Bab 1
Kalut Hannah menyarungkan kasut sarung dihadapan pintu rumah teres setingkatnya itu. Dia sudah
terlambat. Bukan sikit punya lambat, tapi sudah 30 minit dari waktu kebiasaan
dia pergi kerja. Gila betullah.. kenapalah dia boleh layan baca novel sampai
jam 3pg. aduuhh.. nie semua acik Lana punya pasal.. ehh..ehh.. salahkan penulis
novel pulak. Dia yang sibuk nak baca sampai ending tu siapa yang suruh ? dah
syok sangat.. langsung tak sedar dah pukul 3pg. matanya pun segar bugar pulak
bila time baca novel ehh.. tapi kalau baca Al-Quran dapat satu muka surat pun bukan
main mengantuk lagi…
Hannah terus menekan pedal minyak kereta kelisanya sekuat
hati selepas melepasi Tol Kajang. Nasib baiklah dia bekerja menghala ke
selatan. Memang tidak pernah jalan tu Jem. Kalau menghala ke Kuala Lumpur dah
sah-sah dia kena ambil cuti kecemasan hari ini sebab lambat bangun. Huhh… saba
jer lah. Masuk sahaja Tol Bukit Mahkota Hannah sudah mula memperlahankan
kenderaan. Kawasan perumahan.. tak pasal-pasal eksiden pulak dia bila membawa
kereta macam orang hilang akal.
Masuk sahaja ke pintu pejabat Hannah melepaskan nafas
setenang mungkin. Melihat keadaan pejabat agak lengang membuatkan Hannah
menilik lagi Jam dipergelangan tangannya. Jam mati ker ? tapi elok sahaja jarum
saatnya bergerak. Dia tidak puas hati memandang pula jam yang terpampang besar
didinding pejabat. Betullah.. sudah pukul 9.15pg. sudah 45minit melepasi waktu
bermulanya waktu pejabat.
Hannah bergerak masuk kedalam pejabat dan menuju
ketempatnya. Kak Maria pun tak ada ditempatnya. Biasanya kakak yang penuh
prihatin tu memang jarang mahu meninggalkan tempat duduknya. Malah kalau tak
ada kerja pun Kak Maria tak akan bangun dari tempat duduknya. Kecuali pergi
ketandas atau masa makan tengahari. Tapi kenapa pagi ini tidak ada seorang pun
pekerja didalam pejabat ? cuti ker ? cuti apa pulak hari rabu nie ? Lagipun
memang mustahil dia tak ingat kalau hari ini adalah hari cuti. Hannah kalau bab
cuti-cuti ni.. memang dia yang paling suka sangat.
Sedang asyik Hannah memikirkan tentang kekosongan bilik
pejabatnya pagi itu. Pintu bilik mesyuarat yang terdapat dihujung ruang pejabat
dibuka. Ternampak En. Hambali seorang pengurus projek baru keluar dari bilik
mesyuarat dengan tergesa-gesa. Wajahnya sudah kelihatan tidak ceria sedangkan
sifat ceria dan periang En. Hambali memang selalu terserlah selama ini. Bulat
mata En. Hambali melihat Hannah yang masih termangu-mangu ditempat duduknya.
Laju sahaja dia mendekati Hannah walaupun dia sebenarnya kena mengambil
pendrive didalam biliknya.
“Awak baru sampai ker Hannah ?.. dari site ker ?” Laju
sahaja pertanyaan dari En. Hambali.
Berkerut wajah Hannah bila disoal begitu. Hannah hanya
mampu mengangguk dan mengelengkan kepalanya. Rasanya gerakkan kepalanya itu
difahami oleh ketuanya itu. Namun jawapan Hannah mengundang kejutan dari En.
Hambali.
“Ya..Allahh… Hannah.. ?? awak tak ingat ker hari nie ada
meeting dengan CEO baru tu ?.. awak tak baca memo ker ?..” En. Hambali bertanya
lagi. Aduuuhh.. sabar jer lah dia dengan karenah pekerjanya yang seorang ini.
Serentak bulat mata Hannah yang memang separa kuyu itu.
Jantungnya sudah berdegup laju. Subhannallah !!!.. Ya Allah…. Pucat wajahnya
kali ini bagaikan mahu pengsan pun ada. Menyedari reaksi luar biasa Hannah
membuatkan En. Hambali menoleh kepintu bilik mesyuarat yang masih tertutup
rapi.
