Bab
1
Eman
Felisya memandang biliknya yang nampak berseri dengan hiasan yang dibuat
sendiri oleh Uminya. Begitu teruja sekali dia memandang hasil tangan Uminya
itu, malah dia benar-benar rasa terharu dengan apa yang telah dilakukan oleh
wanita itu. Selama 23 tahun dia mendambakan kasih sayang dari seorang wanita
yang bergelar Umi dan dia hanya dapat merasainya sekarang ini. Sungguh.. dia
langsung tidak menduga sebegini berat pengorbanan yang harus dia lakukan hanya
untuk meraih kasih sayang Uminya. Baru sebentar tadi tubuhnya dipeluk dengan
penuh kasih sayang oleh seorang wanita yang sudah pun bergelar Uminya sejak 23
tahun yang lalu.
“Effy… terima kasih… maafkan Umi…
maafkan segala perbuatan Umi sebelum ini.. Umi tahu.. Umi bersikap kejam dengan
Effy.. maafkan Umi.. maafkan Umi..”
Masih tergiang-ngiang lagi betapa
sedihnya Datin Zalikha sewaktu memeluk tubuhnya. Basah bahunya dengan tangisan
wanita yang selama ini langsung tidak pernah menunjukkan wajah manis kepadanya.
Membuatkan Eman Felisya mahu sahaja membuat sujud syukur ditengah-tengah
halaman rumah banglo mewah ini.
Berbaloikah apa yang dia lakukan ini
? Eman langsung tidak punyai jawapan. Namun melihat wajah gembira keluarganya
bila dia menerima sahaja cadangan Papanya membuatkan dia redha. Mungkin ini
yang sudah tertulis untuknya. Mungkin ini adalah permulaan kehidupan
bahagianya. Eman melepaskan nafas. Mahu berjanji didalam dirinya bahawa apa
sahaja yang terjadi selepas ini adalah atas pilihannya. Pilihan yang dia buat
sendiri untuk menyelamatkan maruah banyak pihak.
“Tak tidur lagi ?.. awak tu esok dah
nak nikah.. nanti mata bengkak.. haa.. dah tak cantik..”. Teguran Mak Kiah
mengejutkan lamunan Eman. Pantas dia menoleh dan memberikan senyuman kepada
wanita awal 50-an yang sudah menjadi pembantu rumah papanya sejak dari dahulu
lagi. tubuh gempal wanita itu memasuki biliknya dan meletakkan beberapa
barangan diatas katil yang sudah tersusun barang-barang hantaran untuk majlis
pernikahannya esok. Kebanyakkan hantaran itu digubah sendiri oleh Uminya.
Langsung dia tidak mengetahui sebenarnya Umi mempunyai bakat dalam mengubah
hantaran. Hasil kerjatangan Umi memang amat membanggakan.
“Kenapa ?.. berdebar yer ?.. “. Mak
Kiah mendekati gadis yang asyik memerhatikannya itu. Anak majikannya yang
memang amat manja dengannya suatu waktu dulu. Namun sejak Eman mengikut
keluarga Hajah Anum, dia sudah jarang mahu memanjakan gadis itu. Rambut ikal
yang hampir mencecah pinggang itu dielus mesra. Eman hanya tersenyum mendengar
kata-kata Mak Kiah.
Berdebar ?.. memang perasaan itu
ada. Namun waktu ini bukan itu yang dia fikirkan. Entah kenapa malam ini
perasaannya amat merindui arwah ibunya. Ya.. arwah ibunya yang sudah 23 tahun
meninggalkan didunia ini. Dalam usia 4 tahun dia sudah kehilangan ibunya. Namun
hingga saat ini wajah itu memang sentiasa ada dimatanya. Wajah ibu yang
sentiasa manis dengan senyuman. Wajah ibu yang langsung tidak pernah
menunjukkan riak kesakitan walaupun tubuhnya dimamah dengan barah yang memang
amat menyeksakan. Mengenangkan itu Eman rasa begitu mulianya seorang ibu dalam
menyenangkan hati anaknya. Tidak mahu anaknya mengetahui penderitaan ibunya.
“Tak adalah Mak Kiah.. Mak Kiah
pergilah rehat.. dari semalam Mak Kiah sibuk sangat.. “. Eman membalas lembut.
Memang pembantu rumahnya ini kelihatan begitu sibuk menyiapkan persiapan
perkahwinannya. Walaupun sebenarnya hanyalah majlis kecil sahaja, namun untuk
menguruskan sebuah majlis kecil dirumah mewah papanya memang memerlukan tenaga
yang banyak. Semua bahagian rumah banglo papanya mahu dihias cantik.
