung tidak memberikan peluang. Namun melihat wajah sendu itu membuatkan Rayyan rasa sayu.
            Selama ini dia hanya mengeraskan hatinya dan memekakkan telinganya dengan rintihan Bondanya. Apa yang terjadi 3 tahun lalu benar-benar membuatkan dia menjadi anak yang langsung tidak pernah mengambil tahu hal keluarga. Kejamnya dia bila menyeksa perasaan seorang ibu yang selama ini memberikan sepenuh kasih sayang kepadanya.
            “Boleh Bonda cakap dengan Along sekejab ?” Berhati-hati Puan Sri Raihana menuturkan kata. Sebenarnya dia juga agak kesal dengan apa yang telah dirancangkan. Namun demi masa depan anak sulung kesayangannya ini dia harus menguatkan semangatnya. Walaupun bunyinya agak kejam, namun dia yakin.. semua yang terjadi ada hikmahnya.
            Puan Sri Raihana memerhatikan wajah kacak dan tampan anak sulungnya yang berserabut dengan janggut yang meliar. Dia tahu dulu anak sulungnya ini amat menjaga penampilannya. Amat kemas dan bergaya, namun bila peristiwa malang itu berlaku, anaknya sudah hilang identiti diri. Sudah menjadi seorang anak yang pendiam dan langsung tidak pernah kisah tentang dirinya dan juga keluarganya. Dulu Rayyan tidak begitu. Anak itu amat bertanggungjawab dan juga agak manja dengannya.
            Puan Sri Raihana memeluk tubuh kekar itu. Tangisannya meruntun perasaan Rayyan. Ego dan kemarahannya yang tadi tinggi menggunung kini hancur berkecai. Tangisan seorang ibu benar-benar membuatkan dia tersedar betapa selama ini terlalu banyak tangisan yang sudah dia ciptakan hanya kerana menurut perasaannya. Dia bagaikan tidak menerima takdir tuhan.. Ya Allah.. kejamnya manusia yang bernama Rayyan ini.
            Tubuh langsing ibunya dipeluk. Terlerai segala kerinduaan yang selama ini dia telah buang jauh-jauh. Runtuh segala tembok keegoan didalam hatinya yang kononnya mahu menjadi seorang yang kuat dan buta hati. Puan Sri Raihana mengucapkan syukur. Dia tahu Rayyan seorang yang amat penyayang. Dia tahu anak sulungnya ini memang tidak akan mengecewakan dirinya.
            “Bonda minta maaf.. Bonda benar-benar minta maaf.. Along..”. Puan Sri Raihana sudah mengogoi dengan tangisan yang kian menyesakkan dadanya. Benar dia rasa amat berdosa sekarang. Memaksa anaknya melakukan sesuatu yang mampu merubah masa depan anaknya. Memaksa anaknya melakukan sebuah pengorbanan yang bukan sedikit malah melibatkan kehidupan anaknya.
            “It’s ok Bonda.. Along yang patut minta maaf dengan bonda.. ampunkan Along.. maafkan Along..” Rayyan mencium tangan puan sri Raihana. Dia tahu dia yang seharusnya merendahkan egonya demi maruah keluarganya. Dia sebagai anak yang harus berkorban untuk keluarganya. Apalah sangat pengorbanan yang dia lakukan jika mahu dibandingkan dengan pengorbanan seorang wanita yang bergelar Bonda. Terlalu banyak dan tidak mungkin akan terbalas hingga nafas yang terakhir.
            “Bonda yakin.. Eman amat sesuai dengan Along.. dia gadis yang baik.. Along kenal dulu hati budinya.. Bonda yakin.. dia boleh membahagiakan Along..”. Puan Sri Raihana mengelus lembut lengan anak lelakinya itu. Rayyan melepaskan keluhan.
            “Esok Along dah nak nikah dengan perempuan tu Bonda.. bila masanya Along nak kenal hati budinya ?.. “. Rayyan teringat kemarahan gadis yang ditelefonnya sebentar tadi. Dia tahu gadis itu marah.. namun.. kalau mahu diukur kemarahan antara mereka rasanya dia yang sepatutnya lebih marah. Dia rasa ditipu dan diperangkap untuk memusnahkan masa depannya.
