Bab
2
Rayyan mendengus marah, sakit
hatinya mengenangkan perempuan yang bakal menjadi isterinya hanya tinggal
beberapa jam sahaja lagi. huhh.. perempuan sakit jiwa !!.. memang mahu sahaja
dia memaki hamun perempuan yang telah merosakkan kehidupannya itu. Langsung dia
tidak menyangka keluarganya sanggup memerangkap dirinya hingga jadi begini.
Kalaupun mahu merapatkan hubungan kekeluargaan. Kenapa mesti dia yang menjadi
mangsa ? sakit hati dengan keluarganya.. tambah sakit hatinya bila perempuan
yang bakal menjadi isterinya itu juga menyakitkan hatinya.
Puas dia menahan sabar bila
keluarganya tidak sudah-sudah mahu dia meneruskan majlis perkahwinan yang
sebenarnya untuk adik lelakinya. Memang langsung dia tidak menduga jika nasib
adiknya itu begitu malang. Ditinggalkan tunang bila majlis pernikahan hanya
tinggal seminggu sahaja lagi. gila agaknya keluarganya masih mahu meneruskan
majlis kalau dah pengantinnya tiada. Tambah membuatkan dia rasa mahu sahaja
mengamuk bila dia hanya diberitahu tentang apa yang terjadi petang tadi.
Sedangkan esok pagi dia bakal akan berjabat tangan dengan tok kadi untuk
menjadi seorang suami.
Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja
dia menghilangkan diri seperti adiknya juga. Namun dia tahu sampai bila dia
mahu melukakan hati keluarganya. Apa yang terjadi kepada adiknya itu pernah
juga terjadi kepadanya. Namun nasibnya lebih buruk lagi bila majlis yang
sepatutnya menjadi majlis pernikahannya menjadi majlis tahlil. Mana mungkin dia
mampu menerima sesiapa sahaja untuk menjadi isterinya jika hatinya sudah tidak
pernah ada pada mana-mana perempuan. Baginya kematian Nurul Syuhada telah
membawa juga seluruh kehidupannya.
Ketukan dimuka pintu membuatkan
Rayyan mematikan lamunannya. Dengan malas dia menuju kemuka pintu dan
membukanya. Kelihatan wajah sayu Bonda dimuka pintu. Datin Sri Raihana terus
memasuki bilik anak sulungnya itu. Rayyan hanya membiarkan sahaja. dia tahu
Bondanya itu memang mahu bercakap dengannya sejak tadi lagi namun dia yang
langsung tidak memberikan peluang. Namun melihat wajah sendu itu membuatkan
Rayyan rasa sayu.
Selama ini dia hanya mengeraskan
hatinya dan memekakkan telinganya dengan rintihan Bondanya. Apa yang terjadi 3
tahun lalu benar-benar membuatkan dia menjadi anak yang langsung tidak pernah
mengambil tahu hal keluarga. Kejamnya dia bila menyeksa perasaan seorang ibu
yang selama ini memberikan sepenuh kasih sayang kepadanya.
“Boleh Bonda cakap dengan Along
sekejab ?” Berhati-hati Puan Sri Raihana menuturkan kata. Sebenarnya dia juga
agak kesal dengan apa yang telah dirancangkan. Namun demi masa depan anak
sulung kesayangannya ini dia harus menguatkan semangatnya. Walaupun bunyinya
agak kejam, namun dia yakin.. semua yang terjadi ada hikmahnya.
Puan Sri Raihana memerhatikan wajah
kacak dan tampan anak sulungnya yang berserabut dengan janggut yang meliar. Dia
tahu dulu anak sulungnya ini amat menjaga penampilannya. Amat kemas dan
bergaya, namun bila peristiwa malang itu berlaku, anaknya sudah hilang identiti
diri. Sudah menjadi seorang anak yang pendiam dan langsung tidak pernah kisah
tentang dirinya dan juga keluarganya. Dulu Rayyan tidak begitu. Anak itu amat
bertanggungjawab dan juga agak manja dengannya.
Puan Sri Raihana memeluk tubuh kekar
itu. Tangisannya meruntun perasaan Rayyan. Ego dan kemarahannya yang tadi
tinggi menggunung kini hancur berkecai. Tangisan seorang ibu benar-benar
membuatkan dia tersedar betapa selama ini terlalu banyak tangisan yang sudah
dia ciptakan hanya kerana menurut perasaannya. Dia bagaikan tidak menerima
takdir tuhan.. Ya Allah.. kejamnya manusia yang bernama Rayyan ini.
Tubuh langsing ibunya dipeluk.
Terlerai segala kerinduaan yang selama ini dia telah buang jauh-jauh. Runtuh
segala tembok keegoan didalam hatinya yang kononnya mahu menjadi seorang yang
kuat dan buta hati. Puan Sri Raihana mengucapkan syukur. Dia tahu Rayyan
seorang yang amat penyayang. Dia tahu anak sulungnya ini memang tidak akan
mengecewakan dirinya.
“Bonda minta maaf.. Bonda
benar-benar minta maaf.. Along..”. Puan Sri Raihana sudah mengogoi dengan
tangisan yang kian menyesakkan dadanya. Benar dia rasa amat berdosa sekarang.
Memaksa anaknya melakukan sesuatu yang mampu merubah masa depan anaknya.
Memaksa anaknya melakukan sebuah pengorbanan yang bukan sedikit malah
melibatkan kehidupan anaknya.
“It’s ok Bonda.. Along yang patut
minta maaf dengan bonda.. ampunkan Along.. maafkan Along..” Rayyan mencium
tangan puan sri Raihana. Dia tahu dia yang seharusnya merendahkan egonya demi
maruah keluarganya. Dia sebagai anak yang harus berkorban untuk keluarganya.
Apalah sangat pengorbanan yang dia lakukan jika mahu dibandingkan dengan
pengorbanan seorang wanita yang bergelar Bonda. Terlalu banyak dan tidak
mungkin akan terbalas hingga nafas yang terakhir.
“Bonda yakin.. Eman amat sesuai
dengan Along.. dia gadis yang baik.. Along kenal dulu hati budinya.. Bonda
yakin.. dia boleh membahagiakan Along..”. Puan Sri Raihana mengelus lembut
lengan anak lelakinya itu. Rayyan melepaskan keluhan.
“Esok Along dah nak nikah dengan
perempuan tu Bonda.. bila masanya Along nak kenal hati budinya ?.. “. Rayyan
teringat kemarahan gadis yang ditelefonnya sebentar tadi. Dia tahu gadis itu
marah.. namun.. kalau mahu diukur kemarahan antara mereka rasanya dia yang
sepatutnya lebih marah. Dia rasa ditipu dan diperangkap untuk memusnahkan masa
depannya.
“Tak apa.. lepas jadi isteri Along
pun boleh kenal hati budi dia.. rasanya itu lebih baikkan ? macam Bonda dengan
Baba dulu.. Bonda kenal Baba dimalam pertama Bonda.. dan Bonda dan Baba bahagia
hingga saat ini.. malah.. Bonda jatuh cinta pertama kali Bonda mengenali Baba..
dan hingga saat ini Bonda sering jatuh cinta dengan Baba..”. Puan Sri Raihana
mengatakan apa yang memang sebenarnya dia rasakan.
Dia memang langsung tidak mengenali
bakal suaminya. Malah disepanjang waktu pertunangan juga dia langsung tidak
pernah berhubung dengan bakal suaminya. Dia hanya berkenalan dan mengenali
suaminya selepas sah mereka diijab qabulkan. Semuanya diaturkan oleh pihak
keluarga dan dia amat bersyukur kerana dia mendapat seorang suami seperti Tan
Sri Syed Afzar Syah.
“Bonda… itu zaman Bonda.. zaman tak
ada teknologi.. Zaman tak ada FB.. mana nak sama dengan zaman sekarang.. mana
ada orang berkahwin tanpa berkenalan dulu..than kalau tak berkenan ? boleh
bercerai ? macam tu ?”. Rayyan masih berdegil. Baginya zaman sekarang mana ada
istilah perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga. Sekarang semuanya mengikut
pilihan sendiri. Malah kalaupun keluarga tidak merestui, ramai yang mengambil
jalan mudah dengan bernikah diluar daerah. Apa yang penting adalah keserasian..
kalau tak serasi.. macam mana nak kekal ? macam mana nak bahagia ?
“Along… kebahagian dan keserasian..
adalah bertitik tolak dari diri kita.. kita yang seharusnya mencari keserasian
itu.. kita juga yang seharusnya mencari kebahagiaan itu.. mana boleh
kebahagiaan dan keserasian itu akan wujud sendiri kalau kita tidak berusaha
untuk mengapainya..?.. macam Bonda dan Baba dulu.. kami masing-masing mencari
kelemahan sendiri untuk diperbaiki.. bukan mencari kelemahan pasangan kita
untuk dikesali dan untuk dijadikan alasan tidak serasi..”. Puan Sri Raihana
memujuk.
“Tapi Bonda..”
“Along… look.. Bonda kenal sangat
dengan Eman.. dan hati Bonda yakin Eman sesuai dengan Along.. Bonda juga sangat
kenal dengan Along.. salahkah Bonda merasa yakin dengan naluri Bonda dengan
jodoh ini ? salahkah naluri Bonda mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya ?”.
Puan Sri Raihana terus menekan Rayyan. Membuatkan Rayyan terdiam. Tidak ada
guna kalau dia terus bertelagah dengan Bondanya. Malah dia yakin..
walaubagaimana sekali pun.. dia harus juga menikahi perempuan itu esok pagi.
Itu memang tidak mungkin akan dia dapat elakkan walau macam mana dia mahu
menolak. Kecuali kalau adiknya Aidil Raqib muncul dibanglo mewah ini malam ini
atau pagi esok. Atau semasa majlis pernikahan itu berlangsung. Waktu itu
tempatnya mungkin boleh digantikan dengan adiknya. Namun dia tahu sangat untuk
kejadian itu berlaku adalah tidak mungkin sama sekali.
“Sudah.. jangan fikirkan sangat..
Bonda hanya akan menyediakan yang terbaik sahaja untuk anak-anak Bonda.. dan..
Along ingat Bonda tak ada taste ker untuk menantu Bonda.. Along pun kenal Bonda
macam mana kan ? Bonda tak akan terima mana-mana perempuan yang tidak mencapai
taste Bonda untuk jadi menantu Bonda..” Puan Sri Raihana mengusik anak
sulungnya itu membuatkan Rayyan tersengih. Memang apa yang dikatakan oleh
Bondanya itu benar belaka.
Memang Bondanya tidak akan menerima
sebarangan perempuan untuk dijadikan menantunya. Semuanya mesti melepasi apa
sahaja yang Bondanya gariskan. Malah bukan senang sebenarnya mahu membuatkan
Bondanya menerima mana-mana perempuan untuk dijadikan menantunya. Taste
Bondanya memang agak tinggi. Bagi Bondanya.. dia mahukan apa sahaja yang
terbaik untuk anak-anaknya. Hurrmm.. mengingatkan itu rasa teringin pula
mengenali bakal isterinya. Nampaknya bakal isterinya itu bukan calang-calang
orangnya. Kalau tidak tidaklah boleh menjadi bakal menantu Puan Sri Raihana Ray
Abdullah.
“Bonda…”. Langkah Puan Sri Raihana
terhenti dimuka pintu. Pantas dia memandang wajah anak sulungnya yang kelihatan
agak gelisah dan serba salah.
“Kenapa ?.. tak sabar mahu lihat
bakal isteri ?.. sabar sayang.. tak lama sahaja lagi.. now.. lebih baik Along
berehat dan tenangkan fikiran.. tak lari kemananya bakal menantu Bonda tu..”.
Bagaikan mengetahui apa yang difikirkan oleh anak lelakinya bijak sahaja Puan
Sri Raihana mengusik anak lelakinya itu. Rayyan hanya tersengih dan
mengaru-garu belakang lehernya. Tahu sangat Bondanya memang bijak mengetahui
tentang apa sahaja yang tersirat didalam hati anak-anaknya. Agaknya begitu kuat
sekali naluri seorang wanita yang bergelar Bonda ?. Rayyan hanya memandang
tubuh Bondanya menghilang dari pintu biliknya. Perlahan-lahan dia melepaskan
keluhan. Mungkin apa yang telah dan bakal berlaku adalah yang sudah memang
ditakdirkan untuknya. Siapalah dia seorang hambaNYA yang hina yang mahu menolak
apa sahaja yang sudah tertulis untuk dirinya.
“Macam mana dengan Rayyan ?”.
Teguran Tan Sri Azfar membuatkan senyuman Puan Sri Raihana meleret-leret.
Melihat senyuman itu membuatkan Tan Sri Afzar tertawa sendiri. Kalau dah
tersenyum manis begitu tentu sahaja isterinya itu berjaya memujuk anak sulung
mereka. Terus sahaja Tan Sri Afzar memeluk tubuh isterinya yang kekal langsing
walaupun sudah berusia 50 tahun. Malah dia merasakan isterinya kian
berseri-seri dan kian memikat hatinya dari sehari kesehari.
“I know your are wonderfull women..
and I’m pround when I’m your husband..”. Tan Sri Afzar mengucup lembut dahi
licin isterinya membuatkan Puan Sri Raihana tertawa gembira. Suaminya memang
seorang yang romantic dan dia juga amat berbangga menjadi isteri lelaki hebat
seperti suaminya itu.
“Rai wanita hebat.. sebab abang
lelaki paling hebat.. “ Puan Sri Raihana menyandarkan kepalanya didada
suaminya.
“Rai juga berdoa semoga.. anak-anak
kita mendapat pasangan yang sama hebatnya dengan kita..”. Puan Sri Raihana
bersuara dalam sendu. Tidak dinafikan dia juga amat risau memikirkan masa depan
anak-anaknya.
“InsyaAllah.. sebuah rumahtangga
yang mendapat restu ibubapa.. akan direstui Allah.. dan sebuah rumahtangga yang
direstui Allah.. akan mendapat hidayah dan petunjukNYA.. jangan berhenti untuk
mendoakan kebahagian anak-anak kita.. kerana Doa kita akan membuatkan
perjalanan hidup anak-anak kita diredhai Allah..”. Ucapan Tan Sri Afzar
membuatkan Puan Sri Raihana rasa lebih tenang.
“So sekarang.. kita kena rehat..
bukan hanya pengantin yang kena dapatkan rehat yang cukup.. ibubapa pengantin
juga harus mendapat rehat yang cukup.. esok banyak tenaga yang harus kita
gunakan.. huruhara majlis kalau ibubapa pengantin yang tumbang sebab tak cukup
rehat..”. Tan Sri Afzar mengusik isterinya membuatkan Puan Sri Raihana menepuk
manja lengan suaminya. Tahu sangat kalau suaminya ini memang amat gemar
mengusik dirinya dan usikkan itu menjadikan dirinya kian bahagia.
No comments:
Post a Comment