Kalau ikutkan Eman dia lebih suka
mengadakan majlis pernikahan dimasjid sahaja dan sedikit jamuan dirumah
papanya. Itu barulah majlis ringkas. Namun siapa yang tidak kenal Datuk Emran.
Pasti sahaja lelaki korporat itu amat mementingkan kesempurnaan dalam majlis
pernikahan anak sulungnya. Sebagai anak Eman hanya menurut. Dia tahu apa sahaja
yang dimahukan oleh papanya memang tidak ada sesiapa yang mampu membantahnya.
“Mak Kiah.. Nek Da dah tidur ker ?”.
Eman baru perasankan nenek kesayangannya yang baru sahaja sampai dari kampung
waktu maghrib tadi. Neneknya hanya mendiamkan diri sahaja sewaktu mereka makan
tadi. Dengan alasan penat neneknya sudah mengurungkan diri didalam bilik. Eman
tahu neneknya terpaksa datang kerumah ini. Hanya kerana sangat menyayangi
dirinya neneknya sanggup menjejakkan kaki dirumah papanya ini.
“Tak tahulah.. sudah rasanya.. Nek
Da nampak penat sangat.. dah lama Nek Da tak berjalan jauh.. tentulah penat..
tambahan pula 3 jam dalam kereta..tak apalah.. Mak Kiah keluar dulu.. Ingat..
Effy kena tidur..”. Mak Kiah menjawab. Dia bangun dan mahu keluar dari bilik
anak majikannya itu.
“Yerlah..Assalamualaikum Mak
Kiah..”. Eman terus menutup pintu biliknya. Dia mencapai tuala untuk mandi.
Kalau neneknya tahu dia mandi lewat malam tentu panjang leteran wanita itu.
Namun Eman tidak selesa kalau tidak mandi sebelum tidur. Sudah terbiasa
agaknya.
Keluar dari bilik mandi Eman
menyarungkan baju tidur kaftan kain kapas warna biru cair. Dia memang selesa
dengan baju tidur begitu. Kalau orang lain suka dengan pajama tidak buat Eman.
Dia selesa dengan baju tidur ‘kelawar’ kata neneknya. Eman mencapai telefon
yang terletak diatas meja soleknya. Terkejut dia bila melihat 10 miss call dari
no yang tidak dikenalinya. Belum sempat dia mendail semula telefonnya berbunyi
lagi dan dari nombor yang sama. Cepat-cepat Eman menakan butang ‘answer’.
“Dah tidur ker ?”
Eman mengerutkan wajahnya. Suara
yang agak kasar yang bagaikan menempelak dirinya itu membuatkan dia berfikir.
Siapa pula yang menelefonnya. Dia menjeling jam didinding biliknya. Sudah
hampir pukul 12tgh malam.
“Assalamualaikum.. siapa nie ?”
Walaupun agak ragu-ragu Eman memberi
juga salam dan bertanyakan tentang siapa yang menelefonnya. Terdengar jawapan
salam dari si pemanggil. Walaupun diiringi dengan dengusan nafas yang agak
kasar.
“Nie aku..”
Sekali lagi Eman mengerutkan
dahinya. Aku ?.. siapa aku ?
“Akulah… Rayyan..”
Bagaikan tahu Eman masih tidak
mengenali dirinya cepat sahaja si pemanggil memperkenalkan dirinya.
“Rayyan ?.. “ Eman masih blurr..
Rayyan mana pulak telefon dia malam-malam nie ?
“Kau tak kenal Rayyan ?”. kasar
sahaja suara lelaki ditalian yang bagaikan tidak berpuashati kerana Eman tidak
mengenalinya. Entah kenapa Eman mencebik sakit hati. Jengkel dengan suara kasar
lelaki ditalian itu. Macam glamour sangat lelaki yang bernama Rayyan yang
membuatkan semua orang kenal.
“Sejujurnya.. saya tak kenal orang
yang bernama Rayyan..”. hah.. ambik. Berlagak sangat. Apa kes nak marah-marah
orang kalau memang dia tak kenal.
“Huh !!.. tak kenal.. tapi sanggup
pulak kau jadi bini dia esok ?”.
Dup !!!. rasa macam nak pecah dada
Eman mendengar suara lelaki yang bernama Rayyan itu. Bukan dia terkejut kerana
suara lelaki itu yang masih kasar. Namun dia memang terkejut mendengar kenyataan
yang lelaki itu berikan sebentar tadi.
“Err.. nama bakal suami saya Aidil..
bila pula jadi Rayyan ?”. opss.. tanpa sempat otaknya berfikir laju pulak
mulutnya menjawab. Aduuiihh…. Terdengar dengusan yang kian kuat dari talian.
Tahu sangat lelaki disebelah sana kian marah. Agaknya sudah merah hijau muka
lelaki itu.
“Kau nie kan.. nak kata bodoh..
memang bodoh.. nama bakal suami pun kau tak tahu sanggup kau nak kahwin dengan
lelaki tu ?.. kau nie agaknya perempuan mereng..”
Makkk Aiii.. selamba badak dia kata
aku bodoh ? dah tu plus mereng lagi. Eman sudah mengetap bibirnya menahan
geram. Sekarang bukan hidung lelaki itu sahaja yang sudah berasap kerana marah.
Hidung dia pun dah nak keluar api dah sekarang nie.
“Hello.. cakap baik-baik sikit
eehh.. siapa yang bodoh ? awak tu lah yang bodoh.. dah lah call orang
tengah-tengah malam .. dah tu.. nak kutuk-kutuk saya pulak.. apahalnya ? suka
hati sayalah nak kahwin dengan sesiapapun.. yang awak nak sibuk sebab saya nak
kahwin tu kenapa ? saya ada susahkan awak ker ?”.
Tu diaa.. macam peluru berpandu Eman
melepaskan geramnya. Huhh.. nie pun belum habis lagi nie. Nak ambil nafas
sekejab nak sambung lagi namun..
Tuuttt..tuttt..tuttt..
Talian diputuskan. Eman merenung
telefonnya. Mahu memastikan adakah benar-benar talian sudah diputuskan. Benar..
memang sudah senyap sepi dah.. Eman melepaskan nafasnya. Cuba menahan marahnya.
Dia mendail no yang terdapat ditelefonnya. Namun tidak ada jawapan. Sekali lagi
dia dail dan seperti telefon sudah dimatikan. Huhh.. Eman mencampak telefonnya
keatas katil. Tak pasal-pasal tubuhnya membahang semula walaupun dia sudah
mandi.
Rayyan ??.. Eman cuba memikirkan sebaris nama yang
diberikan oleh si pemanggil tadi. Dia mengaru pipinya cuba mengingati adakah
dia memang mengenali lelaki yang bernama Rayyan ini ? puas dia berfikir..
rasanya dia memang tidak kenal dengan lelaki yang bernama Rayyan. Tambahan pula
dia bukanlah banyak sangat kawan lelaki. Selama 5 tahun ini hidupnya hanya
dengan kanak-kanak sahaja. sejak 5 tahun dia menjadi tenaga pengajar di Kiddie
Smart School.
Kenapa dia memilih menjadi salah
seorang tenaga pengajar di sekolah kanak-kanak itu ? semuanya kerana Rafiq.
Ya.. Rafiq.. lelaki yang amat dicintainya dengan sepenuh hati yang masih
diingati hingga kini. Baginya Rafiq amat istimewa walaupun apa yang lelaki itu
lakukan amat kejam pada dirinya. Namun dia yakin dan pasti Rafiq mempunyai
alasannya yang sendiri. Terkenangkan lelaki itu Eman hanya dapat membayangkan
wajah comel Rafiqi Adli.
Malas mahu mengenangkan masa
silamnya pantas Eman bangun dan mahu merehatkan tubuhnya. Dia mahu tidur diatas
sofa bed didalam biliknya kerana katilnya sudah penuh dengan barang-barang
hantaran. Malas pula dia mahu menyusun kebawah. Tambahan pula dia tahu tubuhnya
ini memang mampu sahaja lena walaupun terbaring diatas lantai simen. Tiba-tiba
matanya terlihat kad jemputan kahwin warna purple muda yang memang tidak pernah
dia buka dan ambil kisah sebelum ini. Laju sahaja jemarinya mengambil kad yang
bertinta emas itu. Dia membuka dan matanya yang sudah agak layu tadi menjadi keras
bila tertancap pada sebaris nama yang diletakkan diatas namanya. Syed Adiff
Rayyan Syah B. Syed Afzar Syah.
Rayyan !!!.. ooowwhhh… my Good !!!
Eman tidak sedar tubuhnya sudah terduduk diatas kerusi. Rayyan.. lelaki itu
adalah bakal suaminya. Lelaki yang baru sahaja dimarahi tadi adalah bakal
suaminya. Lelaki yang bersuara keras dan marah-marah tadi adalah bakal
suaminya. Huuhh.. memang mencari bala..
No comments:
Post a Comment