“Hurmmm.. macam nie lah Hannah.. saya rasa awak perlu
balik ambil cuti hari ini.. dalam tu teruk sangat.. saya tak nak awak dapat
susah.. hari ini bukan hari yang baik untuk bos tahu awak datang lambat..pergi
cepat sebelum ada orang lain yang nampak awak..”
Gesa lelaki itu sambil melepaskan keluhan yang berat dan
En. Hambali terus menuju ke biliknya. Dia tidak mahu dia pula yang akan dapat
susah hanya kerana dia mahu menyelamatkan anak buahnya. Hannah tak tunggu lama,
cepat sahaja dia mengambil handbagnya dan terus keluar dari bilik pejabat.
Waktu itu kakinya mengeletar dan jantungnya bagai mahu luruh dari dadanya.
Serius dia langsung terlupa tentang Memo yang sudah
diingatkan oleh En. Hambali hampir setiap hari pada minggu yang lepas. Malah
semalam pun sebelum dia balik dia sudah diingatkan tentang memo itu oleh
ketuanya itu. Ya Allah.. kenapalah dia boleh lupa tentang perkara itu. Dia tahu
En. Hambali seorang ketua yang amat menjaga kebajikan anak buahnya. Memang En.
Hambali sering memberi pembelaan kepada pekerja bawahannya bila terpaksa
mengadap muka Datuk Imran bos besar dicawangan Nilai ini.
Namun untuk menyusahkan En. Hambali kali ini dia rasa
memang terlalu kejam kepada lelaki awal 50-an itu. Lelaki yang sudah dianggap
seperti ayahnya sendiri. Dari pejabat Hannah tidak tahu mahu kemana. Bagaikan
terdengar-dengar suara garang Datuk Imran memarahi En. Hambali bila dia tidak
dapat hadir hari ini. Rasa bersalahnya membuatkan dia memang tidak ada mood
untuk mengambil cuti hari ini walaupun itu adalah saranan dari bosnya sendiri.
Adduuhh… kenapalah dia menyusahkan lelaki yang memang terlalu baik dengannya
ini.
Hannah memberhentikan keretanya dihadapan tasik cendana
yang tidak jauh dari kawasan pejabatnya. Tasik buatan manusia yang memang
memberikan ketenangan kepadanya. Disini dia selalu menghabiskan masa rehatnya.
Dia memang suka bersendirian. Entahlah.. mungkin kekurangan dirinya membuatkan
dia tidak begitu mesra dengan orang lain. Tambahan pula dia memang tidak pandai
bergaul dengan orang yang dia tidak kenal.
Sikapnya memang bukan peramah, malah ada sesetengah orang
mengatakan dia sombong. Dia bukan begitu, Cuma untuk memulakan perbualan dia
bukan orangnya. Kalau dah start berbual memang dia tidak pernah mahu berhenti.
Tiba-tiba dia teringatkan telefon bimbitnya. Dengan cepat tangannya diseluk.
Mencari-cari Samsung galaksi Y yang sejak tadi langsung tidak dipedulikan.
Bila sudah ada didalam gengamannya dia terus menekan
kekunci. Huhhh.. hanya warna hitam yang kelihatan di skrin telefonnya. Sah-sah
dah habis battery, ya Allah.. kenapalah hari ini dia bagaikan langsung tidak
bersedia untuk memulakan hari-harinya seperti biasa ? kenapa dia rasa hari ini
dia bagaikan masih belum bangun dari tidur sahaja.
Hannah masuk kembali kedalam keretanya. Tidak guna dia
mengadap ketenangan tasik ini kalau hatinya langsung tidak tenang waktu ini.
Lebih baik dia kembali kerumahnya dan membuat sesuatu yang lebih bermakna.
Apalagi kalau bukan merehatkan mindanya dengan tidur.. hehehe… Hannah..Hannah..
cakaplah saja kau tu memang kuat tidur.. nak berdrama pulak.. Hannah hanya
mengelengkan kepalanya mengingatkan dirinya yang bagaikan orang tidak waras
sahaja. sebelum dia betul-betul hilang kewarasan baik dia balik rumah dan
tidur.
Sebelum sampai dirumah sempat Hannah singgah dikedai
makan yang berdekatan dengan rumahnya. Malas dia mahu memasak dalam keadaan
fikirannya serabut sekarang. Nanti tak pasal-pasal terbakar pula dapurnya itu.