            “Tak apa.. lepas jadi isteri Along pun boleh kenal hati budi dia.. rasanya itu lebih baikkan ? macam Bonda dengan Baba dulu.. Bonda kenal Baba dimalam pertama Bonda.. dan Bonda dan Baba bahagia hingga saat ini.. malah.. Bonda jatuh cinta pertama kali Bonda mengenali Baba.. dan hingga saat ini Bonda sering jatuh cinta dengan Baba..”. Puan Sri Raihana mengatakan apa yang memang sebenarnya dia rasakan.
            Dia memang langsung tidak mengenali bakal suaminya. Malah disepanjang waktu pertunangan juga dia langsung tidak pernah berhubung dengan bakal suaminya. Dia hanya berkenalan dan mengenali suaminya selepas sah mereka diijab qabulkan. Semuanya diaturkan oleh pihak keluarga dan dia amat bersyukur kerana dia mendapat seorang suami seperti Tan Sri Syed Afzar Syah.
            “Bonda… itu zaman Bonda.. zaman tak ada teknologi.. Zaman tak ada FB.. mana nak sama dengan zaman sekarang.. mana ada orang berkahwin tanpa berkenalan dulu..than kalau tak berkenan ? boleh bercerai ? macam tu ?”. Rayyan masih berdegil. Baginya zaman sekarang mana ada istilah perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga. Sekarang semuanya mengikut pilihan sendiri. Malah kalaupun keluarga tidak merestui, ramai yang mengambil jalan mudah dengan bernikah diluar daerah. Apa yang penting adalah keserasian.. kalau tak serasi.. macam mana nak kekal ? macam mana nak bahagia ?
            “Along… kebahagian dan keserasian.. adalah bertitik tolak dari diri kita.. kita yang seharusnya mencari keserasian itu.. kita juga yang seharusnya mencari kebahagiaan itu.. mana boleh kebahagiaan dan keserasian itu akan wujud sendiri kalau kita tidak berusaha untuk mengapainya..?.. macam Bonda dan Baba dulu.. kami masing-masing mencari kelemahan sendiri untuk diperbaiki.. bukan mencari kelemahan pasangan kita untuk dikesali dan untuk dijadikan alasan tidak serasi..”. Puan Sri Raihana memujuk.
            “Tapi Bonda..”
            “Along… look.. Bonda kenal sangat dengan Eman.. dan hati Bonda yakin Eman sesuai dengan Along.. Bonda juga sangat kenal dengan Along.. salahkah Bonda merasa yakin dengan naluri Bonda dengan jodoh ini ? salahkah naluri Bonda mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya ?”. Puan Sri Raihana terus menekan Rayyan. Membuatkan Rayyan terdiam. Tidak ada guna kalau dia terus bertelagah dengan Bondanya. Malah dia yakin.. walaubagaimana sekali pun.. dia harus juga menikahi perempuan itu esok pagi. Itu memang tidak mungkin akan dia dapat elakkan walau macam mana dia mahu menolak. Kecuali kalau adiknya Aidil Raqib muncul dibanglo mewah ini malam ini atau pagi esok. Atau semasa majlis pernikahan itu berlangsung. Waktu itu tempatnya mungkin boleh digantikan dengan adiknya. Namun dia tahu sangat untuk kejadian itu berlaku adalah tidak mungkin sama sekali.
            “Sudah.. jangan fikirkan sangat.. Bonda hanya akan menyediakan yang terbaik sahaja untuk anak-anak Bonda.. dan.. Along ingat Bonda tak ada taste ker untuk menantu Bonda.. Along pun kenal Bonda macam mana kan ? Bonda tak akan terima mana-mana perempuan yang tidak mencapai taste Bonda untuk jadi menantu Bonda..” Puan Sri Raihana mengusik anak sulungnya itu membuatkan Rayyan tersengih. Memang apa yang dikatakan oleh Bondanya itu benar belaka.
            Memang Bondanya tidak akan menerima sebarangan perempuan untuk dijadikan menantunya. Semuanya mesti melepasi apa sahaja yang Bondanya gariskan. Malah bukan senang sebenarnya mahu membuatkan Bondanya menerima mana-mana perempuan untuk dijadikan menantunya. Taste Bondanya memang agak tinggi. Bagi Bondanya.. dia mahukan apa sahaja yang terbaik untuk anak-anaknya. Hurrmm.. mengingatkan itu rasa teringin pula mengenali bakal isterinya. Nampaknya bakal isterinya itu bukan calang-calang orangnya. Kalau tidak tidaklah boleh menjadi bakal menantu Puan Sri Raihana Ray Abdullah.
            “Bonda…”. Langkah Puan Sri Raihana terhenti dimuka pintu. Pantas dia memandang wajah anak sulungnya yang kelihatan agak gelisah dan serba salah.
            “Kenapa ?.. tak sabar mahu lihat bakal isteri ?.. sabar sayang.. tak lama sahaja lagi.. now.. lebih baik Along berehat dan tenangkan fikiran.. tak lari kemananya bakal menantu Bonda tu..”. Bagaikan mengetahui apa yang difikirkan oleh anak lelakinya bijak sahaja Puan Sri Raihana mengusik anak lelakinya itu. Rayyan hanya tersengih dan mengaru-garu belakang lehernya. Tahu sangat Bondanya memang bijak mengetahui tentang apa sahaja yang tersirat didalam hati anak-anaknya. Agaknya begitu kuat sekali naluri seorang wanita yang bergelar Bonda ?. Rayyan hanya memandang tubuh Bondanya menghilang dari pintu biliknya. Perlahan-lahan dia melepaskan keluhan. Mungkin apa yang telah dan bakal berlaku adalah yang sudah memang ditakdirkan untuknya. Siapalah dia seorang hambaNYA yang hina yang mahu menolak apa sahaja yang sudah tertulis untuk dirinya.
            “Macam mana dengan Rayyan ?”. Teguran Tan Sri Azfar membuatkan senyuman Puan Sri Raihana meleret-leret. Melihat senyuman itu membuatkan Tan Sri Afzar tertawa sendiri. Kalau dah tersenyum manis begitu tentu sahaja isterinya itu berjaya memujuk anak sulung mereka. Terus sahaja Tan Sri Afzar memeluk tubuh isterinya yang kekal langsing walaupun sudah berusia 50 tahun. Malah dia merasakan isterinya kian berseri-seri dan kian memikat hatinya dari sehari kesehari.
            “I know your are wonderfull women.. and I’m pround when I’m your husband..”. Tan Sri Afzar mengucup lembut dahi licin isterinya membuatkan Puan Sri Raihana tertawa gembira. Suaminya memang seorang yang romantic dan dia juga amat berbangga menjadi isteri lelaki hebat seperti suaminya itu.
            “Rai wanita hebat.. sebab abang lelaki paling hebat.. “ Puan Sri Raihana menyandarkan kepalanya didada suaminya.
            “Rai juga berdoa semoga.. anak-anak kita mendapat pasangan yang sama hebatnya dengan kita..”. Puan Sri Raihana bersuara dalam sendu. Tidak dinafikan dia juga amat risau memikirkan masa depan anak-anaknya.
            “InsyaAllah.. sebuah rumahtangga yang mendapat restu ibubapa.. akan direstui Allah.. dan sebuah rumahtangga yang direstui Allah.. akan mendapat hidayah dan petunjukNYA.. jangan berhenti untuk mendoakan kebahagian anak-anak kita.. kerana Doa kita akan membuatkan perjalanan hidup anak-anak kita diredhai Allah..”. Ucapan Tan Sri Afzar membuatkan Puan Sri Raihana rasa lebih tenang.

            “So sekarang.. kita kena rehat.. bukan hanya pengantin yang kena dapatkan rehat yang cukup.. ibubapa pengantin juga harus mendapat rehat yang cukup.. esok banyak tenaga yang harus kita gunakan.. huruhara majlis kalau ibubapa pengantin yang tumbang sebab tak cukup rehat..”. Tan Sri Afzar mengusik isterinya membuatkan Puan Sri Raihana menepuk manja lengan suaminya. Tahu sangat kalau suaminya ini memang amat gemar mengusik dirinya dan usikkan itu menjadikan dirinya kian bahagia.

Hanya Untuk Sekali Lagi...

Bab 1
            Eman Felisya memandang biliknya yang nampak berseri dengan hiasan yang dibuat sendiri oleh Uminya. Begitu teruja sekali dia memandang hasil tangan Uminya itu, malah dia benar-benar rasa terharu dengan apa yang telah dilakukan oleh wanita itu. Selama 23 tahun dia mendambakan kasih sayang dari seorang wanita yang bergelar Umi dan dia hanya dapat merasainya sekarang ini. Sungguh.. dia langsung tidak menduga sebegini berat pengorbanan yang harus dia lakukan hanya untuk meraih kasih sayang Uminya. Baru sebentar tadi tubuhnya dipeluk dengan penuh kasih sayang oleh seorang wanita yang sudah pun bergelar Uminya sejak 23 tahun yang lalu.
            “Effy… terima kasih… maafkan Umi… maafkan segala perbuatan Umi sebelum ini.. Umi tahu.. Umi bersikap kejam dengan Effy.. maafkan Umi.. maafkan Umi..”
            Masih tergiang-ngiang lagi betapa sedihnya Datin Zalikha sewaktu memeluk tubuhnya. Basah bahunya dengan tangisan wanita yang selama ini langsung tidak pernah menunjukkan wajah manis kepadanya. Membuatkan Eman Felisya mahu sahaja membuat sujud syukur ditengah-tengah halaman rumah banglo mewah ini.
            Berbaloikah apa yang dia lakukan ini ? Eman langsung tidak punyai jawapan. Namun melihat wajah gembira keluarganya bila dia menerima sahaja cadangan Papanya membuatkan dia redha. Mungkin ini yang sudah tertulis untuknya. Mungkin ini adalah permulaan kehidupan bahagianya. Eman melepaskan nafas. Mahu berjanji didalam dirinya bahawa apa sahaja yang terjadi selepas ini adalah atas pilihannya. Pilihan yang dia buat sendiri untuk menyelamatkan maruah banyak pihak.
            “Tak tidur lagi ?.. awak tu esok dah nak nikah.. nanti mata bengkak.. haa.. dah tak cantik..”. Teguran Mak Kiah mengejutkan lamunan Eman. Pantas dia menoleh dan memberikan senyuman kepada wanita awal 50-an yang sudah menjadi pembantu rumah papanya sejak dari dahulu lagi. tubuh gempal wanita itu memasuki biliknya dan meletakkan beberapa barangan diatas katil yang sudah tersusun barang-barang hantaran untuk majlis pernikahannya esok. Kebanyakkan hantaran itu digubah sendiri oleh Uminya. Langsung dia tidak mengetahui sebenarnya Umi mempunyai bakat dalam mengubah hantaran. Hasil kerjatangan Umi memang amat membanggakan.
            “Kenapa ?.. berdebar yer ?.. “. Mak Kiah mendekati gadis yang asyik memerhatikannya itu. Anak majikannya yang memang amat manja dengannya suatu waktu dulu. Namun sejak Eman mengikut keluarga Hajah Anum, dia sudah jarang mahu memanjakan gadis itu. Rambut ikal yang hampir mencecah pinggang itu dielus mesra. Eman hanya tersenyum mendengar kata-kata Mak Kiah.
            Berdebar ?.. memang perasaan itu ada. Namun waktu ini bukan itu yang dia fikirkan. Entah kenapa malam ini perasaannya amat merindui arwah ibunya. Ya.. arwah ibunya yang sudah 23 tahun meninggalkan didunia ini. Dalam usia 4 tahun dia sudah kehilangan ibunya. Namun hingga saat ini wajah itu memang sentiasa ada dimatanya. Wajah ibu yang sentiasa manis dengan senyuman. Wajah ibu yang langsung tidak pernah menunjukkan riak kesakitan walaupun tubuhnya dimamah dengan barah yang memang amat menyeksakan. Mengenangkan itu Eman rasa begitu mulianya seorang ibu dalam menyenangkan hati anaknya. Tidak mahu anaknya mengetahui penderitaan ibunya.
            “Tak adalah Mak Kiah.. Mak Kiah pergilah rehat.. dari semalam Mak Kiah sibuk sangat.. “. Eman membalas lembut. Memang pembantu rumahnya ini kelihatan begitu sibuk menyiapkan persiapan perkahwinannya. Walaupun sebenarnya hanyalah majlis kecil sahaja, namun untuk menguruskan sebuah majlis kecil dirumah mewah papanya memang memerlukan tenaga yang banyak. Semua bahagian rumah banglo papanya mahu dihias cantik.
            Kalau ikutkan Eman dia lebih suka mengadakan majlis pernikahan dimasjid sahaja dan sedikit jamuan dirumah papanya. Itu barulah majlis ringkas. Namun siapa yang tidak kenal Datuk Emran. Pasti sahaja lelaki korporat itu amat mementingkan kesempurnaan dalam majlis pernikahan anak sulungnya. Sebagai anak Eman hanya menurut. Dia tahu apa sahaja yang dimahukan oleh papanya memang tidak ada sesiapa yang mampu membantahnya.
            “Mak Kiah.. Nek Da dah tidur ker ?”. Eman baru perasankan nenek kesayangannya yang baru sahaja sampai dari kampung waktu maghrib tadi. Neneknya hanya mendiamkan diri sahaja sewaktu mereka makan tadi. Dengan alasan penat neneknya sudah mengurungkan diri didalam bilik. Eman tahu neneknya terpaksa datang kerumah ini. Hanya kerana sangat menyayangi dirinya neneknya sanggup menjejakkan kaki dirumah papanya ini.
            “Tak tahulah.. sudah rasanya.. Nek Da nampak penat sangat.. dah lama Nek Da tak berjalan jauh.. tentulah penat.. tambahan pula 3 jam dalam kereta..tak apalah.. Mak Kiah keluar dulu.. Ingat.. Effy kena tidur..”. Mak Kiah menjawab. Dia bangun dan mahu keluar dari bilik anak majikannya itu.
            “Yerlah..Assalamualaikum Mak Kiah..”. Eman terus menutup pintu biliknya. Dia mencapai tuala untuk mandi. Kalau neneknya tahu dia mandi lewat malam tentu panjang leteran wanita itu. Namun Eman tidak selesa kalau tidak mandi sebelum tidur. Sudah terbiasa agaknya.
            Keluar dari bilik mandi Eman menyarungkan baju tidur kaftan kain kapas warna biru cair. Dia memang selesa dengan baju tidur begitu. Kalau orang lain suka dengan pajama tidak buat Eman. Dia selesa dengan baju tidur ‘kelawar’ kata neneknya. Eman mencapai telefon yang terletak diatas meja soleknya. Terkejut dia bila melihat 10 miss call dari no yang tidak dikenalinya. Belum sempat dia mendail semula telefonnya berbunyi lagi dan dari nombor yang sama. Cepat-cepat Eman menakan butang ‘answer’.
            “Dah tidur ker ?”
            Eman mengerutkan wajahnya. Suara yang agak kasar yang bagaikan menempelak dirinya itu membuatkan dia berfikir. Siapa pula yang menelefonnya. Dia menjeling jam didinding biliknya. Sudah hampir pukul 12tgh malam.
            “Assalamualaikum.. siapa nie ?”
            Walaupun agak ragu-ragu Eman memberi juga salam dan bertanyakan tentang siapa yang menelefonnya. Terdengar jawapan salam dari si pemanggil. Walaupun diiringi dengan dengusan nafas yang agak kasar.
            “Nie aku..”
            Sekali lagi Eman mengerutkan dahinya. Aku ?.. siapa aku ?
            “Akulah… Rayyan..”
            Bagaikan tahu Eman masih tidak mengenali dirinya cepat sahaja si pemanggil memperkenalkan dirinya.
            “Rayyan ?.. “ Eman masih blurr.. Rayyan mana pulak telefon dia malam-malam nie ?
            “Kau tak kenal Rayyan ?”. kasar sahaja suara lelaki ditalian yang bagaikan tidak berpuashati kerana Eman tidak mengenalinya. Entah kenapa Eman mencebik sakit hati. Jengkel dengan suara kasar lelaki ditalian itu. Macam glamour sangat lelaki yang bernama Rayyan yang membuatkan semua orang kenal.
            “Sejujurnya.. saya tak kenal orang yang bernama Rayyan..”. hah.. ambik. Berlagak sangat. Apa kes nak marah-marah orang kalau memang dia tak kenal.
            “Huh !!.. tak kenal.. tapi sanggup pulak kau jadi bini dia esok ?”.
            Dup !!!. rasa macam nak pecah dada Eman mendengar suara lelaki yang bernama Rayyan itu. Bukan dia terkejut kerana suara lelaki itu yang masih kasar. Namun dia memang terkejut mendengar kenyataan yang lelaki itu berikan sebentar tadi.
            “Err.. nama bakal suami saya Aidil.. bila pula jadi Rayyan ?”. opss.. tanpa sempat otaknya berfikir laju pulak mulutnya menjawab. Aduuiihh…. Terdengar dengusan yang kian kuat dari talian. Tahu sangat lelaki disebelah sana kian marah. Agaknya sudah merah hijau muka lelaki itu.
            “Kau nie kan.. nak kata bodoh.. memang bodoh.. nama bakal suami pun kau tak tahu sanggup kau nak kahwin dengan lelaki tu ?.. kau nie agaknya perempuan mereng..”
            Makkk Aiii.. selamba badak dia kata aku bodoh ? dah tu plus mereng lagi. Eman sudah mengetap bibirnya menahan geram. Sekarang bukan hidung lelaki itu sahaja yang sudah berasap kerana marah. Hidung dia pun dah nak keluar api dah sekarang nie.
            “Hello.. cakap baik-baik sikit eehh.. siapa yang bodoh ? awak tu lah yang bodoh.. dah lah call orang tengah-tengah malam .. dah tu.. nak kutuk-kutuk saya pulak.. apahalnya ? suka hati sayalah nak kahwin dengan sesiapapun.. yang awak nak sibuk sebab saya nak kahwin tu kenapa ? saya ada susahkan awak ker ?”.
            Tu diaa.. macam peluru berpandu Eman melepaskan geramnya. Huhh.. nie pun belum habis lagi nie. Nak ambil nafas sekejab nak sambung lagi namun..
            Tuuttt..tuttt..tuttt..
            Talian diputuskan. Eman merenung telefonnya. Mahu memastikan adakah benar-benar talian sudah diputuskan. Benar.. memang sudah senyap sepi dah.. Eman melepaskan nafasnya. Cuba menahan marahnya. Dia mendail no yang terdapat ditelefonnya. Namun tidak ada jawapan. Sekali lagi dia dail dan seperti telefon sudah dimatikan. Huhh.. Eman mencampak telefonnya keatas katil. Tak pasal-pasal tubuhnya membahang semula walaupun dia sudah mandi.
            Rayyan ??..  Eman cuba memikirkan sebaris nama yang diberikan oleh si pemanggil tadi. Dia mengaru pipinya cuba mengingati adakah dia memang mengenali lelaki yang bernama Rayyan ini ? puas dia berfikir.. rasanya dia memang tidak kenal dengan lelaki yang bernama Rayyan. Tambahan pula dia bukanlah banyak sangat kawan lelaki. Selama 5 tahun ini hidupnya hanya dengan kanak-kanak sahaja. sejak 5 tahun dia menjadi tenaga pengajar di Kiddie Smart School.
            Kenapa dia memilih menjadi salah seorang tenaga pengajar di sekolah kanak-kanak itu ? semuanya kerana Rafiq. Ya.. Rafiq.. lelaki yang amat dicintainya dengan sepenuh hati yang masih diingati hingga kini. Baginya Rafiq amat istimewa walaupun apa yang lelaki itu lakukan amat kejam pada dirinya. Namun dia yakin dan pasti Rafiq mempunyai alasannya yang sendiri. Terkenangkan lelaki itu Eman hanya dapat membayangkan wajah comel Rafiqi Adli.
            Malas mahu mengenangkan masa silamnya pantas Eman bangun dan mahu merehatkan tubuhnya. Dia mahu tidur diatas sofa bed didalam biliknya kerana katilnya sudah penuh dengan barang-barang hantaran. Malas pula dia mahu menyusun kebawah. Tambahan pula dia tahu tubuhnya ini memang mampu sahaja lena walaupun terbaring diatas lantai simen. Tiba-tiba matanya terlihat kad jemputan kahwin warna purple muda yang memang tidak pernah dia buka dan ambil kisah sebelum ini. Laju sahaja jemarinya mengambil kad yang bertinta emas itu. Dia membuka dan matanya yang sudah agak layu tadi menjadi keras bila tertancap pada sebaris nama yang diletakkan diatas namanya. Syed Adiff Rayyan Syah B. Syed Afzar Syah.

            Rayyan !!!.. ooowwhhh… my Good !!! Eman tidak sedar tubuhnya sudah terduduk diatas kerusi. Rayyan.. lelaki itu adalah bakal suaminya. Lelaki yang baru sahaja dimarahi tadi adalah bakal suaminya. Lelaki yang bersuara keras dan marah-marah tadi adalah bakal suaminya. Huuhh.. memang mencari bala..