Walhal memanglah dia jarang masak. Yang selalu dia masak adalah maggi goreng
dengan telur goreng. Jadilah kalau mahu melepaskan lapar untuk orang bujang
sepertinya.
Sampai sahaja dirumah dia lihat masih ada kereta Amira
didalam garaj. Tak kerja pulak ker minah tu. Setahunya Amira yang bekerja
sebagai PA itu jarang mengambil cuti. Kadangkala jarang juga Amira berada
dirumah, ada macam-macam meeting yang Amira kena hadir. Huhh.. nasib baiklah
dia bukan bekerja sebagai PA atau seangkatan dengannya. Mesti boring gila nak
kerja tak kira masa.
Masuk sahaja kedalam rumah dia lihat Amira terbaring
diatas sofa mengadap televisyen. Amira mengerutkan wajahnya melihat Hannah
sudah balik. Cepat dia mengerling jam di dinding rumah itu.
“Awalnya kau balik ? kau cuti ker ?” Amira menegur sambil
menegakkan badannya.
Pelik dia dengan karenah Hannah, tengok pakaian memang
seperti pakaian Hannah kepejabat. Biasalah temannya yang satu itu memang sempoi
kalau berpakaian. Kemeja lengan panjang dengan seluar panjang. Itulah pakaian harian
Hannah kalau mahu kepejabat. Langsung tak bergaya.
Hannah malas mahu melayani pertanyaan Amira. Dia terus
meletakkan beg tangannya diatas meja disebelah rak hiasan dan terus menuju
kedapur. Amira hanya mencebikkan mulutnya. Huhh.. sombong.. malas Amira mahu
melayani Hannah dia terus masuk kedalam biliknya. Rosak rancangannya hari ini,
tadi dia sudah menelefon Zainol supaya lepak dirumahnya. Ingatkan Hannah tak
ada, biasalah kalau Hannah atau Kak Shimah teman serumahnya yang seorang lagi
ada mahu dia kena bebel sebab bawa lelaki masuk kedalam rumah.
Selama ini dia memang pandai menyimpan rahsia. Amira
mencapai telefonnya. Mahu menghubungi Zainol, kang tak pasal-pasal kantoi
dengan Hannah pula. Masak dia kena leter dengan Hannah dan Kak Shima.
Deringan telefon rumah membuatkan Hannah yang sedang
menikmati makan tengaharinya terpaksa bangun. Dia menjenguk keruang tamu yang
kosong. Pelik pula kerana biasanya memang Amira yang selalu mengangkat telefon
rumahnya itu. Dengan malas Hannah terus mengangkat telefon.
“Weeyyy..”
Hannah tersengih..
“Hamboooi.. ingat rumah cina ker ? ko tak kerja ker beb ?
aku telefon kau dah dekat 400 juta kali dah.. tak dapat-dapat.. telefon pejabat
kata kau tak masuk.. kau ok ker nie ?”. Suara Maggi yang agak lantang ditalian
membuatkan Hannah menjarakkan sedikit telefonnya.
“aku ok… tak ada apa-apa.. apahal ?”. Hannah terus
menarik cordless phonenya dan membawa kedapur.
“lepak kedai hari nie boleh ?.. si kecut tu pulak MC..
nyampah aku.. mana nak menang tangan kalau aku sorang..”. Hannah mengerutkan
wajahnya. Lepak kedai ? macam best jer.. tapi dia tak nak esok dia bangun
lambat lagi. alahh.. kan hari nie dia dah cuti.. apa salahnya dia tolong
Maggi..
“oklah.. on.. lepas maghrib aku pergi sana..”. Hannah
mengemaskan bekas makanannya dengan kepalanya mengepit telefonnya.
“huiiihh.. dah alang-alang cuti.. datanglah awal sikit..
hampeh lah kau nie.. tak kira.. lepas asar aku nak kau dah ada kat kedai..
kalau tak.. putus kawan..”. Hannah mencebik mendengar ugutan Maggi.
“yerlah..yerlah.. eehh.. oklah.. aku makanlah.. bye..”.
Hannah terus mematikan talian tanpa sempat menunggu balasan dari Maggi. Haii..
baru ingat nak lepak-lepak hari ini dah kena pergi kedai pula. Hannah terus
masuk kedalam biliknya. Sebelum itu sempat dia menjenguk kedalam bilik Amira
yang tidak tertutup rapat. Kelihatan gadis itu sedang bergayut ditalian.
Huhhh.. balak baru lagilah tu.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment